.

.

KARTiKEL

Ahad, 16 November 2014

Bacaan Doa Sempena Mesyuarat di Sekolah

Bacaan doa pada awal majlis, merupakan suatu perkara yang wajib dilakukan dalam setiap acara atau majlis rasmi sekolah. Sebagai contohnya, bacaan doa bersempena dengan mesyuarat di sekolah. Tak lengkap rasanya, jika sesuatu majlis itu diadakan dengan tanpa iringan doa bagi memohon keselamatan dan keberkatan kepada semua yang terlibat dan juga menjamin kelancaran majlis tersebut.


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah

Berikut adalah contoh bagi bacaan doa yang dicadangkan sempena dengan mesyuarat di sekolah.




DOA SEMPENA MESYUARAT

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ

اَلْحَمْدُ للهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ , وَالعَاقِبَة لِلْمُتَّقِيْنَ وَالصَّلاَة ُوَالسَّلاَمُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ أَجْمَعِيْنَ


Allahumma Antal ‘Azizul Jalil,
Sesungguhnya kami pada pagi  ini, ingin merafa’kan kesyukuran dan pujian terhadap Mu, atas kurniaan Mu yang tidak ternilai.

Allahumma Ya Hakim Ya Azim,
Sesungguhnya kami berhimpun di sini bagi menyatakan kesungguhan, kommitmen dan iltizam kami dengan roh dan semangat untuk membangun ,membina serta mendidik dan memartabatkan anak bangsa supaya berbudi dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara.

Justeru… berkati pertemuan kami, berkatilah jua usaha-usaha kami, ilhamkanlah dalam fikiran dan minda kami, idea-idea yang bernas, pandangan-pandangan yan jelas dan keputusan-keputusan yang waras. Kurniakanlah kepada kami limpahan ilmu yang berguna dan kefahaman yang benar. Satukanlah hati-hati kami, eratkanlah silatur rahimi dikalangan kami. Padukanlah tenaga dan usaha kami untuk memartabatkan pendidikan bangsa secara bersama demi mencapai kecemerlangan dan kegemilangan.

Allahumma Ya ‘Aliim, Wa Ya Khabiir,

Jadikanlah kami Ya Allah, dari kalangan hamba-hamba Mu yang taat dan bersyukur. Jauhilah kami Ya Allah, dari melanggari perintah Mu. Kurniakanlah apa kiranya ya Allah kepada kami kesihatan yang berpanjangan , kesejahteraan yang sempurna , fikiran yang waras, minda yang cergas, rezeki yang halal, zuriat dan generasi yang  beriman  serta segala kebaikan di dunia, pun jua di akhirat.


اَللَّهُمَّ اجْعَلْ جَمْعَنَا هَذَا جَمْعًا مَرْحُوْمًا ، وَتَفَرُّقَـَنَا مِنْ بَعْدِهِ تَفَرُّقاً مَعْصُوْمًا ، وَلاَ تَجْعَلِ اللَّهُمَّ فِيْنَا وَلاَ مَعَنَا وَلاَ مَنْ يَتْبَعُنَا شَقِيًّا وَلاَ مَطْرُوْدًا وَلاَ مَحْرُوْمًا .
اللَّهُمَّ اجْعَلْ خَيْرَ أَعْمَارِنَا ءَاخِرُهُ وَخَيْرَ أَعْمَالِنَا خَوَاتِمُهُ وَخَيْرَ أيَّامِنَا يَوْمَ ألْقَاكَ فِيْهِ
اللَّهُمَّ اغْفِرْلَنَا ذُنُوْبَنَا وَلإِخْوَانِنَا الَّذِيْنَ سَبَقُوْنَا بِالإِيْمَانِ وَلاَ تَجْعَلْ فِيْ قـُلُوْبِنَا غِلاًّ لِلَّذِيْنَ ءَامَنُوْا رَبَّنَاإنَّكَ رَءُوْفٌ رَحِيْمٌ

رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَة ً وَفِي الأخِرَةِ حَسَنَة ًوَقِنَا عَذَابَ النَّار ِ


وَصَلَّى اللهُ عَلَى مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وَصَحْبِهِ وَسَلَّمَ ، وَالْحَمْدُلِلَّهِ رَبِّ العَالَمِيْنَ


Bacaan Doa Untuk Majlis Rasmi di Sekolah
01. Sempena Majlis Perhimpunan
02. Sempena Menghadapi Peperiksaan
03. Sempena Mesyuarat
04. Sempena Mesyuarat PIBG
05. Sempena Hari Guru
06. Sempena Hari Anugerah Kecemerlangan
07. Sempena Majlis Solat Hajat
08. Sempena Hari Sukan
09. Sempena Hari Karnival / Kantin
10. Sempena Perkhemahan / Aktiviti Luar
11. Sempena Minggu Orientasi Pelajar Baru
12. Sempena Pelantikan Pengawas
13. Sempena Majlis Penutup Bengkel /  Seminar / Kursus


Semoga dengan bacaan doa yang dimulakan pada awal majlis ini, mampu melindungi dan memberkati lagi majlis yang berlangsung. Hanya kepada Nya kita berserah, dan hanya kepada-Nya kita menadah tangan memohon pertolongan.. Amin!


Sumber : http://dakwahkl.blogspot.com/p/doa-majlis-rasmi.html

2 ulasan:

  1. Mohon keizinan dapatkan contoh doa. tahniah, ilmu yang berkat inyaallah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Silakan tuan.. ilmu untuk dikongsikan bersama

      Padam