About Me

PPMR Ganti PMR, Bukan PBSMR

PPMR atau pun Penilaian Pentaksiran Menengah Rendah dikatakan akan menggantikan PMR. Dan bukannya PBSMR seperti yang dicanangkan pada awalnya. Kontroversi peperiksaan yang bakal menggantikan PMR bermula tahun depan ini berlanjutan dengan tiada mana-mana pihak yang berani tampil untuk memberi keterangan yang lebih jelas.

PPMR Ganti PMR, Bukan PBSMR

Kronologinya pada bulan Oktober lalu, KPM dilaporkan akan memansuhkan PMR dan menggantikan dengan peperiksaan baru iaitu PBSMR (Pentaksiran Berasaskan Sekolah Menengah Rendah). Sumber

Maklumat yang diterima oleh para guru juga adalah mengenai kewujudan PBSMR dan sangat terhad. Gambaran awal yang kurang jelas diberikan hanya secara umum. Sebagai contohnya, peperiksaan terbahagi kepada 3 jenis instrumen pengujian seperti Ujian bertulis dan lisan bagi subjek bahasa, Ujian bertulis bagi subjek Sains dan Matematik dan pelbagai istrumen bagi subjek lain.

Pengumuman ini tentulah memberi respon berbeza yang turut meresahkan ibubapa, pelajar dan golongan pelaksana iaitu guru. Banyak perkara yang perlu dijelaskan oleh para guru kepada pelajar dan ibubapa. Apatah lagi dengan tempoh bagi peperiksaan tersebut untuk berlangsung (iaitu cuma tahun depan sahaja) dan juga bentuk atau format bagi peperiksaan yang akan dilaksanakan.


Dalam kebingungan dan kekaburan semua pihak, kita dikejutkan lagi dengan berita yang mengatakan bahawa sebenarnya PBSMR tidak wujud. Tetapi peperiksaan PMR sebenarnya akan ditambahbaik. Pulak dah! Sumber

Sekalipun diberitahu ditambahbaik, tapi format dan bentuk peperiksaan juga masih tidak dijelaskan. Adakah masih sama? ataupun mempunyai format baru? Dah tentu lah ini mendatangkan kegusaran dalam kalangan ibu bapa, murid dan guru sendiri. 


Tambah memeningkan kepala, hari ini saya menerima satu gambar Whatsapp dari seorang rakan guru mengenai PPMR atau pun Penilaian Pentaksiran Menengah Rendah yang khabarnya juga bakal diadakan pada tahun 2014!

Khabarnya juga, gambar tersebut diambil daripada slaid persembahan yang telah ditayangkan kepada pengetua-pengetua sekolah di sebuah negeri di Utara Semenanjung yang telah diberi taklimat mengenai peperiksaan tersebut.

PPMR Penilaian Pentaksiran Menengah Rendah 2014


Jika diperhatikan masih mirip kepada seperti yang dikatakan pada apa yang bakal dilaksanakan dalam PBSMR, cuma namanya sahaja yang ditukar. Masih tiada penjelasan yang boleh membantu guru, murid dan ibubapa dalam memahami apa yang akan berlaku pada tahun hadapan!


Tak sampai seminggu sahaja lagi untuk persekolahan 2014 memulakan sesinya. Saya yakin dan pasti ramai di luar sana, termasuk ibubapa, murid dan guru yang bersungguh-sungguh mahu tahu apa yang sebenarnya dirancangkan oleh KPM untuk pelajar tingkatan 3 pada tahun 2014.

Selagi teka teki ini masih belum terjawab, maka selagi itulah golongan ini akan terus mendesak mendapatkan kepastian. Ingat! pendidikan anak-anak, bukanlah satu perjudian!

Catat Ulasan

38 Ulasan

  1. Patut kaji sistem pendidikan dgn lbh bijak.sistem kita dh ketinggalan.sistem pendidikan masih menitikberatkan keputusan ats kertas.tp dr segi kemahiran adalah 0.mgkn sy ckp ni bunyi seperti mengarut,bg saya mereka mengatakan mengarut sebab telah diacukan sistem sediada.tidak berani utk berubah.

    BalasPadam
  2. Mungkin patut kaji dulu baru laksana..
    Tak macam skang yang nampaknya lebih banyak laksana dulu kaji kemudian..

