.

.

KARTiKEL

Ahad, 16 November 2014

Bacaan Doa Sempena Majlis Perhimpunan

Bacaan doa pada awal majlis, merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan dalam setiap acara atau majlis rasmi sekolah. Sebagai contohnya, bacaan doa bersempena dengan majlis perhimpunan di sekolah. Tak lengkap rasanya, jika sesuatu majlis itu diadakan dengan tanpa iringan doa bagi memohon keselamatan dan keberkatan kepada semua yang terlibat dan juga menjamin kelancaran majlis tersebut.


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah

Berikut adalah contoh bagi bacaan doa yang dicadangkan sempena dengan majlis perhimpunan di sekolah.



DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (1)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,  وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Ya Karim , Ya
Sesungguhnya kami berhimpun pada hari ini, bagi menyatakan kesyukuran di atas kurniaanMu yang tidak ternilai.Jadikanlah kami hamba-hamba-Mu yang sentiasa bersyukur samada nikmat yang sedikit lebih-lebih lagi nikmat yang melimpah ruah kepada kami .

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Sesungguhnya engkau Maha Mengetahui bahawa kami di sini ingin menimba ilmuMu yang sangat luas bagi mengembangkan potensi kami sebagai hambaMu yang engkau redhai.

Justeru berkati dan rahmatilah perhimpunan kami ini. Kurniakanlah kepada kami apa kiranya ilmu-Mu. Sinarilah hati-hati kami dengan cahaya dan hidayah-Mu. Semoga dengannya kami mudah menerima dan menghayati serta mengamalkannya.

Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Kurniakanlah apa kiranya kepada kami kesihatan anggota, kecergasan minda, ketenangan jiwa, kekuatan semangat. Semoga dengannya kami mampu mendepani cabaran, berdaya saing dan mampu mengangkat martabat diri, keluarga, masyarakat dan negara.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ



DOA MAJLIS PERHIMPUNAN (2)

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ,  وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Ya Allah Ya tuhan kami, tuhan yang menguasai langit dan bumi. Hanya padamu sahaja kami panjangkan kesyukuran atas segala rahmat dan berkatMu.

Bersempena dengan perhimpunan ini kami mohon inayah dan taufikMu. Kurniakanlah kesejahteraan dan kebahagian serta kesihatan jasmani dan rohani. Bukakanlah hati-hati kami, lapangkanlah dada kami untuk menerima ilmu dan pengetahuan serta bimbingan para guru-guru kami yang kami kasihi.

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim

Kami memohon dengan kudratMu dan IradatMu. Berikanlah kekuatan dan ketabahan menghadapi perjuangan kami menimba dan mencari ilmu pengetahuan, anugerahkanlah kejayaan dan kecemerlangan kepada kami dalam semua ujian dan pencapaian.

Ya Allah  Ya Zal Jalali Wal Ikram,

Tambahkanlah kepada kami kecintaan kepada segala kebaikan, Jadikanlah kami, guru-guru kami, pemimpin-pemimpin kami terus beristiqamah berkhidmat menabur bakti membangunkan umat dan masyarakat, bangsa dan agama.

Ya Allah ya tuhan kami jadikanlah negara kami sebuah negara yang mendapat limpahan rahmat dan nikmat. Kekalkanlah keamanan dan kemakmuran sepanjang zaman.

اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ

وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ



Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
01. Sempena Majlis Perhimpunan
02. Sempena Menghadapi Peperiksaan
03. Sempena Mesyuarat
04. Sempena Mesyuarat PIBG
05. Sempena Hari Guru
06. Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
07. Sempena Majlis Solat Hajat
08. Sempena Hari Sukan
09. Sempena Hari Karnival / Kantin
10. Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar
11. Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru
12. Sempena Pelantikan Pengawas
13. Sempena Majlis Penutup Bengkel /  Seminar / Kursus


Semoga dengan bacaan doa yang dimulakan pada awal majlis ini, mampu melindungi dan memberkati lagi majlis yang berlangsung. Hanya kepada Nya kita berserah, dan hanya kepada-Nya kita menadah tangan memohon pertolongan.. Amin!


Sumber : http://dakwahkl.blogspot.com/p/doa-majlis-rasmi.html

0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan