About Me

3 Stray 1 Stay sebagai Strategi P&P

Bagi pembelajaran Sains Tingkatan 5 untuk tajuk Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam Sekitar, saya menggunakan strategi 3 Stray 1 Stay bagi menggalakkan pembelajaran yang lebih bermakna, dan sesuai dengan Pembelajaran Abad ke-21. Beberapa perancangan sebelum kelas dibuat, bagi memastikan kelancaran strategi 3 Stray 1 Stay yang dijalankan.


3 Stray 1 Stay sebagai Strategi P&P
3 Stray 1 Stay : Strategi P&P Abad ke 21

Apa Itu Strategi 3 Stray 1 Stay?
3 Stray 1 Stay adalah strategi p&p bagi pembelajaran koperatif dengan lebih menggalakkan pelajar untuk terlibat aktif dalam proses pembelajaran mereka. Strategi ini adalah sangat sesuai dengan pendekatan Pembelajaran Abad ke 21 yang menekankan kepada pembinaan konsep 4C dalam p&p murid, iaitu kemahiran kolaboratif, kreatif, berfikir kritis dan juga berkomunikasi.


3 Stray 1 Stay sebagai Strategi P&P
3 Stray 1 Stay : Strategi P&P Abad ke 21

Kaedahnya juga mudah.

Seorang pelajar akan 'stay' di meja pembentangan sebagai 'guru muda'. Manakala 3 orang pelajar lagi yang juga dari kumpulan yang sama akan 'stray' (berkeliaran) ke stesyen lain bagi mendapatkan ilmu daripada pembentangan kumpulan lain.

Aktiviti kolaboratif berkumpulan ini akan menggalakkan murid untuk berkomunikasi dalam menyampaikan idea dan kefahaman mereka, di samping menjana pemikiran yang kreatif dan kritis semasa proses p&p berlangsung.


3 Stray 1 Stay sebagai Strategi P&P
3 Stray 1 Stay : Strategi P&P Abad ke 21

Guru bertindak sebagai pemudahcara bagi memudahkan lagi proses pembelajaran dalam kalangan murid berlangsung. Guru juga bertindak sebagai pakar rujuk jika pelajar berdepan dengan persoalan dan masalah.


Banyak kelebihan menggunakan strategi ini. Selain guru bertindak sebagai pemudahcara, dan murid benar-benar belajar, setiap murid juga berpeluang untuk mencungkil bakat mereka dalam menyampaikan maklumat dengan baik.


Saksikan video di bawah untuk memudahkan lagi pemahaman anda mengenai Strategi P&P Abad 21, 3 Stray 1 Stay




Anda dapat saksikan sendiri bahawa pelajar memang aktif belajar sepanjang sesi p&p berlangsung. Malah aktiviti kolaboratif ini juga melatih pelajar untuk berkomunikasi dengan lebih yakin dalam menyampaikan idea mereka.

Semoga perkongsian ini menjadi ilmu bermanfaat kepada kita semua. Selamat beramal!



Catat Ulasan

7 Ulasan

  1. Assalamualaikum Cikgu Hailmi. Saya ingin bertanya, untuk kaedah 3 Stray 1 Stay ni, leader yang stay tu tak dapat lah dengar penerangan dari grup lain ye?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Saya pun terfikir yg sama..

      Padam
    2. memang tak dengar tapi dia akan dapat maklumat daripada rakan sekumpulan yang akan berkongsi maklumat selepas itu.

      Padam
    3. jika saya, saya beri masa untuk yang stray itu, mereka perlu take turn. stray akan stay pulak..baru adil

      Padam
  2. Jabodetabek private tutoring services with teachers visiting the house. Greater than hundreds of active tutors you will need to teach various skills and lessons for youngsters to adults ... visit https://privatmurah.vercel.app/les-privat-bekasi-murah.html for further

    BalasPadam
  3. Ideal and Lowest priced Jabodetabek Exclusive Instructions, each of our staff as well as trainers come to your dwelling, placed your individual study agenda and will choose every arena associated with research ... click https://kursus-ekonomi.netlify.app/les-privat-ekonomi-setiabudi.html for further

    BalasPadam
  4. Our company offers private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With a and accelerated method, it's hoped that this are able to foster a generation of those with good morals... click for more information https://kimia-exed.blogspot.com/2022/04/les-privat-kimia-di-kebayoran-lama_11.html

    BalasPadam