Alasan Popular Untuk Guru Berpindah |
01. Cukup Tempoh
Alasan popular ini hanya boleh digunapakai oleh guru yang sudah berkhidmat lebih 4 tahun di sekolah semasa. Kalau masih belum cukup 4 tahun, maka sila fikirkan alasan lain. Yang dah cukup 4 tahun pun, alasan ini belum tentu menjamin anda pasti akan dapat bertukar!
02. Ikut Pasangan
Ini juga alasan popular yang guru yang mahu berpindah sekolah. Alasan ini dikatakan lebih kukuh, kerana keprihatinan pihak bertanggungjawab terhadap pasangan yang terpaksa berjauhan. Perlu dikepilkan dengan dokumen sokongan. Namun jangan pelik, jika ada ramai rakan anda yang tidak berjaya sekalipun menggunakan alasan ini.
03. Ancaman Keselamatan
Keselamatan merupakan antara aspek penting dalam memastikan guru dapat berkhidmat dengan baik. Maka jika ada gangguan kepada anda, beserta dengan report polis, maka gunakan alasan ini untuk menyokong permohonan pertukaran anda.
04. Sakit
Kesihatan juga antara aspek yang diberi perhatian dalam faktor menentukan pemilihan guru yang layak dipertimbangkan untuk berpindah. Sudah beberapa kes rakan terdekat yang sakit, mendapat pertukaran kerana alasan tersebut. Surat doktor dan dokumen sokongan lain perlu disertakan sebagai bukti mengukuhkan permohonan anda.
05. Menjaga Ibubapa
Ini memang antara alasan terpopular digunakan oleh rakan guru yang memohon bertukar, terutamanya bagi guru-guru yang belum berkahwin. Setelah beberapa tahun menggunakan alasan yang sebegini, rasanya alasan seperti ini memang tak boleh jalan lagi. Alternatif yang diorang akan bagi adalah, "kenapa tak bawa mak ayah stay dengan cikgu yer?." hmmm... Sakitnya tuh di sini..
06. Tak Ajar Subjek Major
Beberapa orang rakan guru juga menggunakan alasan ini untuk berpindah. Iaitu tidak mengajar subjek major. Alasan ini digunakan dengan harapan pihak bertanggungjawab akan melihat itu sebagai satu pembaziran modal insan dan seterusnya menghantar cikgu berpindah ke tempat yang dipohon. Selamat mencuba!
07. Sambung Belajar
Selain itu, alasan sambung belajar juga merupakan satu lagi alasan popular yang sering digunakan oleh rakan guru semasa memohon pertukaran. Rasanya tidaklah sekukuh mana alasan ini untuk digunakan. Lagipun dah hampir semua tempat dalam Malaysia, mempunyai akses kepada pendidikan tahap tinggi.
08. Jaga Rumah
Ini kisah benar. Seorang rakan saya mendapat pertukaran kerana menggunakan alasan ini selepas rumah beliau dimasuki pencuri. Maka beserta report polis dan juga dokumen sokongan, alasan menjaga rumah digunapakai. Mungkin anda yang mempunyai rumah yang baru dibeli juga boleh menggunakan alasan yang sama.
09. Stres
Ada juga sebahagian guru yang lebih berani menggunakan alasan stress ini untuk pertukaran. Saya katakan berani kerana setiap borang permohonan akan disemak oleh pentadbir. Maka mungkin timbul masalah jika ada yang tersinggung dengan situasi tersebut. Nasihat saya, berhemah lah.
10. Tidak Serasi Dengan Budaya Setempat
Bagi yang ditugaskan di tempat yang jauh dari kampung halaman, budaya semasa dan tidak dapat membiasakan diri dengan budaya setempat, mungkin anda boleh gunakan alasan ini untuk memohon pertukaran. Tapi kesannya, tentulah rakan kerja yang berasal dari kawasan tersebut akan berkecil hati dengan alasan yang anda gunakan.
11. Cari Jodoh
Jangan tak tahu, ada kes yang menggunakan alasan ini dan berjaya. Seorang kenalan rakan yang bertugas di sebuah sekolah di persempadanan Sabah dan Sarawak, pernah berjaya permohonan pertukarannya dengan menggunakan alasan ini. Atau pun memang dah sampai rezeki nya kot..
12. Perlukan Suasana Baru
Bagi guru yang mahu alasan anda kelihatan lebih positif, anda boleh gunakan alasan ini, iaitu anda mahukan suasana baru yang positif. Seperti yang kita ketahui, tempoh yang berpatutan bagi seseorang guru untuk berada di sesebuah sekolah adalah dalam 5 -6 tahun. Maka ini adalah alasan terbaik untuk anda gunakan jika mahu persekitaran baru.
13. Motivasi Diri
Ini juga alasan positif yang boleh digunakan untuk guru yang mahu berselindung niat sebenar mahu berpindah. Nyatakan bahawa tujuan anda berpindah adalah untuk meningkatkan motivasi diri di sekolah baru. Mungkin jika ketua jabatan terbuka hati, maka permohonan anda akan diluluskan.
14. Mencabar Kebolehan Diri
Bagi guru yang mahu berpindah ke kawasan atau sekolah yang lebih mencabar, maka lebih baik anda gunakan alasan 'mencabar kebolehan diri' bagi menunjukkan kesungguhan anda. Mana tahu alasan ini boleh menjadi kekuatan kepada anda untuk diberi peluang menonjolkan bakat.
15. Mencari Pengalaman
Alasan terakhir yang anda boleh gunakan adalah untuk mencari pengalaman di sekolah baru. Alasan ini agak cliche, tapi apa salahnya kalau anda mencuba. Apatah lagi jika anda sendiri tiada alasan yang boleh difikirkan, maka boleh lah menggunakan alasan ini.
Walau apa pun alasan yang anda guna, pertimbangkanlah dengan sebaik mungkin. Pertimbangkan juga kesan kepada rakan2 sejawat dan pandangan pentadbir terhadap anda selepas itu. Saya juga pernah melalui kesulitan sepanjang 8 tahun memohon pertukaran, tetapi hasil akhirnya tentulah sangat manis. Ingat! Sentiasa sabar dengan dugaan Allah, kerana setiap perancangan Allah itu adalah yang terbaik untuk hambaNya yang bersabar. Selamat berjaya kawan-kawan! ;)
65 Ulasan
Berjaya dgn alasan ini dulu:-
BalasPadam14. Mencabar Kebolehan Diri
Bagi guru yang mahu berpindah ke kawasan atau sekolah yang lebih mencabar, maka lebih baik anda gunakan alasan 'mencabar kebolehan diri' bagi menunjukkan kesungguhan anda. Mana tahu alasan ini boleh menjadi kekuatan kepada anda untuk diberi peluang menonjolkan bakat.
Add on.. boleh guna alasan ni..akan melangsungkan perkahwinan pada ..... bergantung kepada bulan perpindahan.. alasan untuk yang single.. hehe
BalasPadamCgu hailmi guna alasan nombor berapa?
BalasPadamKak dah 18 tahun di sekolah sekarang..tak pernah isi borang tukar..:-)
satu alasan lagi, cikgu.
BalasPadamsekolah di luar bandar. Kemudahan tiada...
Suami d berhentikan kerja.
BalasPadamHutang rumah,kereta,bank dan koperasi.
X mampu nak byr, nak blk kg, ddk d rmh pusaka
Suami d berhentikan kerja.
BalasPadamHutang rumah,kereta,bank dan koperasi.
X mampu nak byr, nak blk kg, ddk d rmh pusaka
Suami d berhentikan kerja.
BalasPadamHutang rumah,kereta,bank dan koperasi.
X mampu nak byr, nak blk kg, ddk d rmh pusaka
Suami d berhentikan kerja.
BalasPadamHutang rumah,kereta,bank dan koperasi.
X mampu nak byr, nak blk kg, ddk d rmh pusaka
bagus idea, nanti diminta surat berhenti kerja mcmn? AKPK masuk introduce
PadamKes benar kalau macam ni
PadamPindah rumah...bru bli rumah.jauh dr tmpt kerja skrg...kos tinggi....mnyk n tol...mnyk mhl skrg.....ok x alsn tu?
BalasPadamPegawai tu akan salahkan kita sbb beli rumah jauh..
PadamCakap dia, duit aku, rumah aku. Suka hati lah nak beli kat mana. Xda aku kacau kepala bapak kau pun.
PadamKawasan situ je mampu beli@affordable@worth it
PadamPegawai tu cakap, keja aku,hak aku. Suka hatilah nak lulus ke tak. Xda aku kacau kepala bapak kau pun.
PadamNanti dibalas pulak, kau mintak tukar ngan bapak kau lah....
