About Me

11 Laluan Menjadi Guru

Saya menerima banyak pertanyaan mengenai bagaimana cara untuk menjadi seorang guru. Terutamanya bagi pelajar lepasan SPM dan juga mereka yang sudah memiliki segulung Ijazah. Tahniah! Semoga minat anda untuk menjadi cikgu ini boleh bercambah menjadi semangat kental semasa benar-benar menjadi seorang guru nanti. Tapi tahu kah anda bahawa kita ada hampir 11 laluan bagi menjadi seorang guru?

11 laluan menjadi seorang guru atau cikgu


 1. Laluan SPM - IPG - SK
Ini antara laluan paling mudah bagi menjadi seorang guru. Pelajar lepasan SPM yang mendapat keputusan cemerlang (4/5 A dan ke atas) boleh memohon kemasukan ke Institut Perguruan Malaysia (IPGM) atau lebih dikenali sebagai Maktab Perguruan suatu ketika dahulu. 

Mereka ini akan dilatih selama 1 tahun persediaan dan 4 tahun tambahan bagi program Ijazah Sarjana Muda Pendidikan. Seterusnya akan berkhidmat sebagai guru di Sekolah Rendah. Malah bagi meningkatkan kualiti pendidikan guru, KPM juga menyediakan laluan khas terus temuduga kepada pelajar lepasan SPM yang mendapat straight A yang berminat untuk menjadi guru.


2. Laluan SPM - Matrikulasi - Universiti - SMK
Bagi mereka yang berminat untuk menjadi guru di sekolah menengah, ada laluan lain yang boleh anda cuba. Selepas mendapat keputusan yang baik untuk SPM, anda boleh memohon masuk ke Kolej Matrikulasi. Secara umumnya, keputusan SPM anda perlu lah kredit bagi semua subjek.

Semasa di Kolej Matrikulasi, dapatkan keputusan peperiksaan yang bagus untuk memohon universiti yang menawarkan program bagi perguruan. 


3. Laluan SPM - STPM - Universiti - SMK
Ada juga pelajar yang mahu menjadi guru sekolah menengah ataupun guru bagi subjek yang diajar di sekolah menengah, seperti Kimia, Fizik, Biologi, Ekonomi, Perdagangan dan lain-lain, maka mereka boleh memilih laluan ini. Iaitu menyambung ke Tingkatan 6, dan seterusnya sambung belajar di universiti.


4. Laluan STPM - Universiti - SMK
Laluan ini adalah lebih kurang seperti laluan di atas, di mana pelajar Tingkatan 6 yang mendapat keputusan STPM yang cemerlang, kemudiannya sambung belajar program perguruan di universiti.

Majoriti daripada mereka akan dipostingkan untuk mengajar di sekolah menengah, kecuali jika dinyatakan subjek di sekolah rendah.


5. Laluan Diploma - Universiti - SMK
Laluan ini pula adalah laluan bagi mereka yang menyambung pelajaran ke peringkat Diploma terlebih dahulu. Selepas SPM, mungkin dah hilang rasa nak belajar di sekolah, maka pergi lah sambung belajar Diploma di mana-mana IPTA yang menawarkan program tersebut. 

Setelah memiliki Diploma, maka bolehlah memohon bagi sambung belajar untuk peringkat Ijazah Sarjana Muda khusus dalam bidang perguruan di universiti yang menawarkan. Tambahan 4 tahun lagi bagi menyiapkan pengajian di peringkat ini. Namun ada juga universiti yang membenarkan beberapa subjek Universiti dikecualikan, maka dapatlah siapkan ijazah ini dengan tempoh yang lebih pendek.


6. Laluan Ijazah - DPLI - SMK
Ini pula adalah laluan bagi mereka yang sudah mempunyai ijazah sarjana muda, tetapi dalam bukan bidang perguruan. Maka anda bolehlah memohon kursus DPLI, iaitu Diploma Perguruan Lepasan Ijazah. 

Bezanya dengan kursus KPLI yang biasa kita dengar adalah DPLI dilaksanakan di universiti, bukan di IPG seperti KPLI. Dan juga DPLI adalah bagi guru untuk sekolah menengah, manakala KPLI adalah bagi guru untuk sekolah rendah.

Sedikit elaun disediakan bagi mereka yang terpilih bagi mengikuti program ini. Namun ada perjanjian kontrak dengan KPM selama 2 tahun.


7. Laluan Ijazah - KPLI - SK
Ini adalah laluan perguruan yang paling biasa kita dengar, iaitu KPLI, Kursus Perguruan Lepasan Ijazah. Saya sendiri adalah satu daripada produk KPLI suatu ketika dahulu. Kini lepasan KPLI hanyalah untuk bakal guru yang dipostingkan ke sekolah rendah sahaja. Nak sekolah menengah, anda boleh cuba DPLI seperti di atas.

KPLI dilaksanakan di IPG, selama 1 tahun. Walau bagaimanapun, atas faktor bilangan guru dan subjek yang tidak seimbang dan berlebihan, faktor pelajar Ijazah Sarjana Muda Perguruan ISMP yang tidak dapat posting, maka program ini dikurangkan pengambilannya. 

Jika ada pun hanya terhad kepada subjek kritikal seperti Bahasa Inggeris, KHB, Pendidikan Khas dan lain-lain lagi yang diperlukan dalam kadar yang segera. Jika dibuka pun, saingannya sangat lah sengit. Semoga berjaya!


8. Laluan Ijazah - JQAF - SK
Bagi mereka yang memiliki ijazah dalam bidang pengajian Islam, Bahasa Arab atau yang berkaitan dengannya, maka anda boleh cuba laluan ini. Mereka yang memohon dan ditawarkan program ini, diberi peluang untuk terus menjadi Guru JQAF di sekolah yang ditetapkan. 

Dalam masa yang sama, pada waktu cuti sekolah, mereka harus mengikuti pengajian semasa cuti sekolah selama 2 tahun. Selesai saja program JQAF ini, maka akan ada reposting semula. Bergantung kepada nasib dan kekosongan, tempat posting mungkin boleh jadi sekolah lama, atau pun sekolah baru.


9. Laluan Ijazah - MRSM
Selain daripada itu, anda juga boleh cuba nasib untuk menjadi guru MRSM, Maktab Rendah Sains MARA, terutamanya jika anda pernah ada kena mengena dengan MARA. Sama ada bekas pelajar, bekas penerima biasiswa MARA atau apa-apa yang berkaitan dengan pendidikan MARA. 

Caranya boleh tengok iklan di MRSM tertentu dari masa ke semasa. Ini bergantung kepada kekosongan subjek dan keperluan. Seperti guru lain juga, program perguruan bagi guru sebegini dijalankan semasa cuti sekolah. Keutamaannya tentulah akan diberikan kepada bekas penerima biasiswa MARA. Tapi, anda boleh cuba juga. Mana lah tahu ada rezeki jadi cikgu MRSM. 


10. Laluan Ijazah - Sekolah Swasta
Jika dah cuba MRSM dan sekolah lain, tapi blom ada rezeki, maka anda boleh cuba memohon sebagai guru sekolah swasta dan sekolah antarabangsa. Keperluannya tentulah lebih bersifat memilih pada subjek, kelayakan bakal guru dan juga kelebihan tertentu.

