.

.

KARTiKEL

Ahad, 27 Oktober 2013

Proses Sentuh : Contact Process

Untuk kali ini saya nak menerangkan mengenai Proses Sentuh atau juga dikenali sebagai Contact Process. Kita akan belajar apa tujuan Proses Sentuh, bahan yang kita nak gunakan dan juga setiap satu fasa penyediaannya. Saya cuba masukkan info berkaitan seperti yang selalu ditanyakan dalam peperiksaan Kimia. Selamat belajar yer!

Proses Sentuh : Contact Process

Sebelum kita belajar lebih jauh lagi, jom kita tengok dulu video Proses Sentuh untuk menghasilkan asid sulfurik secara industri.



Ini pula cara nak jawab dalam bentuk esei / karangan

Proses Sentuh
Proses Sentuh adalah bertujuan untuk menghasilkan asid sulfurik.

Bahan mentah yang diperlukan
Sulfur dalam bentuk cecair, udara dan air.

Carta alir Proses Sentuh


Proses Penyediaan
1. Sulfur dalam bentuk cecair dibakar dalam udara untuk menghasilkan sulfur dioksida.
                        S + O2   -------------->   SO2


2. Sulfur dioksida dicampur dengan oksigen untuk menghasilkan sulfur trioksida
      2SO2 + O2   -------------->   2SO3

Suhu: 400C - 450C
Tekanan: 1 atmosfera
Mangkin: Vanadium(V) Oksida V2O5


3.  Sulfur trioksida dilarutkan dalam asid sulfurik pekat untuk membentuk oleum.
                    H2SO4 + SO3 -------->   H2S2O7


4. Oleum ditambahkan dengan air untuk menghasilkan asid sulfurik.
                       H2S2O7 + H2O ---------->   2H2SO4



* Oleum dihasilkan sebagai hasil perantaraan kerana melarutkan sulfur trioksida secara terus ke dalam air adalah amat berbahaya kerana proses ini akan membebaskab banyak haba. (walaupun asid sulfurik boleh dihasilkan sebegitu).

* Tindak balas penghasilan sulfur trioksida daripada sulfur dioksida adalah satu tindak balas berbalik. Maka suhu, tekanan, mangkin dan nisbah bahan tindak balas adalah amat penting demi memaksimumkan kuantiti sulfur trioksida yang terhasil.

 

Cari juga maklumat:
Kegunaan asid sulfurik?
Kesan penghasilan asid sulfurik kepada persekitaran? 
Klik di SINI


2 ulasan:

  1. cikgu..cikgu mengajar dlm bahasa melayu saje ke cikgu??maafla kalau saya tanya tapi sekolah saya pakai BI so saya x faham sikit..

    BalasPadam
  2. assalammualaikum cikgu....
    disini ada pertanyaan...dimana proses haber bagi sulfur dan ammonia??

    BalasPadam