About Me

Pembakaran

Pembakaran bermaksud tindak balas yang berlaku apabila suatu bahan dipanaskan dengan kehadiran oksigen daan membebaskan tenaga haba dan tenaga cahaya.

tiga keperluan kebakaran
tiga keperluan kebakaran
- Pembakaran boleh dielakkan jika kita menyingkirkan salah satu daripada syarat pembakaran.

alat pemadam api
alat pemadam api

ALAT PEMADAM API- merupakan alat perlindungan kebakaran yang digunakan untuk memadamkan api atau mengendalikan kebakaran kecil. Bahan yang digunakan dalam alat pemadam api berbeza mengikut jenis kebakaran yang berlaku.

jenis kebakaran dan alat pemadam api  yang sesuai digunakan
jenis kebakaran dan alat pemadam api  yang sesuai digunakan


Prinsip pemadam api adalah dengan menghapuskan salah satu faktor penyebab kebakaran ini. Prinsip tersebut boleh dilakukan dengan teknik-teknik yang berikut.

MENYELIMUTI-memutuskan hubungan bahan bakar dengan oksigen atau udara. Contohnya, menutup permukaan bahan bakar dengan selimut api, karung basah, lumpur, pasir,tanah atau busa.

MENDINGINKAN- mendinginkan permukaan bahan yang terbakar dengan menyemburkan air atau lapisan karbon dioksida.

MENGURANGKAN jumlah bahan yang terbakar / memutuskan sumber bahan bakar - teknik ini dapat dilakukan dengan memisahkan benda yang terbakar, menjauhkan benda yang belum terbakar dan menutup punca bekalan gas atau minyak.

SIKAP AMALAN BERJAGA-JAGA UNTUK MENGELAKKAN KEBAKARAN

amalan sikap berjaga-jaga untuk mengelakkan kebakaran
amalan sikap berjaga-jaga untuk mengelakkan kebakaran


Catat Komen

0 Ulasan