Laluan ini merupakan satu laluan yang baik bagi mereka yang sentiasa inginkan cabaran dalam bekerjaya. Gaji pun tentu lebih lumayan jika dibandingkan dengan guru-guru kerajaan nih. Risikonya menjadi guru di sekolah sebegini, kontrak takkan disambung jika tidak menunjukkan prestasi yang membanggakan.


11. Laluan Ijazah - Teach for Malaysia - SMK/ SK
Ini satu lagi laluan baru yang saya dapat tahu. Anda boleh sertai NGO Teach For Malaysia yang aktif dalam menyediakan guru-guru bagi subjek kritikal di sekolah-sekolah yang sangat memerlukan guru. 

Mereka yang memohon bagi mengikuti program Teach For Malaysia ini akan disaring dan diberikan sekolah untuk posting. Semasa hujung minggu mereka perlu menghadiri kursus pemantapan perguruan bersama-sama rakan Teach For Malaysia yang lain. Kontrak adalah selama 2 tahun, seterusnya mereka boleh memilih untuk terus menjadi guru atau berhenti.

Program Teach For Malaysia ini juga direstui oleh Kementerian Pelajaran Malaysia, malah semakin giat dipromosikan melalui laman sosial dalam setahun 2 ini. 

Sebenarnya ada juga usaha saya untuk mendapatkan maklumat terus daripada Teach For Malaysia mengenai program ini. Namun tak berjawab. Mungkin terlalu sibuk menguruskan bakal-bakal guru yang mahu menyertai Teach For Malaysia nih..

Cara menjadi guru Cara menjadi cikgu

So, terkejut kan? Tak sangka ada banyak cara bagi anda di luar sana yang sangat ingin bergelar seorang cikgu. Maka, usahakanlah mengikut seperti yang anda rancangkan. Dan apabila berpeluang menjadi seorang guru kelak, janganlah disia-siakan peluang, tanggungjawab dan amanah yang anda pikul sebagai seorang guru! 

Tahniah sebab memilih kerjaya cikgu sebagai pilihan anda.. dan Semoga berjaya! ;)



Catat Ulasan

278 Ulasan

  1. CN laluan ke-2.. SPM - KmPK - UNIMAS (Pendidikan Sc. Komputer)..tapi sekarang UNIMAS tak offer dah course pendidikan rasanya ;)

    BalasPadam
  2. Laluan ke2 jugak...dgn biasiswa n kontrak 4 thn

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hijau zamrud, berapakah jumlah biasiswa & kontrak 4tahun utk mengajar ke ?

      Padam
  3. saya ingin menjadi guru,,saya ada diploma elektrik kuasa di Kolej Kemahiran Tinggi Mara..bagaimana step untuk jadi guru?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau Saira dah ada diploma,boleh mohon Ijazah Pendidikan di mana2 universiti yang tawarkan kursus berkenaan. boleh cuba laluan 5. semoga berjaya yer!

      Padam
    2. Kalau lalui ikut CIAST mcm mana saya nk mulakan? Boleh cikgu terangkan lebih detail...

      Padam
    3. saya ingin menjadi guru, saya ada diploma teknologi maklumat (pengaturcaraan)di politeknik bagaimana langkah seterusnya utnuk menjadi guru?

      Padam
  4. kalau pelajar dari kolej vokasional blh tak jadi cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. itu yg saya nk tnya cikgu ni. kita kna ikut ciast

      Padam
    2. kalau aliran teknikal dan vokasional,leh smbung ciast atau adtec,n then akan ada skim latihan tenaga pengajar teknikal n vokasional yg ditwarkan(tpi xtahu la masih ada lgi atau tidak).better tnya lect bila dh smbung belajar dan teringin mnjadi salah seorg tenaga pengajar(cikgu juga) ;)

      Padam
    3. Yaa, kalau student kolej vokasional nak sambung jadi cikgu boleh tak ?

      Padam
    4. kalau saya nak jadi cikgu dan saya telah ada diploma dalam jurusan multimedia, bolehkah saya sambung ke universiti yang menawarkan program pendidikan? dan terus menjadi cikgu?

      Padam
  5. salam, saya adalah penjawat awam dan bertugas sebagai F32 (pen. peg teknologi maklumat) tetap. umur tahun ini 35 thn dan memiliki ijazah sarjana muda dlm bidang komputer sains yg diiktiraf. boleh ke saya apply DPLI dan bagaimana pula dengan tangga gaji? adakah tangga gaji saya bermula dgn T1 semula? terima kasih

    BalasPadam
  6. Salam. Sy berniat nk sambung kpli @ dpli. Boleh bg saya cara memohon? Tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. untuk kpli atau dpli ini, saudari kena tunggu iklan keluar dulu, baru boleh memohon. iklan selalunya akan disebarkan di laman web kpm, suratkhabar dan media lain.

      tapi untuk tahun ini, belum keluar2 lagi iklannya. kalau ada nanti saya kongsikan yer..

      Jemput jugak baca hujahan saya mengenai KPLI dan DPLI dalam "Masih Ada Lagikah KPLI dan DPLI?".. moga membuka jalan..
      http://www.cikguhailmi.com/2014/08/masih-ada-lagikah-kpli-dpli.html

      Padam
    2. saya sangat bercita-cita menjadi seorang guru 0125465245

      Padam
  7. Minta maaf.
    Saya ingin tanya bahawa adakah markah kokurikulum diambil kira semasa menentukan sama ada seseorang layak diterima masuk ke fakulti pendidikan.
    Kalau jawapannya ya, apakah markah minimum yang perlu saya dapat?
    Terima kasih.

    BalasPadam
  8. ada ujian medsi dan temuduga lisan utk memasuki aliran pendidikan(sarjana muda).markah kokurikulum akan dilihat dari semasa ke semasa ketika anda berjaya mendapat panggilan utk temuduga lisan.

    BalasPadam
  9. macam mana nak memohon 7. Laluan Ijazah - KPLI - SK ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. kena tunggu iklan KPLI / DPLI keluar.. buat sementara waktu ini, masih blom keluar iklan.. kalau ada, nanti saya kongsikan

      Padam
  10. huhuhuhuhuu.....dh masuk 6 tahun jadi guru ganti n gstt..uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa

    BalasPadam
  11. saye lepasan ijazah seni halus...ade ke universiti laen menawarkan progrm pendidikan..

    BalasPadam
  12. assalam cikgu, mcm mana nak apply tok menjadi guru di kolej vokasioanal or teknik..saya lepasan uitm shah alam lulusan culinary arts... tq cikgu

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. untuk menjadi guru di Kolej Vokasional atau Teknik, perlu memiliki Diploma Pendidikan atau Ijazah Sarjana Pendidikan. Maka kena masuk apa2 program yang menawarkan salah satu daripada 2 kursus di atas.. Semoga berjaya

      Padam
    2. Bagaimana pula kalau sy lepasan kolej vokasional dan mengambil bidang pengajian awal kanak-kanak dan trus smbung ke unitar dalam bidang pendidikan awal kanak-kanak perlukah lagi sy mngambil bidang pendidikan ?

