.

.

KARTiKEL

Khamis, 16 Oktober 2014

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Utara)

Hari ini berlangsungnya majlis penyampaian hadiah Liga Remaja Kreatif 2014 bagi Zon Utara. Majlis yang berlangsung di Hotel Sunway, Seberang Jaya ini rasanya adalah majlis penyampaian hadiah paling meriah. Ini kerana, bagi Zon Utara, ada 4 buah negeri dihimpunkan pemenangnya bagi satu majlis. Paling ramai. Hampir 500 orang. So, mesti lah yang paling meriah kan?.

Ditambah pula dengan Zon Utara yang menjadi penutup kepada semua majlis penyampaian hadiah Liga Remaja Kreatif peringkat zon. Zon lain telah dilangsungkan lebih awal. Dimulakan dengan Zon Tengah, diikuti Zon Sarawak, Zon Selatan, Zon Sabah, Zon Timur dan berakhir di Zon Utara pada hari ini.



Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Utara)


Sekadar rekod kepada para pembaca, berikut adalah senarai bekas pemenang Liga Remaja Kreatif 2013 bagi Zon Utara.

Perlis - Al-Maad
Kedah - SM Sains Kubang Pasu
Pulau Pinang - SMJK Chung Ling
Perak - SMK Rapat Setia


Pasukan daripada SMK Rapat Setia (Perak) juga muncul Naib Johan Kebangsaan pada tahun lepas, dengan video animasi mereka yang sangat menarik. Adakah mereka mampu mempertahankan kejuaraan mereka pada tahun ini?. Jom kita teruskan bacaan..

Dengan saingan yang semakin sengit dan mencabar, dah tentu banyak sekolah tampil dengan video yang hebat lagi berkualiti. Berikut adalah keputusan bagi pemenang semua 4 negeri dalam Zon Utara. 



Perlis
SMK Agama (P) Alawiyah

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Utara) Perlis


Kedah
SMK Syed Mohammed Al-Bukhary

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Utara) Kedah


Pulau Pinang 
SMK Tun Syed Sheh Barakbah

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Utara) Pulau Pinang


Perak
Malay College Kuala Kangsar

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Utara) Perak


Wah! Amat mengejutkan! Kesemua pemenang bagi Zon Utara adalah pemenang baru yang telah berjaya mengetepikan kesemua pemenang bagi Liga Remaja Kreatif 2013 yang lalu. Sekalung tahniah saya ucapkan buat kesemua sekolah yang berjaya muncul Johan bagi negeri masing-masing. Bukan senang nak muncul menjuarai pertandingan ini di saat hampir semua sekolah telah melakukan yang terbaik bagi video mereka.

Buat yang kecundang dalam pertandingan peringkat negeri ini, anggap lah ini pengalaman terbaik anda untuk berusaha mencari ilmu dengan lebih tekun. Jangan putus asa, dan terus berkarya. Ini bukan satu-satunya peluang untuk anda mencurahkan bakat dan kemahiran anda dalam industri kreatif. Teruskan berkreatif!


Dengan berakhirnya majlis penyampaian hadiah di peringkat ZOn Utara, maka lengkap lah semua senarai pemenang bagi Liga Remaja Kreatif 2014 untuk semua negeri. Maka tiba giliran untuk ke majlis peringkat kebangsaan yang khabarnya akan diadakan pada awal Disember nanti.

Tahniah untuk semua peserta. Kita jumpa di sana nanti! ;)



p/s: Teruskan mengikuti blog ini, bagi senarai lengkap pemenang bagi setiap negeri. Saya juga dah siapkan statistik dan analisa Liga Remaja Kreatif sejak ianya mula diperkenalkan sehingga lah ke Liga Remaja Kreatif yang terbaru. Semoga jadi inspirasi untuk semua!



10 ulasan:

  1. Maaf, untuk Pulau Pinang tu nama sekolahnya adalah SMK TUN SYED SHEH BARAKBAH . ^^

    BalasPadam
    Balasan
    1. Terima kasih Dheyaul Islam.. cikgu dah betulkan ;)

      Padam
  2. tahniah pada sekolah yang menang tu ye. :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. yer.. semoga berjaya di peringkat kebangsaan pulak nanti

      Padam
  3. Salam..

    Tahniah dan terima kasih pada Cikgu Hailmi atas usaha membuat blog ini..

    Cuma saya nak perbetulkan nama sekolah pemenang dari Kedah yang sebenarnya adalah : SMK Syed Mohamed Al-Bukhary

    BalasPadam
  4. Assalam..kategori video paling popular adakah akan memberi kesan kpd keputusan? Tiada senarai video paling popular..jadi apakah kesan dari undian kita tu..adakah ada hadiah khas?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. kategori Video Popular tak memberi kesan kepada keputusan. Anugerah Video Popular hanya diketahui semasa majlis akhir peringkat kebngsaan nnti sahaja. Hadiah wang tunai jugak

      Padam
  5. assalam , video buli siber smk ahmad boestamam ade tak ?

    BalasPadam