About Me

Bacaan Doa Sempena Mesyuarat PIBG

Bacaan doa pada awal majlis, merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan dalam setiap acara atau majlis rasmi sekolah. Sebagai contohnya, bacaan doa bersempena dengan mesyuarat PIBG di sekolah. Tak lengkap rasanya, jika sesuatu majlis itu diadakan dengan tanpa iringan doa bagi memohon keselamatan dan keberkatan kepada semua yang terlibat dan juga menjamin kelancaran majlis tersebut.


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah

Berikut adalah contoh bagi bacaan doa yang dicadangkan sempena dengan mesyuarat PIBG di sekolah.




DOA SEMPENA MESYUARAT PIBG

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ

Ya Allah Ya Karim ,
Sesungguhnya pada hari ini kami berkumpul kerana-Mu Ya Allah
Kami berkumpul untuk mengisi keredhaan-Mu dalam seluruh hidup kami
Kami berkumpul untuk bermusyawarah, bertukar-tukar pendapat dan menyumbangkan buah fikiran, tenaga dan sokongan ke arah memajukan lagi sekolah ini , demi kebaikan anak-anak kami .

Ya Allah , Ya Munzilal Barakat ,
Berkatilah usaha-usaha kami , mudah-mudahan (dengan usaha-usaha kami) sekolah ini akan menjadi sekolah yang cemerlang, terbilang , sekolah yang disegani dan dihormati, sekolah yang akan melahirkan pelajar-pelajar yang berjaya di dunia mahupun di akhirat.

Ya Rahman Ya Rahim Ya Rabbal’alamin ,

Perbaikilah segala kesilapan kami , jernihkanlah hubungan antara kami , jinakkan dan lembutkanlah hati-hati kami dan tunjukkanlah kami jalan yang membawa keselamatan dan keharmonian dalam menyelesaikan masalah yang timbul di antara pihak pentadbir, guru-guru dan juga ibu bapa penjaga pelajar di sekolah ini.

Ya Hayyu Ya Qayyum Ya Zal Jalaliwal’ikram ,

Ya Allah kurniakanlah Kepada kami kekayaan ilmu pengetahuan dan hiasilah diri kami dengan sifat lemah-lembut, dan muliakanlah kami dengan ketaqwaan dan indahkanlah diri kami dengan kesihatan.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
01. Sempena Majlis Perhimpunan
02. Sempena Menghadapi Peperiksaan
03. Sempena Mesyuarat
04. Sempena Mesyuarat PIBG
05. Sempena Hari Guru
06. Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
07. Sempena Majlis Solat Hajat
08. Sempena Hari Sukan
09. Sempena Hari Karnival / Kantin
10. Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar
11. Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru
12. Sempena Pelantikan Pengawas
13. Sempena Majlis Penutup Bengkel /  Seminar / Kursus


Semoga dengan bacaan doa yang dimulakan pada awal majlis ini, mampu melindungi dan memberkati lagi majlis yang berlangsung. Hanya kepada Nya kita berserah, dan hanya kepada-Nya kita menadah tangan memohon pertolongan.. Amin!


Sumber : http://dakwahkl.blogspot.com/p/doa-majlis-rasmi.html

Catat Ulasan

6 Ulasan

  1. Assalammualikum tuan.mohon copy

    BalasPadam
  2. The top Jabodetabek private tutoring for kindergarten, elementary, junior high school. The top private teachers graduated from well-known state universities. The nearest tutoring place online to your home at affordable ... visit https://kursus-jerman.vercel.app/kursus-bahasa-jerman-kalideres.html for more details

    BalasPadam
  3. Best and also Lowest priced Jabodetabek Personal Training, all of our workers and tutors arrive home, arranged your own personal analyze agenda which enables it to select any kind of discipline of examine ... go to https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-kramat-jati.html for more details

    BalasPadam
  4. You may will discover a cheaper fee than the table above, be sure again about the qualifications on the teacher / Kindergarten teacher recommended back ... for more information https://biologi-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-biologi-di-kelapa-gading.html

    BalasPadam