.

.

KARTiKEL

Rabu, 1 Oktober 2014

Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Tengah)

Semalam berlangsung majlis penyampaian hadiah bagi Liga Remaja Kreatif 2014 bagi Zon Tengah. Zon Tengah melibatkan 3 negeri iaitu Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan juga Negeri Sembilan. Finalis Top 10 bagi setiap negeri telah dihubungi dan dipanggil ke majlis yang akan menobatkan Johan bagi setiap negeri dalam zon terbabit.


Johan Negeri Sembilan dari Sekolah Dato Abdul Razak

Saya juga dimaklumkan mengenai kehadiran beberapa nama besar sekolah yang selalu menyertai pertandingan mencipta video sebegini. Sekolah-sekolah yang merupakan Johan bagi negeri untuk Liga Remaja Kreatif 2013 dan sekolah yang pernah dipanggil untuk menyertai Kem Pembangunan Remaja Kreatif pada tahun 2012 dan 2014. 

Dah tentu sengit kan?

Malah saya juga dihubungi oleh beberapa kenalan guru dan pelajar yang dikenali melalui facebook disebabkan atas minat yang sama, iaitu bidang penghasilan video kreatif dan penyertaan dalam Liga Remaja Kreatif 2014.


Keputusan Liga Remaja Kreatif 2014 (Zon Tengah)
Johan Selangor dari SMK Bandar Tasik Puteri

Tahniah saya ucapkan kepada semua yang berjaya melepasi tahap 10 Video Terbaik bagi setiap negeri masing-masing. Itu dah dikira pencapaian yang agak baik. Terutamanya jika ini adalah kali pertama penyertaan anda. Ditambah juga dengan saingan yang semakin sengit, maka 10 Video Terbaik tu bukan satu perkara yang biasa-biasa. Tahniah!

Tentu berdebar kan saat menunggu keputusan diumumkan? Penerima Saguhati diumumkan terlebih dahulu bagi setiap negeri. Dan akhirnya, diumumkan keputusan penuh 3 video terbaik bagi setiap negeri. Boleh tengok kat bawah keputusan penuh bagi negeri Selangor, WP Kuala Lumpur dan Negeri Sembilan.


Selangor
1. SMK Bandar Tasik Puteri
2. SMK Agama Kuala Selangor
3. SMK Cyberjaya


WP Kuala Lumpur
1. SMKA Kuala Lumpur
2. Sekolah Sultan Alam Shah
3. SMK Setapak Indah


Negeri Sembilan
1. Sekolah Dato Abdul Razak
2. SMK Seri Ampangan
3. Kolej Tunku Kurshiah


Tahniah kepada semua pemenang!! Dapat hadiah RM5000 dan juga kamera digital sorang sebijik ok.. Paling best, ini bermakna, pasukan ini juga akan mara ke peringkat kebangsaan yang dijangka berlangsung pada akhir Oktober nanti. 

Buat yang kurang berjaya, teruskan berusaha menghasilkan video-video yang bagus. Pengalaman akan menjadi guru yang terbaik untuk kita. Tak ada orang yang berjaya dengan hanya sekali mencuba. Yang penting, kuatkan semangat dan terus kuat berusaha sehingga berjaya.



p/s: Doakan juga kejayaan pasukan tunggal sekolah saya untuk peringkat Zon Sarawak yang bakal berlangsung pada Jumaat nanti! ;)



7 ulasan:

  1. okeh. tunggu hari jumaat nanti plak.

    BalasPadam
  2. Kam digital seorang sebijik..sape x ndak.x sempat lg nk tgk karya2 adik2 bijak ni

    BalasPadam
    Balasan
    1. Best Kan?..xpe.. ada masa nanti ble tengok je.. ;)

      Padam
  3. Bro! It's great to see you in the prize giving ceremony in Hilton yesterday! Hope to see you again next year and good luck in the peringkat kebangsaan!! :D

    BalasPadam
  4. zon selatan tau x bila majlisnya??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Zon selatan dah dilangsungkan selepas Zon Tengah dan ZOn Sarawak. Cikgu tak ada info dan gambar yang berkenaan. Maka tak dapat nak kongsikan di sini.

      Kalau tak salah pemenang adalah SMK Munshi Abdullah untuk Melaka dan SMK Maokil untuk Johor

      Padam