Padamgangguan seksual, ancaman bunuh, tidak gembira dgn suasana tempat kerja kerana rakan2 setugas batu api.
BalasPadamSy ada bg alasan sama mcm ni..pun msh gak x lukus😢
PadamMasa mohon tukar dlu saya guna alasan nk suasana baru...sbb kat sekolah lm dah 10 thn. Alhamdulillah dpt tukar. Kerja skrg pulak...mmg asyik tukar lokasi je...paling lm kat satu lokasi 2 thn...yg paling pendek 1 thn
BalasPadamSaya pernah guna alasan nk ikut pasangan. Alhamdulillah berjaya walaupun baru saja 4 bulan berkahwin. Tapi mase tu sy dh mengajar 5 tahun di sabah.
BalasPadamAlasan lain;
BalasPadamSaya tak suka dan menyampah berkerja dgn Guru Besar tempat mengajar.kompom kena transfer...selamat mencuba...
lol alangka baiknya kmi student juga dpt bgi surat dgn alasan tu:'''''''') but change a bit not the GB but one of the teachers. looooool :'''''')
Padamada yg berjaya dgn alasan ni tauuuu
Padamsaya berjaya tapi saya dihantar ke tempat yg lebih jauh dan tiada dalam senarai yg diminta..huhuhu
PadamSy dpt pindah dr sbh setelah 4thn di sana dgn alasan nk jaga mak yg skt di kg...tp Allah izin,bl dah dpt blk kg sndr...kena jd warden asrama pula..jd smpai skrg xdpt duduk ngan mak..
BalasPadamAlasan anak sakit terpaksa ulang alik ke hospital dan jarak umh ke sek jauh blh diterima tak.jarak umh ke sek dlm 15km tp hosp kt shah alam
BalasPadamJarak hospital dgn rumah bape km?? Jarak sekolah ke hospital pula bape km??
BalasPadamSy dpt pindah dgn 3 sebab:
BalasPadam1. Sakit (asthma)& perlukn rawatan
2. Jaga ayah yg da tua
3. Jaga rumah pusaka yg semakin rosak sbb dibiarkn begitu saja
4. Kos sara hidup yg tinggi (sewa rumah/minyak/tol) sbb berulang-alik tiap2 mggu utk jenguk ayah di kg..
Alhamdulillah dpt pindah.. tp sbb pengetua sokong kuat.. bole berpindah tanpa syarat.. pengetua baru ada seorang ank yg asthma.. jd faham kesengsaraan pesakit asthma..
Seblm2 nie x dpt pindah sbb pengetua sokong dengan bersyarat.. biase syaratnye, diganti dgm guru yg menpunyai option yg same..
Dgn 4 sebab.. typo.. hikhikhik!!
PadamDah 10thn di sekolah yg sama belum dpt APC lg. Selamat mencuba
BalasPadamPernah letak bermacam2 alasan tak dapat2 pindah bila dapat pindah rasa nak pindah masa tu juga. Sekarang nak apply pindah lagi...alasan bosan dengan suasana di sekolah rasanya GB akan terajang tak hahahaha
BalasPadamcer try alasan ni...
BalasPadamnk pindah kerana pk1 yg suka pilih bulu(assabiyah), pengetua yg mudah di kipas, jdi perlu kan suasana d tmpt baru yg tiada d sklh skrg...amat memerlukan semangat baru kerana di sklh skrg smangat dah pudar kerana situasi tersebut...😆😆😆
smoga bjaya pindah...
Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.
BalasPadamWHY THIS TEACHER HAILMI IS A GENIUS.
BalasPadamalasan yang diberi/dicadang oleh cikgu bagi no. 4(sakit), 6(tak ajar subjek major),9(stress),10(tidak serasi dengan budaya setempat) agak TEPAT. DING DING DING. i would have give u a lot of presents if i see u teacher. but nah^^. anywy i was saying dis bcuz there are two teacher in my school dat is 'sick'. but one of them was actually sick becz he was/is frustrated(i guess but in my heart im pretty sure of it) that he couldn't ajar subjek major. sbb dia ex-banker. besides that, he's a stress man. old man. but supposely his wife who should've stress. because she have to wake up and see his face and have to listens to all his questions. its not like he's asking to know the answer anywy. and lastly he is totally tidak serasi dengan budaya setempat because he have a lot testerone to let out. and in my school theres only a few 'testerones' and more progesterone. (testerone<progesterone.) and i was actually planning to write an essay here but nahh just kidding just kidding~~ ^^ anywy i hope u teacher hailmi especially and the audience here have a long live and have a healthy lifestyle ? since we students need a genius like u all not like the teacher(based on the no. above i mention) to live longer :) sincerely from an honest student ?
