About Me

Jom Undi Untuk DiGiWWWOW Award 2014

DiGiWWWOW 2014 tiba lagi. Anugerah yang mengiktiraf para penghasil kandungan internet Malaysia yang menggunakan internet dengan cara yang luar biasa bagi memberi inspirasi kepada orang lain. Kali nih macam ada kelainan sikit pada penganjuran. Dah tak ada kategori yang banyak-banyak, tapi dikecilkan kepada 3 kategori utama, iaitu Commerce, Content dan juga Community. 

Jom Undi Untuk DiGiWWWOW Award 2014

COMMERCE lebih kepada web yang berkaitan dengan kedai online, CONTENT kepada web yang nak mempertaruhkan isi kandungan dan juga COMMUNITY lebih kepada usaha sukarela yang memberi manfaat kepada masyarakat.

Penghakiman juga kali ini ada berperingkat, di mana peringkat pertama berpandukan kepada Undian. Peringkat kedua, 10 penyertaan terbaik akan dipilih bagi sesi picthing. Dan akhir sekali pemenang akan diumumkan. Semoga dengan adanya peringkat sebegini, maka harapnya tak muncullah statement-statement 'pilih kasih' dan yang lain seumpamanya.

Jom Undi Untuk DiGiWWWOW Award 2014
 
Hadiahnya memang cukup lumayan! Duit tunai saja mencecah lebih RM 10, 000 beserta hadiah-hadiah lain yang juga hebat. Memang beruntung ler siapa yang menang.

Tahun lepas ada juga saya join. Sekadar untuk menimba pengalaman. Tetapi yang saya calonkan adalah bukan blog ini, tetapi hasil pelajar saya iaitu Video Kasut Kelopak Jantung. Rezeki tak ada. Mungkin penyertaan lain jauh lebih menawan hati juri dan pengundi.

Untuk DiGiWWWOW 2014 tahun ini, saya cuba calonkan blog www.cikguhailmi.com ini untuk kategori COMMUNITY pada mulanya. Alasan saya sebab bahan yang saya sediakan dalam blog pendidikan saya ini adalah lebih bersifat kepada usaha untuk masyarakat. Cikgu boleh manfaat, pelajar boleh manfaat, ibu bapa pun boleh manfaat.

Tapi lepas daftar dapat emel kena reject atas alasan tidak sesuai kategori. Last sekali ditukar kepada kategori CONTENT. Kali ini ok, boleh submit dan dah boleh mula mengundi.

Jom Undi Untuk DiGiWWWOW Award 2014
Klik Untuk VOTE!

Bagi yang nak mengundi blog www.cikguhailmi.com ini, anda boleh lah ke SINI untuk vote. Yang bagusnya, sebab tak perlu register akaun baru. Boleh terus Vote guna akaun Facebook / Twitter / Google+. Jadi lebih memudahkan dan menggalakkan orang lain untuk mengundi. 

Undian pula boleh dilakukan SETIAP HARI sepanjang tempoh 1 April sehingga 31 Mei 2014. Bagi yang terpilih sebagai Top 10, pengumuman akan dibuat pada 1 Jun 2014, dengan pemenang perlu ke Sesi Pitching pada 4 Jun 2014. Anugerah akan disampaikan pada malam 20 Jun 2014. Semoga berjaya!


Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. maju setapak lagi CH dlm dunia blogging...moga2 menang lg :)

    BalasPadam
    Balasan
    1. inshaAllah.. mudah2an.. terima kasih yer Cikgu Zamrud..
      kalau menang nanti belanja saya makan umai.. ;)

      Padam