      Padam
  13. Tumpang tanya.. saya sedang menduduki stpm sekarang.. selepas stpm saya dihendaki ke uni kerajaan atau swasta jika ingin memohon menjadi guru?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Lebih baik jika Riennyie membuat pilihan ke uni kerajaan. Sekarang nih graduan pendidikan di uni kerajaan pun susah nak dapatkan posting, apatah lagi graduan pendidikan di uni swasta.. selamat mencuba yer!

      Padam
    2. assalam,bagaimana saya ingin memohon menjadi guru? saya mempunyai ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer.
      ada no contact untuk memohon?terima kasih :)

      Padam
  14. sy ada ijazah TESL dr universiti swasta..mcm mana laluan sy nk jd guru?

    BalasPadam
  15. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  16. Assalam...Nak tanya ada lagi ke pengambilan untuk DPLI? Sebab ada dengar khabar tiada lagi pengambilan untuk DPLI.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Ienalina.. gaya nya pun macam tu ler..
      lagipun dah sampai hujung tahun dah nih..
      Kalau ada iklan nanti saya kongsikan

      Padam
  17. as salam.. sayalepasan dip pengurusn prniagaan.. cmne step untk sy mnjdi guru??

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. boleh gunakan Diploma untuk mohon dalam Ijazah Perguruan..

      Padam
  18. Ada ke laluan utk lepasan sarjana (master, bukan perguruan)? Hehehe... Perlu dpli juga ke? Dpli brpe tahun ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Kalau laluan sarjana rasanya tak ada. Mesti guna ijazah sarjana muda untuk apply DPLI.. DPLI biasanya 1 tahun

      Padam
    2. salam cikgu, nak tanay sikit...sekarang DPLI n KPLI masih ada lagi ke program tu? saya duk tunggu selama setahun...macam xbuke iklan pun.. ?

      Padam
    3. salam.. kalau tanya pendapat saya, mmg macam dah tak ada.. boleh search artikel saya pasal KPLI dan DPLI nih.. saya dah explain kat situ

      Padam
  19. assalamualaikum.. saya lulusan Diploma Perakaunan dari UiTM. Tapi berminat nak jadi guru bahasa cina sebab keputusan SPM untuk Bahasa Cina adalah kepujian. Nampak macam lari bidang je, laluan yang mana satu sesuai?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. Kalau diploma mesti sambung ke Ijazah perguruan dulu la kalau berminat nak jadi cikgu.. masa tu boleh buat pilihan subjek yang anda minat..hmm.. mungkin boleh cuba! ;)

      Padam
  20. Wah bestnya jadi cikgu kan..kita takpenah dapat..spm pun tak lepas..

    BalasPadam
  21. salam cikgu..nk tumpang tanya...saya ada dip pembuatan hbis belajar tahun 2007...tp sy berminat nk jadi cikgu..mcmana nak mohon...n umur sekarang dah 31...blh lg ker...kalau kena samb kat mana n berapa tahun

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Kamal.. kalau dah ada diploma, perlu sambung ke Ijazah Pendidikan terlebih dahulu.. tapi bab umur tu saya tak pasti pulak ada ganggu atau pun tidak.. Dari diploma ke Ijazah pendidikan, mungkin ambil masa 3 - 4 tahun. Boleh cuba survey di IPTA yang ada tawarkan Ijazah Pendidikan. UPSI confirm ada.

      Padam
  22. slm..sy amek pure maths waktu di ipta..tp bkn pendidikan..minor bhs cina. dan mmg sy bersekolah di sjkc dulu. nak tny ada ke cara sy nak jd cikgu bhs cina/maths/sci atau seumpamanya di sjkc atau jd cikgu bhs cina di smk biasa..? klu cikgu ada jwpn nya bole emailkan sy yanymiera@yahoo.com..tq

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. Disebabkan Yanie blom ada apa2 yang berkaitan dengan Pendidikan, maka Yanie kena mohon dulu KPLI atau DPLI untuk ada Diploma Pendidikan.. pastu baru bleh jadi cikgu

      Padam
  23. Salam cg,tq cz bg mklumat yg bgune. Sy lepasan ijazah sarjana muda tp bkn pndidikn tp sgt2 berminat tuk mngajar. Sy prnh mjlni latihan industri d kolej komuniti sbgai pensyarah utk 3bln. Skrg dh grad dn dh isi kmsukn pensyarah mlalui spp tp blm ad rzeki lg..sy juz nk taw mcm mne nk apply msuk sbgai tnge pngajar d MRSM?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam Zul Helmiey... untuk jadi cikgu di MRSM, boleh tengok iklan yang keluar di laman web MARA dari masa ke semasa...

      Padam
  24. assalamualaikum..sy nk tnya cane nk apply untuk jg cikgu atau pensyarah dkt kolej komuniti..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. kalau tak salah saya melalui institut khas... tapi tak ingat plak samada melalui politeknik atau kolej tertentu.. nanti saya cuba survey ye

      Padam
    2. Assalam cikgu...sy dapat master perakaunan pendidikan di upsi...impian sy nak jd cikgu tp masalahnye dpli dan kpli mgkin xakan dilaksanakan lg..mudah ke untuk sy jd seorang pendidik selepas hbs master? institusi mana yg boleh sy mohon dgn master pendidikan nnt?

      Padam
  25. salam ckgu. sy ade diploma pend awal kanak-kanak. sy nk smbg degree tp x tau nk amik kos ape yg sesuai dgn saya..saya nk jd guru sek rendah. bleh ke sy amik kos yg x same dgnh diploma saya? kos ape yg saya bleh amik tuk jd ckgu sek ren? trima kasih byk2 ye ckgu.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. jika Syahama dah ada diploma, boleh cuba mohon di UPSI untuk kursus Ijazah. Pastikan juga pemilihan kursus adalah untuk subjek sekolah rendah.. semoga berjaya yer!

      Padam
  26. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  27. Assalamualaikum cikgu. saya baru berumur 17 tahun tetapi tidak mengambil SPM. Ini kerana saya merupakan pelajar Kolej Vokasional. Saya belajar dari umur 16 tahun hingga 19 tahun untuk program diploma. Jadi saya tiada SPM. Saya berminat malah bercita-ii menjadi seorang guru. Boleh cikgu jelaskan laluan mana yang harus saya ambil setelah tamat diploma nanti untuk menjadi seorang guru sekolah rendah? Saya risau kerana saya tiada SPM walaupun ada Diploma nanti. Harap cikgu dapat membantu saya. Terima kasih.

    BalasPadam
  28. saya juga ingin tahu perbezaan haluan untuk saya menjadi guru sekolah rendah atau guru sekolah menengah

    BalasPadam
    Balasan
    1. setakat dalam pengetahuan cikgu, untuk nak jadi cikgu sekolah rendah, memang guna laluan SPM > IPGM (Ijazah Pendidikan)..
      Bagi kes Nur Atika, dengn diploma KV, saya tak pasti plak boleh ikut laluan yang sama..
      Tapi kalau berminat juga, mungkin ble gunakan diploma tersebut bagi memohon Ijazah Penddikan di IPTA.. itu akan jadi cikgu sekolah menengah nanti..