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu saya sokong 100%

      Padam
    2. ye cikgu. laksana dulu kaji kemudian kan dah menyusahkan, kalau kaji dulu dan lepas tu keputusannya sistem baru yg dicanang-canang tu lebih bagus daru PMR baru boleh laksanakan. nih mak saya pun tak tahu macam mana pembelajaran saya pasal peperiksaan bulanan tak ada. bulan 7 dah kena habiskan semua bab dalam buku teks, bulan 8 dah peperiksaan percubaan, bulan 9 dah periksa PPMR. laju cikgu. sampaikan ada seorang kawan saya, dia tu jenis macam lambat sikit orangnya mengadu pada saya yang dia tak faham ape yg cikgu math dia ajar sebab laju. math 15 bab kene habiskan semua pada bulan 7. tapi, apa sy boleh buat, saya bukannya menteri di jabatan perdana menteri. kalau saya menteri sy akan buat pilihan raya utk pelajar,guru2,dan ibu bapa utk teruskan ke tak sistem baru yg tak lengkap lagi kajiannya nih. tu baru PPMR, belum lagi cerita pasal PBS yang sistem online nya selalu `kong' and `off' sampai cikgu2 saya nak masukkan PBS dalam sistem tu pun takboleh. ni lah padah nya buat sesuatu tak tahu nak kaji dulu pro dan kontranya. -> sy nih memang dah lama tak puas hati nih. 3tahun sy buaT PBS bukan setakat pelajar yg susah tapi dengan cikgu2 dan ibu bapa pun turut susah.--->yang tak puas hati, Miftahul Jannah

      Padam
    3. tapi cikgu sy kata PPMR nanti akan banyak dimasukkan soalan2 hot dan banyak juga dimasukkan soalan2 bertaraf KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi). susah,susah, ...

      Padam
  3. kita tunggu dan lihat aje. hehe..

    BalasPadam
  4. igt dah masuhkan ni ada ganti plak yer hahaha mcm2

    BalasPadam
  5. buat la mcm mane sistem pendidikan, kalau xberkesan, xtahulah....

    BalasPadam
  6. Kesian semua guru sbb blur je!! Huhu.. Bekas guru Vee pun byk mengadu skrg ni. Everything seems messed up. Tsk. Btw, dh kurang sminggu je skolah nak mula, tak terasa pun. Haha.. Vee pn jadi cikgu gak ni :p Dh sampai sini blm? Hehee..

    BalasPadam
  7. Sekejap ada, sekejap takde, yang ade pun tak pasti. Kesian anak-anak kita.

    BalasPadam
  8. Hai.....cepat cepatlah buat ketetapan supaya guru, ibubapa dan pelajar boleh buat persediaa. Dua tahun disogokkan dengan pernyataan 'tiada exam' utk anda , alih-alih ada . Kesian pelajar th 2012 tingkatan 1 jadi guinea pig

    BalasPadam
    Balasan
    1. sayalah pelajar tingkatan 1 tahun 2012. cikgu sy kata yg kami semua nih bahan eksperimen KPM, bile cikgu cakap macamtu sy terasa macam BINATANG

      Padam
  9. next year.. dh form 3.. risau sgt, dh la format exam pown x tahu..

    BalasPadam
    Balasan
    1. awk sama dengan saya hafizi. cikgu saya pun tak tahu yg tahun nih KPM nak buat format exam ikut format PMR atau buat format yg baru

      Padam
  10. hehehe. tggu mesyuarat guru. Ramai cikgu da mesyuarat ke belom?

    BalasPadam
  11. Penantian tu satu penyiksaan.. ye dak cikgu Qoqo.. ;)

    BalasPadam
  12. PBS sangat menyusahkan. Tidak kira samada guru atau pun murid. Keadaan kami menjadi kucar kacir~

    BalasPadam
    Balasan
    1. ibu bapa yg tak berapa nak faham pasal PBS nih pun tak dapat nak tahu prestasi pembelajaran anak mereka kerana KETIADAAN PEPERIKSAAN BULANAN cuma ada peperiksaan akhir tahun untuk menentukan kedudukan kelas ...

      Padam
  13. saya rasa maklumat ini kurang tepat. PPMR yang dimaksudkan ialah Pentaksiran Pusat Menengah Rendah; bukan nya Penilaian Pentaksiran Menengah Rendah yang saudara maksudkan.
    Pentaksiran pusat ialah 1 drp komponen pentaksiran dalam PBS - pentaksiran sekolah, pentaksiran pusat, pentaksiran psikometrik dan PAJSK..

    BalasPadam
  14. Betul seperti yang dinyatakan oleh Tanpa Nama, Cikgu Hailmi telah salah faham.

    BalasPadam
  15. Saya minta maaf kalau saya tersalah faham..
    Sekadar menulis kembali perkataan yang tertulis pada gambar sahaja..
    Apa2 pun lebih baik kita tunggu pengumuman sebenar.. ;)

    BalasPadam
  16. Saya baru pelajar tingkatan 3 . Terkejut kami kerana terpaksa habiskan 17 bab dalam masa lima bulan kerana kami juga perlu menyiapkan instrumen instrumen yang lain. Walaupun kami tidak hadapi lagi instrumen ini tetapi ianya meresahkan kami malah disebabkan instrumen ini , kami sendiri yang kene sediakan fail dengan penglibatan kos yang tinggi di samping guru yang cerewet. Apalah nasib kami sebagai perintis?

