About Me

Hari Pertama Persekolahan 2014

Maka pada 2 Januari yang lepas, bermula lah sesi persekolahan yang baru untuk tahun 2014. Saya pula masih 'mabuk' cuti dan juga terkenangkan para pelajar tingkatan 5 yang lepas. Memang rindu betul dengan mereka! Tapi apa kan daya. Perlu belajar terima hakikat, pelajar datang dan pergi. Sekalipun semakin kurang bilangan wajah yang saya kenali, namun perjuangan harus diteruskan.

Hari Pertama Persekolahan 2014
Malas macam Panda..

Mesyuarat pengurusan dah pun diadakan pada 31 Disember 2013. Mujurlah hanya memakan masa satu hari saja. Itupun bermula dari pukul 8 pagi sehingga jam 1 sahaja. Semua bidang membentangkan bidang tugas dan pembahagian kerja masing-masing. Beberapa perubahan kecil dilakukan oleh pihak sekolah kerana perubahan guru yang pindah keluar dan pindah masuk. 

Untuk tahun ini, saya diberi peluang untuk mengajar Sains Tingkatan 3 (3 kelas - 3B, 3G, 3H), Kimia Tingkatan 4 (4A) dan Kimia Tingkatan 5 (5B). Kesemuanya 23 waktu. Hanya kurang 1 waktu saja berbanding tahun-tahun sebelumnya. Banyak jugak kan?. Pelik juga bila orang bercakap pasal GC dapat keistimewaan waktu mengajar yang lebih sedikit. Sama jer.. 

Dah tentu cabaran utama pada tahun ini adalah mengajar Sains bagi pelajar Tingkatan 3. Sekalipun ini adalah tahun ke4 saya mengajar subjek Sains untuk pelajar tingkatan 3, namun masih 'pening kepala' dan 'takut' dengan peperiksaan yang bakal menanti mereka. Banyak yang perlu diberi perhatian. Format soalan? Bentuk peperiksaan? Jumlah soalan? Cakupan soalan? Memang banyak betul teka teki...

Sudah lah dengan hampir 122 tugasan PBS yang perlu diselesaikan oleh pelajar Tingkatan 3.. Ada peperiksaan lagi (yang belum ada ketetapan)... 10 bab pula perlu dihabiskan..  Maka awal-awal lagi saya sudah kasi warning sama pelajar saya, apa perlu mereka lalui untuk tahun ini. Sentiasa bersedia. Sentiasa bersedia awal!

Bagi bidang HEM pula, kali ini saya diberi tugas Ketua AJK Perhimpunan Pagi. Dah tak jadi AJK Fotografi macam dolo-dolo.. Hu3.. Buat pengetahuan, di sekolah saya, kami akan mengadakan perhimpunan pendek pada setiap pagi, sebelum masuk kelas pada pukul 7.05 pagi. Emcee pun saya tak pernah jadi, tapi inshaAllah saya akan cuba juga  laksanakan tugasan ini dengan sebaik mungkin.

Untuk Ko-kurikulum pula masih seperti biasa. Kelab Sofbol, Kelab Drama dan Kadet Pertahanan Awam. Mujur sedikit pada tahun ini saya memikul jawatan Ketua Guru Penasihat hanya bagi Kelab Sofbol sahaja. Maka dapatlah bernafas sket. Bagi 2 tahun sebelum ini, saya sebenarnya dipaksa memegang jawatan Ketua Guru Penasihat bagi ketiga-tiga kelab di atas. He3.. Kelab Sofbol pula memang jadi Ketua dan Jurulatih sejak zaman berzaman. Memang penat. Tapi kalau kita buat apa yang kita minat, inshaAllah kurang sket la rasa penat tu..

Walau pun ada beberapa perancangan besar menanti, namun buat sementara waktu, izinkan saya mengutip dulu semangat untuk mengajar pada tahun ini. Ha3... Sindrom lama sangat cuti! Sindrom lama sangat tak datang sekolah!

Semoga cuti Sabtu Ahad ini dapat memberi sedikit inspirasi buat saya bagi melakukan yang lebih baik untuk tahun ini! ;)

Catat Ulasan

4 Ulasan

  1. Wow wow wow. Banyaknya tugas!! Good luck, ogehh!! Semoga semangat itu kembali menerpa :D Vee pun sama jadi teacher this year. Bezanya Vee ajar little kids. Mihmihmih..

    BalasPadam
    Balasan
    1. TQ Vee.. Cikgu pun harap camtu
      Amacam? Best tak jadik cikgu?.. Layan budak2 mesti lagi best.. ;)

      Padam
  2. mcm same je pakej kelas yg sy ajar.
    cuma sy ajar 2 kelas sains ting 3 dan 1 kelas sains ting 4.

    nnt tulis blog pun, mesti ade post lebih kurang same jugak kn...

    BalasPadam
    Balasan
    1. hak3.. mcam lebih kurang je kan cikgu zamrud..
      baguslah.. semoga ada lebih banyak perkongsian nanti.. ;)

      Padam