      Padam
    2. apply ja cikgu voke ataupun kemahiran,

      Padam

  29. Assalam cikgu, jika seseorng sudah memiliki ijazah dlm bidang kjuruteraan, kemudian menyambung MASTER PENDIDIKAN..adakah dia layak untuk menjadi guru dengan mnggunakan master tersebut walhal dia tidak memiliki diploma pendidikan@ijazah pendidikan.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. untuk nak jadi cikgu KPM, rasanya hanya ijazah pendidikan dan diploma sahaja.. Master tak boleh rasanya.. kalau yang dah ada master, boleh cuba jadi pengajar di kolej, politeknik dan iPt

      Padam
  30. Assalammualaikum cikgu, saya berminat sangat nak jadi guru, saya lepasan stpm dan sekarang sedang meneruskan pelajaran dalam program ijazah sarjana muda di sebuah IPTA , cikgu adakah saya masih mempunyai peluang untuk bergelar seorang guru walaupn bidang akademik saya bukan pendidikan? Cikgu, untuk memohon guru dgn gred DG29, bolehkah jika seseorang itu hanya mempunyai sijil stpm dan tidak mempunyai sijil diploma dlm pndidikan untuk memohon jawatan tersebut? Terima kasih cikgu :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika dah ada ijazah, boleh cuba mohon KPLI atau DPLI (buat sementara waktu tiada sbb lambakan graduan pendidikan)
      untuk guru dg29 pun rasanya sekarang dah takada ditwarkan di IPG, sbb semua guru di Sek rendah dan menngah dah diupgrade kepada DG41 semua

      Padam
  31. Salam cikgu, saya berminat nak jadi guru sekolah menengah, tapi saya mengambil diploma dalam pendidikan prasekolah di university swasta dan ia habis pada bulan April 2015.Boleh tak saya sambung belajar dimana-mana university untuk guru sekolah menengah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. kalau dah ada diploma, boleh sambung kepada ijazah sarjana pendidikan subjek sek menengah di IPT yang menawarkan kursus

      Padam
  32. Salam cikgu . saya ada diploma in physiotherapy tapi saya berminat untuk jadi guru. saya berumur 24tahun masuk tahun ni . boleh tak saya nak jadi guru ? pastu ape saya perlu buat ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. bagi laluan Diploma,anda kena mohon sambung belajar dalam ijazah Pendidikan lah sebelum boleh jadi guru. Boleh survey universiti dan juga bidang yang bersesuaian dengan diploma yang dah ada.. semoga berjaya!

      Padam
  33. salam...cikgu, saya nak tanya, cikgu tahu tak bila agaknya keputusan untuk jawatan guru MARA yang dibuka sehingga 30 November 2014 akan diketahui? sehingga kini, masih tiada sebarang maklumbalas dari pihak MARA

    BalasPadam
    Balasan
    1. Salam.. memang blom ada maklumat terkini lagi.. kalau ada akan saya kongsikan di sini

      Padam
  34. salam cikgu...saya merupakan pemegang ijazah sarjana muda sains matematik. Nak tanya, saya boleh mohon menjadi guru sekolah menengah ke lepas ambil kursus dpli? sbb bila saya tengok laman web dpli itu untuk guru sekolah rendah.

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam. kebiasaannya kursus KPLI adalah untuk SR, manakala DPLI adalah untuk SM.. buat sementara waktu mmg blom kuar lagi iklan

      Padam
  35. selamat sejahtera cikgu .... saya akan MENGHABISKAN SESI STPM PADA tahun 2015. jadi dengan SIJIL STPM TERSEBUT adakah saya perlu belajar selama 4TAHUN@2TAHUN?? dalam bidang pendidikan bagi IJAZAHSARJANA MUDA.sekian terima kasih!!! :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. Selamat sejahtra Dhalvin.. jika sudah mempunya STPM, dan berhajat untuk mengikuti bidang pendidikan, anda perlu habiskan kursus selama 4 tahun

      Padam
  36. terima kasih banyak2 cikgu hailmi..:)

    BalasPadam
  37. Assalammualaikum cikgu hailmi.. sy ingin bertanyakan soalan.. sy merupakan pelajar jurusan seni lukis dan seni reka (grafik) sekarang sedang mengambil diploma ... skrg sy berada di th yg terakhir... saya nak tanye... laluan untuk menjadi seorang guru seni.. tidak kisah antara sekolah rendah atau menegah... apakah yang harus sy lakukan setelah sy menamatkan diploma sy.. boleh kah cikgu membantu sy.. terima kasih 😄

    BalasPadam
  38. Assalamualaikum, nak tanya, bagaimana caranya guru lepasan ijazah program PISMP memohon masuk utk mengajar di smka? adakah boleh? dan bagaimanakah laluan prosedurnya..? jika boleh,adakah kita boleh memilih smka yang kita inginkan secara spesifik?

    BalasPadam
  39. Assalamualaikum....cikgu, saya ingin bertanya berkenaan dengan Program PJJ.....Universiti manakah yang menawarkan Program PJJ untuk menjadi Guru Perdagangan?

    Terima kasih.

    BalasPadam
  40. Assalamualaikum, cikgu may i ask u a question? if u dont mind. boleh x kalau pelajar lepasan kv jadi guru kv? dan apa syarat untuk mendapatkan diploma kv selepas tamat pengajian selama 4 tahun.. I greatly appreciate your help :) instant reply please (no offense)

    BalasPadam
  41. Assalammualaikum ,
    cikgu saya memang berminat nak jadi guru ,
    tapi masalah saya tak faham apakah Falkulti yg patut saya ambik ..
    serious pening jugk baca ..
    so , saya berminat nk jadi guru perdagangan , Ekonomi Asas ..
    jadi , bidang mana patut saya pilih ?
    minat nak jadi cikgu , tapi nak ajar plajaran yg sya minat ..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. ambil ler fakulti yang berkaitan dengan subjek kegemaran kita

      Padam
  42. salam...

    sy pelajar teknikal di IPTA, adalah jika saya sambung master in education (teknikal n vokasional) UTHM melayakkan saya menjadi guru sek.teknik/kolej vokasional?

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya diorang tetap juga nak tengok ijazah atau diploma dalam pendidikan

      Padam
  43. salam cikgu.. sy ada degree in TESL.. tp belum officially graduate.. mcm mana sy nak apply utk jwtn guru ye sbb sy dr ipts.. org ckp ipts susah nak dapat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. rasanya skang nih memohon terus dengan jpa kan?. soal susah atau tak, itu bergantung juga kepada rezeki.. inshaAllah banyak2kan berdoa semoga dipermudahkan..