Saya guna no. 5...alhamdulillah
BalasPadamNak curi satu alasan. Hahaha
BalasPadamDipersilakan!
PadamAdik saya pun tengah cari alasan ni, sebab nak pohon perpindahan balik semenanjung
BalasPadamNak tukar jabatan.xnak jadi Cikgu dah..nak bagi Alaskan apa ye? Duk fikir ayat..
BalasPadamsaya pun. apa ayat bagus ya?
PadamAssalam wbt... maaf bertanya ye.. cikgu2x.. tahu x macam mana prosedur dr guru MRSM nk tukar kepada guru kementerian? Ada sesiapa pernah melaluinya?? Boleh share x? Terima kasih ..
BalasPadamMACAM MANE PLAK KALAU GURU DAPAT ANCAMAN UGUTAN..REPORT DH BUAT..APE LANGKAH SETERUSNYA.. ADA X TEMPAT SY NK BUAT ADUAN UNTUK TUKAR??
BalasPadamAda tak kes guru tetap dapat bertukar walaupun pengetua tidak meluluskan permohonan?
BalasPadamSy prnah isi guna alasan utk jaga mak yg da uzur dan pd masa yg sama sy sakit. Tak dpt tukar. Pengetua suka buli ckgu prmpuan dan ckgu lelaki dia rapat sgt sdgkan dia prmpuan..dan thn ni dpt pngtua prmpuan jgk tp bujang..lg stres ckgu2 dibuatnye..lg susah nk tukar dan keras ati. Nasib bdn duk tmpt org ni..huhu
BalasPadamBaru isi. Takde satu pun alasan di atas yg digunakan. Semua berkaitan dgn nak dekat rumah spy urusan anak2 lbh mudah. 😊
BalasPadamTp yg pelik ny cikgu..mcm sy..da polis repot..ingt dpt pindah 24 jam n mintk penempatan sementara.tp x pun..pihak ppd sibuk nk bincng itu ini.n buat siasatan..cm ne tu erk
BalasPadamSo kmu da dpt tukar ker?
PadamNi pun fikir nak tukar sekolah baru yg dekat dgn rumah, kalau tak tiap hari keluar rumah awal and kena lalu tol lagi, dengan nk bayar itu ini lagi, nak guna alasan rumah jauh tu boleh lagi ke
BalasPadamJika baru bertukar ikut suami ke negeri lain, kemudian bercerai pulak...nak tukar balik ke tempat/negeri asal, agak2nya dapat tak?
BalasPadamkalau pertukaran diluluskan tp nak menolak macam mane ye?
BalasPadamada sesiapa yang boleh bantu?
Asalamualaikum Nak Tanya kengkawan sikit. Betulke kalau dah kena tukar sekolah dalam setahun tu tak layak isi egtukar? Mohon pendapat Dari pengalaman.tq
BalasPadammaaf, nk tnya selalunya dlm tempoh brapa lama yg layak isi egtukar? nk bertukar daerah ja. lgpun skrg hamil.
BalasPadamApakah pula hak-hak guru yang dipindahkan tanpa kerelaan, atau dengan kata lain ditukarkan bertugas di tempat lain hanya kerana sudah lama bertugas di tempat sekarang?
BalasPadamKalau dah lama elok lah pindah, cafi angin baru, baru semanagat tiba hehe
PadamTumpang tanya cikgu, pt sekolah saya dlm proses mohon pertukaran ke negeri asal beliau di kedah..adakah kekosongan tmpat yg ditinggalkan tu akan segera diisi oleh orang lain dlm masa terdekat? Pening juga fikir nk tanggung kerja pt ni...t.kasih cikgu
BalasPadamSY bujang..N alasan yg sy akn tulis adlh sy nk berpindah ke sekolah baru utk mencabar dri sndr dlm mase yg same sy nak bntu cikgu2 duka lara kembali ke pangkuan keluarga..Agak2 lepas x?
BalasPadamni kisah benar kawan saya dapat pindah. dia lempang sorang pelajar.
