.

.

KARTiKEL

Selasa, 14 Oktober 2014

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Timur)

Semalam berlangsungnya majlis penyampaian hadiah Liga Remaja Kreatif 2014 bagi Zon Timur. Untuk Zon Timur, ada 3 negeri yang terlibat, iaitu Kelantan, Terengganu dan juga Pahang. Majlis berlangsung di Zenith Hotel dengan gilang gemilangnya. Maklumlah sampai melibatkan 3 negeri. Tak macam kami di Sarawak dan Sabah yang hanya melibatkan satu zon hanya untuk satu negeri sahaja.

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Timur)
Majlis Penyampaian Hadiah Liga Remaja Kreatif 2014 bagi negeri Pahang
kredit : Cikgu Norizawati (SMK LKTP Tersang)

Sebagai rekod, pemenang Liga Remaja Kreatif 2013 yang lalu adalah SMK Cherang Ruku (Kelantan), SMKA Nurul Ittifaq (Terengganu) dan juga SMK Clifford (Pahang). Walaubagaimanapun, semasa Kem Pembangunan Remaja Kreatif 2014 yang mengumpulkan kembali para pemenang dari setiap negeri untuk kem tersebut, hanya SMKA Nurul Ittifaq (Terengganu) sahaja yang menyertai. 

Manakala 2 buah sekolah lagi dari Pahang dan Kelantan, tak datang join. Atas alasan apa mereka tak datang, saya sendiri pun tak pasti. Tapi wakil dari negeri Kelantan diganti oleh MRSM Pengkalan Chepa , manakala wakil Pahang pula daripada SMK LKTP Tersang.


Oleh sebab tak banyak spy-spy saya yang berada di Zon Timur, maka tak banyak lah gambar yang saya dapat kongsikan dengan anda semua. Yang hanya dapat dikongsikan adalah keputusan akhir Liga Remaja Kreatif 2014 bagi Zon Timur.


Kelantan
SMK Cherang Ruku

Terengganu
SMKA Nurul Ittifaq

Pahang
SMK Clifford


Nampak gayanya, semua bekas pemenang Liga Remaja Kreatif 2013 muncul menjuarai kembali Liga Remaja Kreatif 2014.! Tahniah saya ucapkan.. Walaupun ada yang tak join Kem tersebut, namun masih berjaya mengekalkan kejuaraan bagi negeri masing-masing. Hebat sungguh..

Dengan penganjuran ini juga bermakna, hanya tinggal Zon Utara sahaja yang belum diumumkan keputusannya. Dimulai dengan Zon Tengah, diikuti oleh Zon Sarawak, Zon Selatan, Zon Sabah, Zon Timur dan akan berakhir di Zon Utara. Sama-sama kita nantikan lagi update mengenai keputusan akhir majlis penyampaian hadiah Liga Remaja Kreatif 2014 bagi Zon Utara!

Yang berada di Perlis, Kedah, Pulau Pinang dan Perak, saya ucapkan selamat berjaya! Semoga kejayaan jadi milik anda.. ;)



2 ulasan:

  1. Tahniah kepada semua pemenang.ada harapan nk lahirkan seorang Bill Gates dr Msia ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Aishah.. ye.. harap2nya gitu lah yer.. ;)

      Padam