About Me

Penipuan Kes Cikgu Kena Serang Dengan Murid!

Terkejut saya apabila terlihat gambar yang dikongsi dalam laman sosial mengenai isu cikgu kena serang oleh pelajar dengan menggunakan kerambit. Memang mengejutkan! Gambar yang memang sangat ngeri tersebut juga disertakan dengan ayat "Guru diserang pelajar di Perlis. sebab nasihat jangan rambut merah..." 


Memang ngeri habis!

Namun dalam terkejut tu, sempat juga saya perasan dengan satu perkara. Gambar tersebut menunjukkan seorang lelaki yang cedera parah diserang dengan cangkul di bahagian muka, bukan dengan kerambit seperti yang kita sedia maklum sebelum ini. 

Patut lah ada rakan sekerja yang bertanyakan tentang hal tersebut juga hari ini. 

Katanya kes lain. Kena cangkul, bukan kerambit.


Oleh kerana kes cikgu kena serang tersebut berlaku di sebuah sekolah yang saya cukup kenali, maka saya cuba dapatkan info sebenar dari "sumber sahih" di sana. Begini kisah sebenarnya...

Pada hari persekolahan tersebut, cikgu lelaki tersebut telah ditugaskan untuk menjaga disiplin pelajar yang akan mendaftar. Jadi cikgu lelaki tadi tu pun memantau disiplin dan pakaian pelajar yang baru tiba nak masuk sekolah. 

Kemudian datang lah pelajar tadi. Oleh kerana pelajar tadi dalam keadaan yang tidak sesuai untuk bersekolah, dengan rambut yang nipis tepi, siap ada hair tattoo, rambut tengah siap dye, maka cikgu lelaki nih telah menyuruh pelajar tadi balik dulu ke rumah, betulkan rambut, dan kembali semula ke sekolah.



Pelajar lelaki tersebut pun bagitahu dengan cikgu tersebut nak bawak emaknya ke sekolah semula. Cikgu tu pun kata ok. 

Tak berapa lama kemudian, budak lelaki tersebut datang semula ke sekolah bersama ibunya. Namun tanpa sebarang amaran dan tanda-tanda, pelajar tersebut terus menyerang cikgu tadi dengan senjata kerambit buatan sendiri, sambil diperhatikan ibunya. Cikgu tersebut berlari menyelamatkan diri. 

Mujurlah kecederaan yang dialami tidak lah sangat serius. Namun luka jelas kelihatan di dahi, pipi dan bahagian dagu. 

Pihak sekolah yang prihatin juga telah membenarkan cikgu tersebut untuk berehat pada keesokan harinya di rumah, memandangkan insiden hitam itu mungkin boleh memberi trauma kepada cikgu tersebut. Juga bagi memberi peluang kepada cikgu tersebut mendapat rawatan susulan.

Pada hari Jumaat juga, orang besar JPN Perlis turun bagi memberi amaran keras kepada pelajar dalam satu perhimpunan khas agar tidak terlibat dengan sebarang kegiatan samseng di luar dan dalam sekolah yang boleh memberikan suasana tidak kondusif di sekolah.
Pelajar tersebut sebenarnya pelajar yang baru setahun berada di sekolah itu. Sebelum ini dia dibuang dari satu sekolah lain yang berdekatan kerana kes masalah disiplin juga. Memang budak bermasalah!

Itu cerita sebenarnya!. Kecederaan yang dialami guru tersebut, walaupun agak tidak boleh diterima, namun tidak lah separah seperti yang disebarkan dalam internet kebelakangan ini. Ini gambar sebenar guru tersebut.


Setelah disiasat, rupanya gambar ngeri lelaki dicangkul tersebut sebenarnya merupakan kisah yang berlaku di Bogota. 

Kisah seorang suami curang yang diketahui oleh isterinya. Isterinya mengambil tindakan dengan melakukan serangan yang sedemikian. Boleh rujuk sumber 1 dan sumber 2 bagi mendapatkan info yang lebih jelas.

Aduih!

Walaupun saya rasa niat si tuan empunya yang prihatin dengan kisah cikgu tersebut mempunyai tujuan yang baik, namun saya rasa tindakan meletakkan gambar palsu, boleh memberi impak berbeza pada pembaca berita.

Panik juga kita kalau tengok gambar cikgu yang kena serang sampai camtu ngeri sekali!

Dah banyak kes seperti ini yang kita tengok sebenarnya. Kisah lain, gambar lain. Nak jadi cerita pulak, lepas tu ramai lak yang share. Maklumlah butang Share tu senang jer nak tekan. Dah share pastu tak tahu bahawa kisah dan gambar tu adalah dua cerita yang berbeza. Jadi nya, ramai lagi lah yang panik.. hu3

Semoga kita menjadi pengguna yang lebih berhemah selepas ini. Kongsikan bahan yang betul-betul dari sumber yang jelas dan sahih. Jom beramal! Kita klik dengan lebih bijak!

Catat Ulasan

5 Ulasan

  1. Boleh juga baca entri saya ini hasil perkongsian daripada rakannya.

    http://mieadham86.blogspot.com/2014/01/kisah-sebenar-insiden-pelajar-punk.html

    BalasPadam
  2. owh.. dah baca.. ngeri budak zaman skang

    BalasPadam
  3. Mksih atas pembetulan fakta... Alhamdulillah... Aamiin3x. Mksih. Salam.

    BalasPadam
  4. budak-budak sekarang, memang teringin nak jadi dewasa cepat sangat.

    BalasPadam