Namun kali ini saya terpaksa balik awal. Sebab terlibat dengan satu lagi aktiviti tahunan Panitia Kimia, iaitu Kem Kimia 2014. Kem Kimia ini adalah yang kali ke-6 dianjurkan bermula sejak kali pertama ianya diperkenalkan. Kalau ikut hati, macam tak nak je join kem untuk kali nih. Tapi atas rasa tanggungjawab dan juga rasa untuk bersama-sama rakan Panitia Kimia, maka terpaksa lah dikorbankan rasa malas ini.. He3
Oleh sebab saya berada di Kuching pada hari Jumaat tersebut, dan penerbangan ke Sibu pada jam 5 petang, maka saya hanya dapat join Kem Kimia ini bermula pada sesi malam, iaitu untuk Latihan Dalam Kumpulan. Sesi sebelah siangnya iaitu, pendaftaran dan riadah sukaneka terpaksa diambilalih oleh rakan guru yang lain. Malah untuk sesi sebelah malam nih pun, Cikgu Mackie, saya punya Ketua Panitia Kimia yang terpaksa edarkan nota dan soalan untuk kumpulan pelajar saya, sementara menunggu saya tiba ke venue. Nasib baik sempat.
Untuk sesi LDK tersebut, stesyen saya memfokuskan kepada Proses Sentuh dan Proses Haber. Maka segala soalan percubaan tahun lepas yang berkaitan dengan dua proses ini saya berikan kepada pelajar sebagai edaran dan digunakan semasa sesi perbincangan. Ada 4 kumpulan semuanya, dengan setiap kumpulan diberikan mengikut markah pencapaian dalam ujian terdahulu. Pembahagian sebegini lebih memudahkan guru yang bertindak sebagai fasilitator untuk menjalankan pdp dengan lebih berkesan.
Pelajar bergerak dari satu stesyen ke stesyen seterusnya yang dijaga oleh Cikgu Mackie Juing, Cikgu Tang Kie Hua dan Cikgu Belle Mahony. Masa yang diperuntukkan adalah lebih kurang dalam 45 minit dari satu stesyen ke stesyen yang lain. Cukup untuk melatih pelajar untuk menjawab dan membincangkan persoalan bagi tajuk yang berkaitan.
Aktiviti pada waktu malam hanya dihadkan pada supper pada waktu malam. Tiada lagi masa yang diperuntukkan untuk persediaan persembahan, memandangkan Kem Kimia pada tahun ini amat terbatas waktunya. Hanya mengambil masa 2 hari, 1 malam disebabkan pada hari ke-3 adalah merupakan Hari Raya Aidiladha.
Waktu pagi keesokan harinya diteruskan dengan aktiviti bersenam. Fasilitator pembantu yang terdiri daripada pelajar tingkatan 6 Rendah datang untuk membantu melakukan aktiviti tersebut. Memang enjoy para pelajar yang mengikuti aktiviti riadah dan senaman tersebut. Hilang sekejap rasa stres dan penat mengikuti kem untuk 2 hari ini.
Selesai bersenam dan bersarapan, mereka mempersiapkan diri bagi sesi motivasi bersama guru. Semasa slot ini, 4 orang guru terpilih untuk mengkongsikan rahsia kejayaan mereka semasa belajar dahulu dan teknik-teknik yang digunakan. 2 guru dirakamkan terlebih dahulu video mereka, iaitu Cikgu Lau Ngie Tung dan Cikgu Claudya Nany. Manakala Cikgu Tang Kie Hua dan Cikgu Dina berkongsi terus dengan para pelajar pada hari tersebut.
Banyak kisah-kisah inspirasi dan motivasi yang dikongsikan oleh rakan-rakan guru. Ada juga yang berkongsi kisah suka duka zaman kecil yang mendorong mereka untuk berusaha dengan lebih gigih bagi mengubah nasib keluarga. Teknik-teknik belajar turut dikongsikan bagi memberi sedikit idea kepada para pelajar mengenai apa yang mereka boleh lakukan selepas ini.
Sesi LDK berlangsung sesudah berakhirnya slot motivasi tadi. LDK saya yang kedua pula memfokuskan kepada tajuk Kadar Tindakbalas dan juga Teori Perlanggaran. Seperti LDK yang pertama, saya kumpulkan beberapa soalan percubaan tahun lepas yang berkaitan dari topik berkenaan dan berikan kepada pelajar sebagai latihan kepada pelajar. Latihan tersebut dibincangkan, bagi membolehkan pelajar melihat contoh-contoh dan bentuk lain soalan bagi topik yang sama.
Kesemua LDK selesai pada jam lebih kurang 3 petang. Pelajar seterusnya perlu menjawab soalan Post Test yang sudah disediakan. Ini adalah bagi menilai tahap penguasaan dan pemahaman pelajar selepas mengikuti kem ini untuk 2 hari. Kami berharap ada peningkatan, kalau tak banyak sedikit, daripada ilmu pelajar yang ada sebelum ini.
Majlis tamat pada jam 5 petang dengan sesi fotografi sebagai tanda kenangan. Walaupun tak dapat nak mengadakan lebih banyak aktviti seperti tahun lepas, namun kami semua berharap objektif penganjuran kem bagi membuka minda pelajar mengenai Kimia akan dapat membantu pelajar serba sedikit dalam membuat persediaan menghadapi SPM nanti.
Semoga yang terbaik untuk semua orang!

0 Ulasan