      Padam
  44. salam cikgu. saya ada diploma perancang bandar dan wilayah. tapi ingin menjadi guru. mcm mana ye ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. saudara boleh mohon sambung belajar peringkat Ijazah terlebih dahulu.. IJazah Pendidikan adalah sangat digalakkan.. semoga berjaya

      Padam
  45. Assalamualaikum wbt. Saya graduan pengajian Islam 2013, saya tertunggu-tunggu iklan KPLI/DPLI?J-QAF-Khas, tapi tak muncul-muncul juga. Saya berhasrat untuk menjadi guru dalam Pendidikan Khas. Saya cuba bertanyakan beberapa universiti untuk MAster Pendidkan Khas, tapi nampaknya saya tidak berkelayakan sebab bukan graduan pendidikan. Laluan manakah yang masih lagi saya dapat ambil, adakah saya boleh membuat permohonan Ijazah sarjana muda dengan menggunakan SPM 2007 ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Waalaikumsalam.. saya rasa jika nak memohon menggunakan SPM 2007 adalah kurang sesuai dan kurang relevan.. cuba saudara mencuba laluan lain, seperti guru MRSM / sekolah swasta dulu.. sambil2 tu mana lah tahu ada rezeki iklan KPLI DPLI ada kuar, maka boleh gunakan yang itu sebagai pengalaman.. semoga yang terbaik untuk saudara.. ;)

      Padam
    2. assalam,bagaimana saya ingin memohon menjadi guru? saya mempunyai ijazah sarjana muda kepujian dalam bidang sains komputer.
      ada no telefon untuk saya bertanya berkenaan permohonan tersebut?terima kasih :)

      Padam
  46. salam cikgu, saya mempunyai ijazah dalam bidang biologi dan saya bercadang untuk sambung belajar di Open University Malaysia dalam program Diploma Pascasiswazah Perguruan. Apakah saya mempunyai peluang untuk dapat kerja sebagai guru dengan diploma ini di sekolah2 kerajaan? MAcam mana saya hendak memohon untuk mendapat jawatan tetap sebagai guru di sekolah kerajaan dengan diploma ni?

    BalasPadam
  47. asslamualaikum cikgu.. sy lepasan ijazah perakaunan di Uitm.. mmndgkan Dpli n Kpli seperti sudah tiada.. sy ada terfikr untuk mengambil semula ijazah pendidikan perakaunan di Upsi dgn mnggunakan result matrik.. apa pendapat cikgu yer..

    BalasPadam
  48. Assalamualaikum cikgu...saya mempunyai ijazah dlm bidang sains pentadbiran...tetapi sya berminat untuk menjadi pendidik...& sya bru shja mendaftar utk program TFM...boleh tak cikgu bagi sedikit tips utk interview...memandangkan TFM akan menjalankan interview melalui telefon....terima kasih

    BalasPadam
  49. assalamualaikum cikgu hailmi. sye ingin menjadi seorng guru smk. ipta/laluan yg manakah sesuai utk mengambil diploma berdasarkan subjek yg sye ingin mengajar?

    BalasPadam
  50. salam cikgu, mcmne nk tau kos kt upsi pasaran terbuka ke x?
    tq

    BalasPadam
  51. Salam....cikgu saya lepasan diploma pen.awal knak2....sya da tengok ijazah yg sya boleh smbung iaitu Pendidikan khas, Psikologi, Bimbingan dan kaunseling...sya berminat nak jd ckgu sek.rendah...tapi smua nie xtrmasuk dlm plihan sya...mcm mna ye cikgu...??boleh bg cdgan tak..??

    BalasPadam
  52. Salam cikgu laluan pertama tu kalau dapt 4/5A keatas tetapi x kredt bi blh ke tak??

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam... syarat utk laluan 1 tu biasanya 6A ke atas dan kredit semua subjek termasuk BI

      Padam
  53. cikgu busy ke? sye ade byk pertanyaan. klu busy jawab ya, klu tak busy balas tidak

    BalasPadam
  54. assalammualaikum cikgu.. tumpang tnye.. saya bermur 23, sy memasang niat untuk menyambung pelajaran di institut perguruan ( IPG) .. da n saya bercadang nak ambil course pendidikan awal kanak2 .. jadi apakah kelayakan SPM credit y membolehkn untuk mengambil course tersebut.. terima kasih cikgu..

    BalasPadam
  55. Salam cikgu..... saya pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda, saya bercadang nak sambung pengajian dalam bidang sarjana pendidikan psikogi... Apakah saya juga akan diserap menjadi guru..

    BalasPadam
  56. Salam cikgu..... saya pelajar tahun akhir ijazah sarjana muda, saya bercadang nak sambung pengajian dalam bidang sarjana pendidikan psikogi... Apakah saya juga akan diserap menjadi guru..

    BalasPadam
  57. Selamat petang cikgu......saya pelajar lepasan spm tahun 2014....saya nak minta tolong daripada cikgu untuk tunjuk ajar haluan saya untuk jadi guru sekolah menengah......apakah bidang yang perlu saya ceburi ataupun nak bt permohonan untuk bidang apa ye cikgu...minta tolong....harap maaf ye cikgu......kalau nak pilih bidang pendidikan awal kanak kanak lepas itu nak buat apa cikgu kalau nak jadi guru sekolah menengah......

    BalasPadam
    Balasan
    1. penempatan ke SK @ SMK itu ditetapkan oleh SPP... mengikut keperluan enrolmen.. tidak kira anda ada degree dalam bidang apa..

      Padam
  58. Salam cikgu. Saya ialah lepasan STPM 2014. Saya berminat untuk menjadi seorang guru Biologi dalam smk..saya juga minat untuk mengambil Sarjana Muda Sains dengan Pendidikan di ipta..tapi tahun ini tiadanya ipta yang offer program ini..jadi macam mana saya nak menjadi seorang guru Bio smk? Upsi ada Sarjana Muda pendidikan (sains) tapi bukannya Biologi..

    BalasPadam
    Balasan
    1. kursus itu memang betul.. bila di ipt nanti baharu akan ada pengkhususan..

      Padam
  59. Assalamualaikum cikgu, saya lepasan SPM2014. Kalau aim saya nak jadi pakar addmath saya perlu pilih course apa ??

    BalasPadam
  60. Assalamualaikum cikgu. Saya graduan dari management and science university (msu) dan saya ada Degree in Education Teaching English as a second language (TESL). Bagaimana untuk saya memohon sekolah kerajaan? perlu kah saya menjalani DPLI?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Senior saya. No tak payab dpli.. sya nak ckp dgn sis pasal spp.. hope can email me at durratulainhamzah@gmail.com

      Padam
    2. Senior saya. No tak payab dpli.. sya nak ckp dgn sis pasal spp.. hope can email me at durratulainhamzah@gmail.com

      Padam
  61. Assalamualaikum cikgu.. sy ingin bertanya adakah dpli masih wujud??? sy berminat untuk mengajar sekolah menengah.. tetapi sy mempunyai ijazah bukan pendidikan

    BalasPadam
    Balasan
    1. dukacita dimaklumkan kpli dan dpli skrg dah dibekukan..

      Padam
  62. Assalamualaikum, Cikgu . saya ingin bertanya soalan berkenaan kursus ini. Saya bearada di tingkatan 6 Atas, bercita-cita ingin meneruskan ijazah pendidikan. Jadi, sekiranya saya ingin memohon upu, adakah keputusan SPM saya masih dikira walaupun sekiranya keputusan saya cemerlang ? Saya risau kerana keputusan SPM saya kurang memuaskan, takut sekiranya tidak layak. Terima kasih, Cikgu. -

    BalasPadam
    Balasan
    1. *ralat: sekiranya keputusan STPM saya cemerlang ?

