About Me

Seminar Pembelajaran Abad ke-21 di Temerloh

22 Julai yang lalu saya berkesempatan untuk membuat perkongsian amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 bersama warga pendidikan di Temerloh. Dianjurkan oleh PPD Temerloh dengan kerjasama SMk Kuala Krau dan juga atas suntikan kewangan daripada pihak YB Temerloh, majlis berjalan dengan begitu lancar sekali.


Seminar Pembelajaran Abad ke-21 di Temerloh
Cenderahati daripada SMK Kuala Krau, disampaikan oleh Pengetua, Puan Sarimah


Sejak berurusan dengan Pegawai SISC+ Temerloh, Puan Rohaiza sebenarnya saya dah rasa teruja nak buat perkongsian di sini. Ini kerana usaha ini juga adalah sebahagian daripada misi tour negeri Pahang pada tahun 2017, selepas perkongsian di Kuantan, Pekan, dan Rompin.


Hari Pertama
Hari pertama saya adalah sesi bersama guru besar dan pengetua seluruh daerah Temerloh. Dipertemukan dengan tuan PPD Temerloh, yang sangat mesra dan suka bergurau, iaitu Tuan Haji Wan Abdul Hamid Haji Wan Mohammad. 



Seminar Pembelajaran Abad ke-21 di Temerloh


Lagi cepat kami mesra apabila, rupa-rupanya Tuan PPD juga pandai bertutur dalam Bahasa Iban kerana pernah mengajar di Sibu, Sarawak suatu ketika dahulu. Berbual dengan beliau, maka dapatlah saya rumuskan bahawa untuk menjadi guru, perlukan satu passion bagi nak dapatkan kepuasan. Baru lah kita boleh berjaya!

Sesi dengan para pentadbir sekolah berjalan dengan lancar. Saya cuba kemukakan sebanyak mungkin dari segi aspek keperluan saya sebagai guru dalam menjalankan PAK21 di dalam kelas. Dengan harapan, pentadbir boleh memahami peranan dalam memperkasakan guru di sekolah masing-masing. 
















Paling penting, selaku pentadbir sekolah, seharusnya mereka percaya dan yakin dengan pendekatan PAK21 yang boleh memberi impak tinggi kepada kemenjadian murid. 



Hari Kedua
Sesi bersama warga guru lain berlangsung di dewan sekolah SMK Kuala Krau. Pengetuanya, Puan Sarimah Muhamed Said sangat mengalu-alukan penganjuran seminar ini di sekolah beliau, kerana beliau sendiri juga adalah merupakan salah seorang pengamal PAK21. 

 
Bersama Pengetua SMK Kuala Krau, Puan Sarimah


Melihat sendiri kemenjadian pada murid beliau, maka tak hairanlah Puan Sarimah Muhamed Said sangat percaya dan mengambil sikap proaktif dalam membudayakan PAK21 di sekolah ini. Tahniah puan! Terima kasih juga sebab selalu mempromosikan blog www.cikguhailmi.com kepada guru-gurunya!

Seingat saya hampir 350 orang guru dijemput untuk hadir ke majlis ini. Ada slot perkongsian amalan terbaik dan pelaksanaan dalam bilik darjah. Bagi slot bengkel, mujurlah saya dibantu oleh Pegawai SISC+ PPD Temerloh yang rajin-rajin belaka dan berpengetahuan tinggi. Terima kasih!





























Seminar Pembelajaran Abad ke-21 di Temerloh








Bersama Puan Rohaiza, Pegawai SISC+ Bahasa Melayu Temerloh

Majlis yang selesai pada jam lebih kurang 4 petang itu juga mempertemukan saya dengan ramai guru yang cukup bersemangat dan sangat rajin. Semoga usaha kita bersama-sama dalam meningkatkan kualiti amalan PdPc dalam bilik darjah, memberi impak besar dalam meningkatkan kualiti pendidikan di negara kita. 

Kalau tak mulakan dengan kita, siapa lagi?




Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Terima kasih Cikgu Hailmi kerana sudi berkongsi pengalaman dan ilmu PAK-21 bersama-sama warga pendidik Daerah Temerloh.Semoga menjadi inspirasi kepada semua pihak utk merealisasikan amalan PAK -21 disemua sekolah.

    BalasPadam