About Me

Bercuti ke Pontianak : Parade Teater Nusantara 2014

Satu perkara yang saya rasa percutian yang agak berbeza bila ke Pontianak tempoh hari adalah menonton teater di bumi Pontianak. Aktiviti yang tak terjangka pun. Segalanya bermula apabila kami selesai ronda-ronda di Ayani Mega Mall. Dari sana, cadangnya nak ke Muzeum Kalimantan Barat yang terletak sebaris dengan Ayani Mega Mall, tapi perjalanan kami terhenti di separuh jalan. 

Tertarik dengan poster-poster yang menghiasi kawasan tersebut, maka kami corner masuk sekejap ke Taman Budaya. Sebenarnya tak da idea pun Taman Budaya ini apa, tetapi cuba-cuba masuk. Adat jadi pelancong lah kan.. Suka hati je masuk sana masuk sini.. ;)



Parade Teater Nusantara 2014
Taman Budaya Kota Pontianak

Kemudian baru lah terperasan, ada pentas terbuka di luar dan juga poster besar. Barulah kami tahu, Taman Budaya adalah lebih kurang macam pusat kebudayaan yang lebih tertumpu kepada senilakon dan teater. Kebetulan juga, saya nih adalah juga sikit minat dan bakat untuk mengkagumi seni-seni teater. Maka melangkah ler masuk ke ruang utama.


Parade Teater Nusantara 2014

Parade Teater Nusantara 2014


Di sini kami diperkenalkan dengan seorang pemuda. Ayip namanya. Mula-mula diberitahu beliau adalah Ketua Panitia, rasa pelik juga. Ketua Panitia apa. Setelah dah lama sket berbual, barulah tahu rupanya Ketua Panitia tu kalau di sini adalah lebih kurang macam Penyelaras Projek ler.. Ketawa saya sendirian..

Daripada perbualan dengan saudara Ayip, barulah saya tahu, rupanya sedang berlangsung persembahan teater di sini. Program untuk 44 hari ok! Ianya dikenali sebagai Parade Teater Nusantara yang mengumpulkan kelab-kelab teater dan senilakon dari seluruh Indonesia bagi mempersembahkan teater mereka di sini. Melihat kepada struktur bangunannya tak sangka juga bahawa aktiviti ini dilakukan dalam skala yang besar. 


Parade Teater Nusantara 2014


Sebaik sahaja mendengar kami adalah pelancong dari Malaysia, maka dengan besar hatinya Ayip menjemput kami menonton teater mereka pada malam ini secara percuma. Lebih menarik lagi apabila teater yang bakal kami saksikan malam ini adalah persembahan Sanggar Pojok Jakarta Selatan, dengan teater bertajuk 'Hening'. Kelab dari jauh nih.

Mesti kena datang!


Maka pada jam 7 malam, kami pun bertandang semula ke Taman Budaya ini. Kelihatan ramai juga muda mudi yang juga seperti kami, datang untuk menonton persembahan teater Hening ini. Seperti yang dijanjikan Ayip memberikan tiket percuma kepada kami. 

Tetapi sebagai menghargai hasil usaha dan kerja keras mereka dalam bidang seni ini, maka kami tolak pemberian beliau, dan beli sendiri tiket. Tak mahal pun. Lebih kurang RM7 sahaja. Apalah sangat kalau nak dibandingkan dengan usaha dan kerja keras mereka. 

Kami juga diberi peluang untuk masuk ke auditorium terlebih dahulu sebelum tetamu yang lain. Best kan? Dapat pilih tempat kedudukan paling strategik, sambil melihat beberapa staf yang terlibat melakukan persiapan akhir. Macam beli tiket VIP plak rasanya!

Selang 15 minit selepas tu, barulah penonton mula membanjiri ruang di dalam auditorium. Baru lah mula terasa sedikit haba kepanasannya. Nasib baik hari hujan. Tak ler panas sangat. Kemudahan di sini rasanya tidaklah sebaik dengan yang di Malaysia. Namun usaha mereka, mengkagumkan!


Saya cuba fokus betul-betul dan cuba memahami teater yang dipersembahkan oleh mereka. Teater abstrak plak.. maka kena cuba menangkap setiap aksi simbolik dan juga perantaraan yang digunakan bagi mewakili perbuatan, dialog dan maksud yang tersirat. Bukan teater citarasa saya. Sebab benda-benda camnih perlu dianalisis secara halus dan teliti. Malas nak menghadam. Sampai maksudnya. Mendalam. Tapi penat otak.. hu3

Nasib baik sebelum masuk tadi, Ayip dah ceritakan sedikit sinopsis mengenai teater Hening ini. Jadi takde lah lost sampai tak dapat tangkap apa jalan cerita nya. Keji kan?.. hahahaha


Sanggar Pojok Jakarta Selatan, dengan teater bertajuk 'Hening'

Sanggar Pojok Jakarta Selatan, dengan teater bertajuk 'Hening'


Walaubagaimanapun, saya puji betul dengan usaha, semangat dan kesungguhan mereka yang terlibat. Sungguh-sungguh nampak mereka berusaha nak berikan yang terbaik dalam persembahan mereka. Part yang sedih, boleh rasa kesedihan mereka. Part yang gembira, boleh rasa kegembiraan mereka. Pelakon memang hebat!

Bahasa yang digunakan, sekalipun Bahasa Indonesia, tetapi masih boleh difahami. Bukan bahasa pekat, bersekali dengan dialek dan slang tempatan. Nasib baik, dulu-dulu suka tengok cerita "Ada Apa Dengan Cinta?", boleh juga ler faham bahasa-bahasa muda mudi dia.. hu3

Muzik dan audio yang digunakan juga berkesan menimbulkan mood untuk penonton. Timing pun macam bagus je. Jadi memang boleh layan. Persembahan selama 1 jam. Tapi tak terasa dek kerana terbawa-bawa dengan setiap persembahan mereka. 


Parade Teater Nusantara 2014
Bergambar kenagan bersama Ayip, Ketua Panitia Parade Teater Nusantara 2014

Selesai persembahan, kami bersembang-sembang dengan Ayip di bahagian luar. Masing-masing berkongsi sedikit pengetahuan mengenai citarasa orang Malaysia dan Indonesia dalam bab-bab berhibur dan penghayatan kepada benda-benda seni. Banyak juga kami belajar daripada Ayip. Tambah mengkagumkan apabila, beliau pada usia semuda itu sudah mampu untuk membawakan persembahan teater berskala besar ke Kota Pontianak ini. Hebat! 


Sayangnya, tak sempat pula untuk kami bertukar nombor telefon atau emel bagi berhubung selepas ini. Manalah tahu, kunjungan kali kedua saya ke Pontianak adalah sebagai orang perantaraan yang membawa teater Malaysia ke sana pula.. he3..

Secara kesimpulannya dapatlah saya katakan bahawa, pengalaman menonton teater di Pontianak ini merupakan satu pengalaman unik dan menarik semasa kunjungan saya ke sini. Bukan selalu nak ada peluang menonton teater dalam festival yang sebesar ini. Semoga juga ada teater dari Malaysia yang menyertai Parade ini pada tahun mendatang!






Catat Ulasan

0 Ulasan