      Padam
  63. Assalam cgu..
    Anak saya lepasan ijazah Management Perhotelan. Ingin memohon jadi guru, bagaimanakah caranya. Tkasih cgu

    BalasPadam
  64. Assalam Cgu...anak saya lepasan ijazah Management Hotel. Bagaimanakah caranya ingin mengikuti kursus perguruan..tkasih cgu

    BalasPadam
  65. assalamualaikum cikgu..sye msih kurang mngerti dengan cikgu di sekolah swasta

    BalasPadam
  66. CIKGU, bukalah blog cikgu ni. byk pertanyaan

    BalasPadam
  67. baru tahu banyak cara untuk jadi cikgu :)

    BalasPadam
  68. assalamualaikum cikgu.sya mempunyai ijazah,tp dlm bidang lain.bolehkan sya ambil semula ijazah tp dlm bidang perguruan pula?bermaksud sya nanti da dua ijazah..dan bagaimana peluang utk dptkan kerjaya guru setelah sya memiliki ijazah perguruan tersebut.

    BalasPadam
  69. Assalamualaikum cikgu.Bagi pendapat cikgu jika lepasan SPM berpeluang melanjutkan pelajaran ke UPSI,adakah peluang untuk menjadi guru akan cerah?

    BalasPadam
  70. Cikgu.Saya masih belajar dlm Diploma Kejuruteraan Elektrik. Bagaimana ingin menjadi guru? selepas saya sudah memegang diploma bagaimana mahu memohon bidang peguruan

    BalasPadam
  71. Assalamualaikum. Cikgu nk tanya. Setelah memeliki ijazah sarjana muda pendidikan awal kanak-kanak di ipg dan ditawarkan menjadi guru di sekolah kebangsaan .soalan saya..jurusan ini hanya mengajar prasekolah sahaja ke ?

    BalasPadam
  72. Salam sejahtera..
    saya berumur 31 thn,lepasan dip.kej elektrikal hampir 10 tahun.sy mmg berminat nk menjadi guru.dek faktor yang pelbagai hasrat byk harus di abaikan.
    boleh ke sy memohon untuk menjadi guru dan mcm mana caranya.

    BalasPadam
  73. Assalamualaikum Cikgu, semoga cikgu Hailmi dirahmati Allah..
    Anak saya lepasan martik dan ditawarkan ke UKM utk ijazah pendidikan kepujian (TESL)
    Soalan 1.Adakah selepas tamat belajar anak saya akan terus ditawarkan utk mengajar?
    Soalan 2.Adakah peluang kerjaya lain jika dia tidak memilih menjadi pendidik ?
    Terima Kasih cikgu...

    BalasPadam
  74. Aslmualikum cikgu.
    Boleh ke seorg angota polis tukar kerjaya mnjd seorg guru?
    Apa caranya cikgu?
    terima kasih cikgu..

    BalasPadam
  75. Assalam cikgu .. Sy lepasan spm je tahun 2010.. Sy teringin nak jd ckgu sek. Rendah.. Boleh tnjuk ajar sy bidang mana sy boleh ceburi.. Spm sy hnya 5a..

    BalasPadam
  76. Assalamualaikum....
    Jika sy belajar dalam ijazah sarjana muda pembedahan pergigian, adakah sy berpeluang untuk menjadi seorang guru? Sy meminati guru subjek matematik

    BalasPadam
  77. Assalamualaikum..
    Guru pndidikan awal kanak2 masih bnyak pgambilan ker..? Trutamnya skolh kerajaan..

    BalasPadam
  78. gl.fionalista jermin9 Julai 2015 pada 2:47 PTG

    saya Gl.fionalista.ckgu tumpan tanya.umur sa 17.saya ingin menjadi seorang guru sukan dimna kh saya patut pergi selepas mendapat keputusan spm?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi GI.fionalista.. kalau selepas SPM, nak jadi cikgu, mohon lah ke IPG.. ataupun dulu dikenali sebagai maktab perguruan..

      Padam
  79. Salam..saya hariz berumur 27 tahun dah..ada diploma perakaunan dari politeknik..laluan mna sy harus tuju untuk menjadi pendidik..sy lebih cenderong ke arah perakaunan..

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. hariz kena sambung ke kursus pendidikan dalam bidang perakaunan di mana2 IPT yang menawarkan kursus perguruan

      Padam
  80. macam mana pula cara untuk menjadi guru pendidikan seni visual (PSV).. boleh terangkan x step dia..

    BalasPadam
  81. salam semua.. kepada lepasan spm dan stpm yg ingn ke sekolah rendah, cuba apply ipg serta pastikan anda cergas dari segi fizikal kerana ade ujian kecergasan untk masuk ipg. maksimum umo untk masuk ipg ialah 21 tahun.

    BalasPadam
  82. kepada lepasan stpm,asasi, mtrik dan diploma yg ingn ke sekolah menengah. sy ingin pesan supaya anda pilih subjek2 utama seperti bm,sejarah,tesl, pjk kerana calon2 guru math dan aliran sains ramai yg belum dipggil kerja lgi. cuba elakkan memilih kos yg open market dan mencari mklumat yg betol.

    BalasPadam
  83. Assalamualaikum cikgu... saya bakal menyambung pelajaran dalam bidang sejarah ( bukan bdang pendidikan) di u kelak. Adakah berpeluang untuk saya menjadi guru sekiranya ijazah saya bukanlah dlam bdang pendidikan? Dan masih ada lagikah program dpli/kpli untuk 3 tahun mendatang..

    BalasPadam
  84. Assalam cikgu...saya merupakan pelajar akhir ijazah sarjana muda tetapi bukan pelajar dalam bidang perguruan..bidang saya lebih menjurus kepada double major iaitu pembangunan manusia dan teknologi maklumat..Jadi bagaimana caranya saya ingin menjadi seorang guru..

    BalasPadam
  85. wah ramai sekali yg nak jadi pendidik.. bagus ya. tapi harap2 semua ikhlas lah ye sbb nak jadi pendidik ni bukan tugas yg mudah ye. malah boleh sakit jiwa kalau tak ikhlas mengajar.. nnt kesian kat anak2 murid yg betul2 nak belajar..hehe.. gud luck!!!

    BalasPadam
  86. asalamualaikum cikgu sya seorg pelajar kolej vokasional... persoalan sya skrg blh ka pelajar dri kv memohon utk mnjdi guru... jika blh apa yg perlu sya bt?... kelayakan apa yg perlu ada... dan blh ka pelajar dari kv memohon sbgai tenaga pngajar... sya berminat utk mnjdi guru dlm bidang teknik dan vokasional... mohon cikgu terangkan... terima kasih

    BalasPadam
  87. assalamualaikum cikgu hailmi..erm sy br shj tmat pgajian diploma pendidikan pengajian islam d unisel...dn sy skrg sdg mnyandang guru ganti di skolah mnengah...erm prsoalan sy bole cikgu tlong sy berikn step2 utk mnymbung ISM...mhon pncerahn segera..tq..

    BalasPadam
  88. assalamualaikum cikgu hailmi..erm sy br shj tmat pgajian diploma pendidikan pengajian islam d unisel...dn sy skrg sdg mnyandang guru ganti di skolah mnengah...erm prsoalan sy bole cikgu tlong sy berikn step2 utk mnymbung ISM...mhon pncerahn segera..tq..

