About Me

Jejak Higgs Boson di CERN - Hari 14/14 (Selamat Tinggal Geneva)

Hari akhir abam kat Geneva nih, tak sangka nak dapat spend masa dengan orang Malaysia lagi.

Awal pagi dapat jemputan sarapan pagi bersama warga Malaysia, Liyana dan suami, Sameed warga Pakistan yang bekerja dengan CERN. Kat Antimatter Factory. Hebat kan?

Jejak Higgs Boson di CERN - Hari 14/14 (Selamat Tinggal Geneva)




InshaAllah kami juga sempat berbincang mengenai peluang untuk bawa lebih ramai rakyat Malaysia (murid sekolah menengah, pelajar universiti dan guru) ke program yang sesuai kat sini pasnih. Atau, mungkin bawak sebahagian 'CERN' ke Malaysia? 

Turut bersama kami adalah pelajar UKM yang datang bagi program Summer School dua bulan kat CERN nih di bawah seliaan @akademisainsmalaysia, Zubair. Ada tiga orang semuanya. Sebelum nih jugak pernah jumpa dengan Ti. Hanya tak sempat jumpa yang seorang saja lagi.

Dan akhir sekali, kak Ros dan Encik Azmi lah. Dua orang yang banyak membantu sepanjang saya kat sini. Padahal tak pernah berkenalan pun sebelum nih. Tapi depa punya baik tu, Allah saja lah yang mampu balas kebaikan mereka berdua. InshaaAllah ada rezeki pasti saya datang melawat mereka ke sini lagi. 

Bukti, nak buat kebaikan nih, tak perlu nak kenal orang.

Terima kasih semua warga Malaysia di Geneva! @ Geneve Switzarland\






Catat Ulasan

0 Ulasan