About Me

Jejak Higgs Boson di CERN - Hari 13/14 (Majlis Perpisahan)

Pembentangan bagi setiap Focus Group, dengan kumpulan saya bagi tajuk, "Data Analysis in Particle Physics". Agak mencabar sebab kesemua 5 negara kumpulan kami tak menyentuh langsung bab nih dalam Fizik masing-masing.

Antara yang dibincangkan adalah kurikulum, key ideas, potential students conception and challenges, resources dan juga best practise.

Jejak Higgs Boson di CERN - Hari 13/14 (Majlis Perpisahan)












Hasil perkongsian dengan 9 group lain jugak banyak bagi idea bagaimana nak jalan kan aktiviti bilik darjah untuk tajuk yang berbeza tadi. Kalau tak dapat pun, sekurangnya dapat lah jugak adapt ke tajuk yang sesuai. Terbuka minda!

Selesai pembentangan semua kumpulan dengan jayanya, maka kami dijamu di sebuah restoran French yang berlatarbelakangkan Mont Blanc. Indahnya dunia ciptaan Tuhan! @ CERN


Yeayyyy!! Selesai jugak kursus 2 minggu di sini. Abam sangat bersyukur dapat tamatkan program CERN International High School Teacher 2019 dengan jayanya sekali.

Abam ambil kesempatan jugak nak ucapkan JUTAAN TERIMA KASIH buat semua Rakyat Malaysia yang sentiasa menyokong dan mendoakan kesejahteraan abam kat sini. Banyak urusan abam di Geneva nih yang Allah permudahkan. Banyak.






Maka abam dedikasikan juga semua ini untuk ahli keluarga, warga sekolah SMK Jerlun, Ppd Kubang Pasu, JPN Kedah, KPM terutamanya BPG, warga Malaysia di Geneva, rakan kenalan online dan offline dan semua lah yang mengenali dan tak putus-putus mendoakan.

Semangat kalian lah sebenarnya yang sentiasa memotivasikan abam untuk cuba buat yang terbaik.

Banyak ilmu abam pelajari kat sini, dan semestinya lebih banyak lah ilmu yang perlu dicari lepas nih. @ CERN






Catat Ulasan

0 Ulasan