    BalasPadam
  89. Salam cikgu..saya dah ada degree tapi bukan pendidikan,saya betol2 berminat nak jadi guru,boleh cikgu inform nanti kalau DPLI ada bukak nnti atau iklan di MRSM..

    BalasPadam
  90. famous blog cikgu ni. kipidap

    BalasPadam
  91. Salam cikgu..macam mana nak mohon laluan ke10?

    BalasPadam
  92. bagaimana untuk jadi guru jika saya lepasan uiam dlm kos ekonomi yer?

    BalasPadam
    Balasan
    1. perlu masuk KPLI / DPLI (sudah tidak ditawarkan sejak 2 tahun lepas)

      Padam
  93. Hello cikgu.. saya skarang bekerja dengan kerajaan dlm bidang Jurukur bahan gred JA29 dan kini sd berumur 35 thn. Adaka sd terlambat utk sy sambung belajar dlm jurusan pendidikan kerana sy ada minat utk menjadi seorang cikgu?:)

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika saudara sudah bekerja dgn kerajaan, dan dengan umur sudah 35 tahun, saya rasa, agak terlambat utk saudara bermula sebagai guru.. apatah lagi dengan peluang utk posting juga sekarang sudah tidak mendapat jaminan daripada mana2 pihak, sudah pasti bukan risiko yg baik utk saudara tinggalkan jawatan sekarang. cuba sambung ke peringkat yg lebih tinggi dan memohon sebagai pensyarah, mungkin itu juga hampir dengan menjadi seorang cikgu jika saudara betul2 berminat menjadi seorang pendidik.

      Padam
  94. Assalam , ckg saya nak tanya kalau kita amik ijazah pendidikan memang kita Keluar akan terus jd ckg atau kena isi apa2 borang ke atau pergi inteview ke utk jd ckg smk?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salam.. belum pasti.. banyak perkara boleh pengaruhi.. ya.. kena pegi interview dulu selepas memohon untuk posting. persaingan makin sengit nak jadi guru sekarang.

      Padam
  95. Tq cikgu for your sincere feedback😊

    BalasPadam
  96. Haii. Saya nak tnya, kalau kita sekolah dri kolej vokasional ? Boleh kah mohon jadi seorang guru. Sebab cita2 saya ingin menjadi serong guru.

    BalasPadam
    Balasan
    1. boleh.. tapi perlu masuk universiti dan ambil kursus pendidikan..

      Padam
  97. Assalamualaikum, saya nak tanya? Saya warganegara malaysia tapi ibu bapa saya bukan warganegara malaysia. Adakah saya berpeluang untuk manjadi cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. salamm.. maaf, yang perkara nih cikgu tak berapa pasti..

      Padam
  98. hai .. sy ada diploma dari kolej vokasional .. macam mana cara utk menjadi guru di mana2 sekolah atau mnjdi guru di teknik???

    BalasPadam
    Balasan
    1. daripada diploma tu anda kena sambung belajar ke universiti dan ambil kursus peguruan peringkat ijazah..

      Padam
  99. hai cikgu. sy sekarang belajar di IPTA dlm kos Kesenian Melayu (ijazah). minat sy untuk menjadi seorang guru sgt tinggi, namun sy tiada rezeki utk dapat kos pendidikan. Apakah langkah seterusnya utk melayakkan diri sy menjadi seorang guru? perlu kah sy sambung pengajian hingga ke peringkat master??

    BalasPadam
    Balasan
    1. tahniah sebab anda berminat nak jadi cikgu. walaubagaimanapun, disebabkan anda dah ada ijazah, maka tak banyak pilihan untuk anda bergelar guru. yang ada untuk anda buat masa sekarang adalah memohon jadi guru MRSM / KPLI - DPLI (yang dah lama tak dengar cerita) / Teach for Malaysia / cikgu sekolah swasta ..

      Walaupun anda menyambung ke peringkat Master Pendidikan, tetapi tanpa Ijazah Pendidikan atau DIploma Pendidikan, adalah mustahil untuk anda menjadi guru.

      Saya ucapkan selamat maju jaya yer

      Padam
  100. Salam cikgu,saya Lina dari Sarawak. Kalau saya mendapat keputusan yang cemerlang dalam SPM. Selepas itu,saya tidak mahu belajar di Universiti,saya ingin terus bekerja sebagai guru sekolah menengah untuk mengajar subjek sejarah dan Bahasa Iban.untuk mencapai cita-cita ini,saya mahu masuk ke IPG selepas SPM..dan semasa di IPG..saya mahu ambil ijazah penguruan sekali..then,baru saya mahu jadi guru...Boleh ke Cikgu???

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi Lina.. Betul perancangan Lina tu, selepas SPM masuk ke IPG. Tapi harus diingat, guru daripada IPG hanya untuk ke sekolah rendah. Ke sekolah menengah datangnya dari universiti, mcm UPSI ka, yang lain ka. Tapi untuk subjek Bahasa Iban saya tak pasti plak. Kena tengok betul2 masa isi borang. Setakat dalam pengetahuan cikgu, IPG memang untuk hasilkan guru sekolah rendah. Moga bermanfaat.

      Padam
  101. Hi.. Sy nak tanya ..bolehkah lepasan stpm jadi guru sekolah rendah?i

    BalasPadam
    Balasan
    1. stpm tak boleh mohon utk mengajar.. kena ada degree.. dan penempatan bergantung kpd kpm dan spp

      Padam
  102. assalamualaikum cikgu...nk tya pendapat cikgu..saya ada ijazah kejuruteraan,tp saya berminat nk jadi cikgu...sekarang saya ada buka kelas tuisyen di rumah secara kecil-kecilan...sya juga berminat nk mnjadi guru di sekolah swasta..jd,mcm mana cara sya nk memohon guru untuk sekolah swasta??

    BalasPadam
    Balasan
    1. jika sekolah swasta, terus direct kpd sklh berkenaan..

      Padam
  103. Salam cikgu, sy nak tanya , sy ada ijazah dlm bidang sains sukan, bgaimana cara sy nk apply utk jadi cikgu sekolah mnengah?

    BalasPadam
  104. Hello, Cikgu Helmi. Bagaimana lepasan Bachelor TESL hendak memohon jawatan guru kerajaan?

    BalasPadam
    Balasan
    1. isi borang di spp.. kmdian tunggu dipanggil utk temuduga..

      Padam
    2. Boleh ke isi dekat SPP? Bukan isi dekat JobsMalaysia? Saya dah banyak kali nak try isi dlm SPP. Tapi SPP bagi arahan isi kt Jobsmalaysia je :(

      Padam
  105. cikgu saya baru lepas stpm pada tahun 2014 bagaimana untuk memohon cikgu?

    BalasPadam
    Balasan
    1. minta kursus pendidikan di universiti..

      Padam
  106. Assalamualaikum, kalau saya mahu menjadi cikgu, tetapi tidak mahu sekolah menengah , saya mahu masuk vokasional , ambil kursus "pendidikan awal kanak-kanak"apa pendapat cikgu ?

