.

.

Selasa, 25 April 2017

Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin

Selesai program di Pekan, saya terus dihantar oleh pegawai Pekan, En Azizi dan En Adon ke Rompin. Kali ini ke Lanjut Beach Resort bagi program bersama PPD Rompin dengan kerjasama ECER. Sebenarnya program di Pekan tersebut juga merupakan rentetan bersekali daripada perancangan program di Rompin ini. Alang-alang dah ke Pahang, terus buat tour!



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin
Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin

Disebabkan sampai pun dah malam, maka saya terus mandi dan tidur. Perlu rehat yang cukup untuk program pada hari esok. Kedudukan Lanjut Beach Resort yang jauh sket ke dalam, dan tambahan sunyi sepi saja, lagi lah rasa macam cepat nak tidur. Huhuhu

Esok paginya baru saya bertemu dengan Encik Hakimi, Pegawai Sains PPD Rompin, yang merupakan pegawai yang sentiasa berhubung dengan saya bagi program di Rompin ini. Masih muda. Kalau tak salah, tahun posting pun lebih kurang saya, iaitu sekitar tahun 2007. 



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin
Bersama dengan Pegawai daripada ECER

Selesai sarapan kami bergerak ke dewan seminar, dengan lebih ramai guru yang dah mula hadir dan membanjiri resort tersebut. Saya difahamkan ada guru yang datang dari sekolah yang sejauh 160km semata-mata untuk menghadiri program ini! Besarnya negeri Pahang nih weh!



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Selepas dah siap semua, guru-guru pun dah ambil tempat, maka kami mulakan sesi perkongsian. Seperti biasa sesi ceramah 2 jam saya, yang menceritakan Pembelajaran Abad 21 sepenuhnya bermula daripada keperluan untuk melakukan transformasi pendidikan, sehinggalah kepada strategi yang boleh diguna semasa pdpc dalam kelas.



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Saya tunjukkan juga contoh sebenar yang saya jalankan dalam kelas dengan pelajar saya, sejauh mana strategi tersebut boleh digunapakai dan memberi kesan kepada pembelajaran murid. Alhamdulillah feedback daripada guru-guru daerah Rompin nih sangat baik. Memang diorang datang untuk belajar dan berkongsi ilmu. INshaAllah.

Sesi kedua pula adalah sesi bengkel. Tempoh masanya dua jam juga. Kali ini peserta bergerak dalam kumpulan kecil mengikut subjek dan membincangkan idea pdp mereka bagi satu subtopik yang dipilih. 



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Daripada sana, idea pdp dikembangkan kepada strategi yang difikirkan sesuai dan juga tools PA21 yang mahu digunakan. Perkembangan idea bermula dari sana dan pemahaman terhadap Pembelajaran Abad 21 lebih jelas di peringkat ini. Mujur ramai para pegawai SISC+ yang membantu jadi fasilitator sepanjang bengkel berlangsung. 


Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin
Barisan pegawai SISC+ yang banyak membantu perjalanan program PA21 di Rompin

Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin
Bersama dengan moderator untuk program di Rompin

Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin
Bersama dengan Timbalan PPD Rompin

Alhamdulillah banyak idea menarik daripada para guru yang dapat dilihat. Masing-masing clear dengan ciri apa yang perlu mereka masukkan dalam aktiviti pdpc. Malah saya juga menyarankan perbincangan idea ini dipanjangkan lagi kepada bentuk rancangan pengajaran yang lebih teratur dan dijalankan dalam kelas, sebagai satu strategi PLC, iaitu Lesson Study. 2 dalam 1 bro!


Saya tak sempat nak tunggu sehingga berakhirnya majlis. Ini kerana saya terpaksa bergerak ke KLIA untuk kejar flight balik ke Alor Setar pada jam 7 petang. Maka selesai saja bergambar bersama tetamu VIP pada hari itu, saya ditemani oleh Encik Hakimi dan sahabatnya terus bergerak ke KLIA menaiki kereta. 



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Terima kasih yang tak terhingga kerana sanggup hantar saya jauh-jauh ke KLIA. Perjalanan 3 jam kot meredah Rompin, Kuala Pilah dan Nilai. 

Pengalaman perkongsian di Rompin ini banyak membuka mata saya mengenai Pahang dan guru-gurunya. Baru saya betul-betul sedar yang negeri Pahang nih memang ler sangat besar oi.. huhuhu.. Pastu guru-guru Rompin nih memang terbaik. 



Seminar Pembelajaran Abad 21 di Rompin


Saya puji daripada segi sikap mereka, dan juga kesungguhan mereka dalam nak belajar dan tambah ilmu. Pendek kata, rajin dan tak banyak songeh. Suka saya dengan sikap pendidik yang camnih. Keep it up. Tahniah tuan-tuan dan puan-puan warga pendidik di Rompin. 

Semoga perkongsian ilmu ini mampu memberi manfaat kepada warga pendidik di sini, dan juga buat saya sendiri. InshaAllah!



2 ulasan: