About Me

Proses Haber : Haber Process

Proses Haber atau juga dikenali sebagai Proses Haber-Bosch adalah proses untuk menghasilkan ammonia. Proses ini pada mulanya diciptakan oleh seorang ahli kimia yang hebat iaitu Fritz Haber, dan kemudiannya dikomersialkan oleh Carl Bosch. Kedua-dua saintis tersebut menerima Hadiah Nobel atas sumbangan mereka dalam bidang kimia. 

Proses Haber atau juga dikenali sebagai Proses Haber-Bosch adalah proses untuk menghasilkan ammonia

Bahan mentah yang digunakan adalah gas nitrogen dan gas hidrogen. Kedua-dua bahan ini akan dicampurkan pada nisbah 1 : 3. Bermaksud 1 gas nitrogen bersamaan dengan 3 gas hidrogen. 

Proses Haber atau juga dikenali sebagai Proses Haber-Bosch adalah proses untuk menghasilkan ammonia

Pada tangki Pemampatan (compressor), campuran tersebut akan dimampatkan pada 200atm. Kemudian dialirkan ke Reaktor. Pada Reaktor, campuran dipanaskan pada 450C dan besi digunakan sebagai mangkin bagi mempercepatkan tindakbalas.

Seterusnya campuran mengalir ke kebuk Penyejukan, di mana di sini, gas ammonia hasil daripada tindakbalas tadi akan ditukarkan kepada bentuk cecair. Cecair ammonia yang terhasil akan dikumpulkan. Manakala gas nitrogen dan gas hidrogen yang tidak bertindakbalas akan dikitar semula dan akan memulakan proses tersebut sekali lagi. 


Bagi membantu lagi pemahaman anda, jom kita tonton video di bawah.




Apakah Kegunaan Ammonia?
Antara kegunaan Ammonia adalah untuk:
1) membuat bahan letupan
2) membuat baja kimia
3) membuat bahan pencuci
4) mencegah pembekuan susu getah (lateks)
5) membuat gentian sintetik
6) sebagai agen penyejuk
7) menghasilkan asid nitrik

Catat Ulasan

14 Ulasan

  1. Terima kasih cikgu

    BalasPadam
  2. Terima kasih cikgu!

    BalasPadam
  3. Good video , short but very useful. Virtual studies really effective to students nowadays but it's a shame they don't use this as advantage. Post short videos frequently because it really helps. :)

    BalasPadam
  4. SALMAN BILA NAK SAMPAI

    BalasPadam
  5. hafizd saakai albabji xgunee
    al lamak bahase ape aq gune

    BalasPadam
  6. SALMAN DAH NAK DEKAT SAMPAI , JOM KITA BLAH

    BalasPadam
  7. Apa yang terjadi bila suhu untuk panaskan campuran adalah rendah?

    BalasPadam
    Balasan
    1. Stahu sy...ia akan mlambatkan proses tindak balas...kalau salah tlg perbetulkan

      Padam
  8. Terima kasih cg...sgt mmbantuu ^_^ esok paper sains utk spm 2021 ;)

    BalasPadam