    BalasPadam
    Balasan
    1. penempatan guru tertakluk kpd keperluan.. dan bergantung kpd spp dan kpm.. kita tak boleh pilih

      Padam
  107. Makin sukar untuk menjadi cikgu sekarang, terlalu ramai yang memohon

    BalasPadam
  108. Salam.. Sy ada dip kejuruteraan awam, sy nk menjadi guru atau pensyarah.. Mcm mane caranye

    BalasPadam
  109. Asalam kalau ikut laluan IPG umur berapa ya dapat terus bekerja sebagai guru umur 23 ke ? Ataupun perlu sambung belajar lagi ?

    BalasPadam
  110. hi , just want to ask after STPM still can apply menjadi guru sekolah rendah?? if can how? thanks~

    BalasPadam
    Balasan
    1. rasanya macam tak boleh. but depends on the JPN. Please refer your nearest PPD or JPN for more info.

      Padam
    2. rasanya macam tak boleh. but depends on the JPN. Please refer your nearest PPD or JPN for more info.

      Padam
  111. Assalamualaikum cikgu..sy nk tnya pendapat..mcm skarang sy umo 28 thn kelulusan sijil teknologi maklumat dr politeknik tahun 2010..klu skarang sy aply diploma dr uni pndidikn..bole ke?atau da trlalu lewat tuk sy mnukar bidang perguruan?

    BalasPadam
  112. Salam saya pelajar lepasan spm tapi saya tak dapat result lgi dan saya nak tahu cara untuk memohon ke mana2 maktab perguruan.

    BalasPadam
  113. assalamualaikum cikgu. saya seorang lepasan ijazah sarjana muda (bukan bidang perguruan)dan tidak mempunyai diploma kerana saya masuk melalui matrikulasi. soalan saya apakah peluang saya untuk menjadi guru sekolah? adakah saya perlu sambung master pendidikan untuk layak memohon jawatan guru?

    terima kasih cikgu

    BalasPadam
  114. Assalamualaikum Cikgu Hailmi. Minta maaf mengganggu. Soalan saya, bagaimana jika saya tidak dapat score A untuk SPM, apakah saya mempunyai peluang untuk menjadi guru? Saya betul-betul berminat untuk menjadi guru. Terima kasih cikgu.

    BalasPadam
  115. hi cikgu salam, nak tanye sikit, cara nak menjadi guru pendidikan khas, mohon share sedikit info.. saya mempuanyai ijazah sarjana muda dari uum bukan bidang pendidikan... still saya layak untuk menjadi guru pendidikan khas tak>??

    BalasPadam
  116. Assalammualaikum kepada admin . Saya ingin mengajukan satu soalan kepada cikgu. Saya merupakan lepasan spm persendirian 2015 . Saya ingin pencerahan adakah saya berpeluang utk meneruskan pengajian dalam bidang perguruan dgn keputusan spm persendirian saya ini?saya berharap agar cikgu dapat membalas komen ini setidaknya saya tahu kemana hala tuju saya selepas ni . Terima kasih

    BalasPadam
  117. Assalamualaikum ...nak tnya... ijazah sarjana muda pendidikan di ipta mana yg senang utk posting ke sekolah setelah tamat bljr?

    BalasPadam
  118. hai cikgu, skrg ni sy dlm semester akhir diploma pengaturcaraan(ict) dan sy berminat sgt nk jadi seorg guru. jadi sy nak apply utk IPG sesi 2016 tapi pd 13 Jun nnti umur sy 21 tahun. adakah sy masih dapat utk apply IPG tu ?

    BalasPadam
  119. Bagaimana saya mahu memohon DPLI atau KPLI. Saya cek di laman web kementerian tak ada. Umur sudah 29 masih boleh memohon ke?

    BalasPadam
  120. salam ckgu,sy student lepasan stpm dan sekarang sy sedang study d uitm sem 2 ambil bachelor of fine art (HONS). Sy sngt berminat menjadi seorang guru.Boleh cikgu tolong beri sedikit pandangan or pendapat apa yg perlu sy lakukan?..TQ Cikgu

    BalasPadam
  121. salam cikgu . sy ni ambil diploma in business . so macam mana step sy nak jadi cikgu ?

    BalasPadam
  122. Salam cikgu . saye lepasan stpm , sye kene sambung belajar di mane untuk menjdi guru dan ambil bidang ape ? .

    BalasPadam
  123. Salam cikgu
    Sya nk tahu cara memohon menjadi guru lepasan diploma fesyen designer dr UITM.

    BalasPadam
  124. Salam cg sya adi....saya baru hbis SPM dan mnat nak jadi guru bahasa arab....sya nk tnya smada sya patut ambik STPM atau STAM????Bole tlong saye x cg.....

    BalasPadam
  125. Asalamualaikum Cikgu. Saya lepasan Bachelor TESL 2011. Sampai sekarang tak ada peluang jadi guru. Sedang berkhidmat sebagai pembantu tadbir di KKM. Telah menghantar permohonan manual ke KPM pada tahun 2012. Tetapi jawapan adalah DUKACITA sebab BELUM ADA KEPERLUAN. Ada tak cara lain boleh saya usahakan untuk merealisasikan cita2 saya? Saya pernah mengemukakan rayuan untuk dipanggil temuduga pada tahun 2014 tetapi jawapannya tetap DUKACITA. Mohon tunjuk ajar...

    BalasPadam
  126. Cikgu, saya merupakan pelajar lepasan spm dan berminat untuk mengajar bahasa di sekolah menengah. Memandangkan ipg hanya berkelayakan untuk mengajar di SR, jd adakah boleh sekiranya sy masuk ke matrikulasi teknikal kemudian baru sambung ke bidang perguruan? 😊 harap sangat cikgu dapat beri tunjuk ajar...

    BalasPadam
  127. Assalamualaikum dan selamat sejahtera, boleh saya tahu university mana yang ada menawarkan course pendidikan bagi lepasan diploma in accounting.. rasa nak tukar bidang, nak jadi guru pulak... harap dapat memberi pencerahan... terima kasih...

    BalasPadam
  128. Salam cikgu,
    Saya ada ijazah sarjana muda dalam geologi, skrg saya pursue master dalam engineering geology. Saya bekas student mara dulu, dan saya berminat utk mengajar di mrsm. Apa yg saya perlu buat utk mengajar di mrsm. Kalau boleh cikgu attached email cikgu ye. Saya ada detailed nak tanya. Terima kasih

    BalasPadam
  129. salam cikgu.. saya ni lepasan spm.. ade pergi ujian fizikal ipg.. dan keputusannya tak berjaya untuk menghadiri temuduga mungkin kurang markah agaknye.. saya dah dapat matrik.. tpi saya tunggu upu dulu.. dalam borang upu tu lebih banyak saya letak diploma berbanding asasi.. diantara matrik dengan diploma mane laluan yang paling mudah untuk menjadi cg..

    BalasPadam
  130. assalamualaikum cikgu , saya pelajar uia dalam bidang asasi HS tapi saya nak menjadi cikgu jadi kalau degree nanti saya sambung degree in Education di uia adakah saya boleh utk menjadi cikgu? atau saya perlu ambik course lain?

    BalasPadam