.

.

KARTiKEL

Sabtu, 4 Januari 2014

Pelajar Serang Guru Guna Kerambit

Kecut perut saya bila terbaca berita seorang pelajar Tingkatan 5 di sebuah sekolah di Kuala Perlis telah cuba mencederakan cikgunya dengan menggunakan sebilah kerambit! Pelajar tersebut dikatakan terlibat dengan kumpulan samseng dan bertindak sedemikian selepas cikgu lelaki tersebut menegur penampilannya yang tidak sesuai. Ganasnya!

Pelajar Serang Guru Guna Kerambit
Kerambit yang dah diubahsuai

Perkara itu disahkan Timbalan Ketua Polis Daerah Kangar, Deputi Superintendan Ismail Che Isa, susulan penahanan pelajar terbabit, selepas hampir 18 jam diburu polis sebaik mencederakan seorang guru lelaki berusia 50 tahun di sebuah sekolah di Kuala Perlis, di sini.
Mengulas lanjut, beliau berkata pihaknya tidak menolak kemungkinan pelajar itu terbabit dengan kumpulan samseng atau kongsi gelap berdasarkan pemilikan senjata jenis kerambit digunakannya dalam kejadian pada pagi hari pertama persekolahan, kelmarin.

Lebih membahayakan, hasil siasatan polis kerambit tersebut sebenarnya dihasilkan sendiri oleh pelajar tersebut dan di bawa ke mana sahaja, dengan niat untuk mencederakan orang lain. Bahayanya!

 
“Hasil pemeriksaan, polis percaya senjata berkenaan dibawa pelajar itu bukan bertujuan mempertahankan diri, sebaliknya lebih kepada niat mencederakan pihak lain atau digunakan sebagai senjata ketika pergaduhan. 

“Polis akan menyiasatnya secara terperinci terutama pembabitan pelajar itu dalam aktiviti kongsi gelap yang dianggap sesuatu yang serius,” katanya.




Insiden jam 7 pagi tersebut bermula apabila guru tersebut menegur gaya rambut ala punk pelajar tersebut. Tanpa berfikir panjang, pelajar tersebut terus melakukan tindakan ganas di depan ibunya sendiri. Kemudian terus meninggalkan kawasan sekolah. Pelajar tersebut ditahan di rumahnya jam 1 pagi dan direman 4 hari untuk siasatan mengikut Seksyen 324 Kanun Keseksaan.

Semakin ganas dan semakin bahaya pelajar sekarang nih. Apa-apa pun boleh berlaku pada guru, rakan pelajar dan juga warga sekolah yang lain jika perkara ini dibiarkan saja. Semoga ada tindakan tegas dalam mengawal keterlibatan pelajar dengan samseng dan kongsi gelap di luar kawasan sekolah. 


Sumber

8 ulasan:

  1. Bahaya betul pelajar sekarang. Cikgu pun rasa tak tenteram.

    BalasPadam
  2. Uiihh.. Bahaya betul.. Huhu.

    BalasPadam
  3. memang cari pasal budak tu.

    BalasPadam
  4. Assalamualaikum...
    Astaghfirullah... knp jd mcm nie??? ckgu patutny di hormati !!!!

    BalasPadam
  5. Itu lah.. bila dah hilang pertimbangan, cikgu ke, ibu bapa ke, sapa ke pun dia dah tak kenal

    BalasPadam
  6. Sudah smpai masanya guru dilindungi oleh insuran. Kerajaan perlu melancarkan insuran kolompok bagi guru-guru d Malaysia.

    BalasPadam
  7. setuju tu.. sekurang2nya ada gak perlindungan kepada guru..

    BalasPadam