BalasPadamtapi, yang ni kena plan betul2 sebab kena pastikan budak yang dilempang tu betul2 mmg patut sangat dilempang, pengetua@guru besar yang rasional, budak yng dilempang tu x mati,cacat & seumpamanya ataupun tiada bukti sahih yang dapat menyabitkan anda melempang pelajar itu diikuti pula dengan tindakan aggresif parent budak tu yang nak saman anda...memang berkesan dan dapat pindah serta merta
Wow, mungkin saya boleh praktikkan cara ni hahaja
PadamSalam Cikgu..sy pulak nak minta tukar sbb skolah sekarang jauh 90km pergi dan balik. Kat sini dah masuk 9tahun. Nak buat alasan macamana ye...blh bg ideal?
BalasPadamCuba guna sebab "Jarak perjalanan ke sekolah". Cuba selitkan huraian tentang risiko keselamatan jalan raya dan keletihan sebab jarak jauh.
PadamKalau alasan bercerai...macam mana? Kenapa...tak cukup stress ka kalau sebab bercerai diutarakan utk berpindah????
BalasPadamBoleh tahan alasan yang diberikan ni. hehe boleh la buat modal nak pindah
BalasPadamSaya telah berkhidmat selama 10 tahun di sekolah lama.Pada tahun ke-4 perkhidmatan, saya mula mengisi borang pindah kerana tidak tahan sakit dan untuk mendapatkan rawatan. Tinggal bersendirian dan berjauhan daripada keluarga ketika itu mmg sgt mencabar. Mujur saya dikelilingi dengan rakan2 yg sangat baik. Merekalah yg menemani ketika saya mendapatkan rawatan. Sakit misteri saya tidak boleh dibuktikan dengan laporan doktor. Kadang2 saya tidak menjadi diri sendiri. Pelbagai gangguan yg saya lalui seorang diri. Ketika solat tubuh saya mencucuk2 sakit. Sentiasa diganggu dan sentiasa rasa diperhatikan. Bermimpi perkara2 yang menakutkan.
BalasPadamSaya kira 6 tahun juga saya memohon pindah. Tidak pernah sekalipun saya menjejakkan kaki ke KPM atau JPN. Sehingga sampai satu tahap saya sudah menjadi redha. Setiap kali permohonan gagal, saya memberitahu diri sendiri "Mungkin ada orang lain yg lebih teruk keadaannya daripada diriku. Alhamdulillah rezeki masih di sini."
Namun siapa dapat menduga rezeki daripada Allah yg tidak disangka-sangka. Beberapa hari sebelum sekolah dibuka untuk sesi 2019, saya mendapat panggilan JPN yg menyatakan permohonan pindah saya telah diluluskan. Saya berasa sangat terkejut kerana pada bulan November 2018 ketika membuat semakan keputusan permohonan, memang permohonan saya TIDAK DILULUSKAN.
Hanya Allah sahaja yang mengerti perasaan saya ketika itu. Terkejut, Sebak, Syukur. Semua perasaan bercampur baur. Sedih meninggalkan rakan-rakan seperjuangan di sekolah lama yg sentiasa bersama2 saya ketika saat suka dan duka. Tetapi saya tetap akur kepada arahan perkhidmatan.
Alangkah manisnya perasaan sabar dan redha. Secebis kisah. Semoga menjadi teladan kepada rakan2 yg sedang berjuang untuk berpindah. Teruskan dan selamat berjaya!
I baru kerja 2 bulan....hati ni nak je pindah ke semenanjung...i really wish to transfer to peninsular....not because i don't like the school or what, but i just cannot stay too far from family.. at least if i kat sana utk cuti seminggu tu boleh je i balik and see my family...i feel so bad, never feel this bad in my life...harap boleh tukar after 1 year....dalam 1 year tu tak tahu i punya mental state akan jadi macam mana....i feel so sick, and down all the time...i pura2 happy Infront of my colleagues... don't know how many of you can understand.. like no life.... hnmmm
BalasPadamhow long does an uncontested divorce take in virginia
BalasPadamThis article offers a comprehensive understanding of the reasons behind teacher turnover, highlighting the multifaceted nature of the issue. It provides practical tips and strategies for addressing common challenges, emphasizing the importance of fostering a positive work environment and supportive school culture. The article encourages stakeholders to consider systemic changes rather than individual blame, and offers actionable suggestions for professional development and mentorship programs. Overall, this piece contributes valuable insights to the ongoing conversation about teacher retention in education.