About Me

Model Pembelajaran 5E

5E merupakan satu model instruktional yang berasaskan kepada pendekatan konstruktivism untuk pembelajaran. Model ini menyatakan bahawa pelajar membina idea baharu berdasarkan kepada idea lama mereka. Pendekatan 5E ini juga sesuai dengan pelajar pada semua peringkat umur, termasuk dewasa.



Kitar Pembelajaran 5E
Pendekatan 5E untuk pembelajaran secara constructivism

Setiap E pada 5E itu menceritakan mengenai fasa pembelajaran. Bermula dengan Engage, Explore, Explain, Elaborate dan juga Evaluate. Kaedah 5E ini membolehkan pelajar dan guru untuk mengalami aktiviti yang biasa, dengan menggunakan pengetahuan asas, untuk membentuk makan dan akhirnya meningkatkan kefahaman kepada konsep dengan berterusan. Sumber


Saksikan juga video rakaman LIve FB yang saya telah jalankan mengenai perkongsian Model Pembelajaran 5E. Semoga bermanfaat dan membantu!





ENGAGE (Pelibatan)
- memperkenalkan konteks
- menyediakan situasi bagi episod pembelajaran
- memberi kerelevanan kepada pembelajaran
- menggalakkan perasaan ingin tahu mengenai 'the big idea'
- menggalakkan murid memberi idea awal
- mengetahui pemahaman sedia ada murid dan mengesan salah konsep
- membolehkan guru mengetahui bagaimana untuk memulakan pembangunan pemahaman murid


EXPLORE (Penerokaan)
- E yang paling penting
- murid membina pemahaman konsep berasaskan first hand experience
- mula menjawab soalan yang diutarakan
- dalam penerokaan, murid boleh dibimbing atau diberi maklumat yang tambahan bagi memudahkan pembelajaran
- yang penting, murid perlu mempunyai ownership
- murid boleh membina pemahaman daripada idea sedia ada mereka


EXPLAIN (Penerangan)
- peringkat ini memerlukan input dari guru setelah murid membina pemahaman konsep, ini melibatkan pemantapan dari segi terminologi, definisi, model dan analogi
- guru perlu melibatkan murid dalam membuat penerangan dan pembinaan idea selanjutnya melalui refleksi apa yang telah murid temui dalam penerokaan dengan menggunakan soalan
- sekiranya perlu, guru boleh menambah idea baharu dengan ulangan peringkat: penerokaan -> penerangan -> penerokaan -> penerangan


ELABORATE (Pengolahan)
- mengukuhkan, mendalami dan mengembangkan pemahaman konsep melalui mengaplikasikan konsep tersebut
- murid diberi masalah untuk diselesaikan bagi memahami bagaimana big idea dipraktikkan


EVALUATE (Penilaian)
- pentaksiran melalui pelbagai kaedah dan tugasan
- perlu dilakukan di akhir setiap E untuk menyemak perkembangan pemahaman murid iaitu pentaksiran formatif
- apabila pentaksiran dilakukan di akhir setiap unit maka ia berbentuk sumatif untuk mengukur pencapaian murid



Catat Ulasan

0 Ulasan