    BalasPadam
    Balasan
    1. bulan 7 semua bab bagi semua mata pelajaran kene habiskan kerana bulan 8 peksa percubaan, bulan 9 peksa PPMR

      Padam
  17. cikgu setuju sangat dengan Hakim.. bukan setakat pelajar, kami cikgu2 nih pun mengalami nasib yang sama, tapi dengan situasi berbeza.. semoga dipermudahkanNya

    BalasPadam
    Balasan
    1. susah cikgu ... dengan sistem online PBS lagi, dengan format 'kabur' PPMR lagi , betoi dak cikgu (cikgu sy yg habaq mai pasal problem2 sistem baru KPM nih)

      Padam
  18. nk tanya jadi brapa kertas perekse??? bahasa melayu,bahasa inggeris,matematik dan sains jew k???

    BalasPadam
    Balasan
    1. yup.. lebih kurang camtu ler.. kalau ada ambik subjek bahasa yang lain (bahasa cina, bahasa iban, bahasa tamil etc) pun ada.. tapi selain subjek bahasa, hanya ada bagi matematik dan sains..

      Padam
    2. macam manelah agaknye rupa slip keputusan PPMR tu. kalau PMR 8A, kalau PPMR mungkin 4subjek---> 4 band 6

      Padam
  19. Rasanya miftahul jannah tak perlu terlalu gelabah kerana saya rasa miftahul sendiri mempunyai masa dalam menyiapkan tugas dan dalam gaya konteks miftahul seolah olah miftahul ini tidak mempunyai sedikit masa untuk berehat bersama sama keluarga atau erti kata lain 24 jam miftahul kene hadap pbs ini. Sabar sahaja wahai miftahul , kita perintis, kita lah akan memacu generasi yang baharu dalam sistem pembelajaran yang baharu. Jangan tersinggung ye ;)

    BalasPadam
  20. Anak saya tingkatan 3 tahun ni.risau sgt bila fikir masa dpn dia. dgn ketiadaan ujian & peperiksaan, mmg sy x dpt ukur & pantau prestasi pelajarannya. dia juga kurang motivasi belajar sbb dia tahu dia tdk akan di uji dgn peperiksaan.yg pastinya, kebanyakan rakan2 sebaya nya mempunyai asas pelajaran menengah rendah yg sangat lemah.
    PMR, PBSMR, PPMR...apa2 nama pon yg diberikan, tapi apa yg pasti, masa dpn anak2 kami yg diperjudikan di sini. semata2 demi kepentingan politik pihak2 tertentu.

    cuba kita semua pandang beberapa langkah jauh ke depan....2, 3 4 & 5 tahun akan datang...

    dengan asas pelajaran menengah rendah yang sangat lemah, macamana agaknya pelajar2 ini akan belajar di tingkatan 4 & 5??? dalam aliran2 khusus??? bagaimana prestasi mrk akan diukur urk memasuki aliran2 / sekolah2 pilihan yg bakal membentuk perjalanan kerjaya mrk di masa hdpn?

    sbg contoh, mampukah anak2 yg mempunyai asas matematik yg lemah ini belajar add maths? accounting?? fizik?? kimia??? bagaimana mrk akan menghadapi peperiksaan SPM kelak? mmg subjek2 spm akan diuji dgn silibus ting 4 & 5, tp kita harus ingat, subjek2 di ting 4 & 5 adalah kesinambungan drpd matapelajaran2 di peringkat menengah rendah. tanpa asas pelajaran & pemahaman yg kuat di peringkat menengah rendah, bagaimanakah mereka akan menghadapi pelajaran di peringkat menengah atas? bagaimanakah SPM mrk? apakah standard pelajar2 lpsn SPM 2016 nanti akan mencapai standard piawai antarabangsa? mampukah mereka bersaing dgn akademik diperingkat global? sekiranya mereka diterima belajar di universiti luar negara, how would their ability / potential would reflect our education system? jgn lah sampai ke peringkat yg sistem pendidikan kita tidak lagi diiktiraf oleh universiti2 dunia.... kesian nasib adik2 seterusnya....mesti susah nak sambung study kat oversea...........

    the implication of this 'unorganised PBSMR is just soooooo big, indefinite and disasterous!!!!'

    There is nothing wrong to eliminate the long existing exam-based system, but its implementation is only after a proper and successful research is made & of coz, with a new proper & upgraded system of education system as well. bukan main tangkap muat & tangkap sumbat je!

    BalasPadam
    Balasan
    1. http://www.sinarharian.com.my/nasional/prestasi-pmr-cemerlang-peringkat-antarabangsa-1.232540

      SHAH ALAM - Penasihat DAP, Lim Kit Siang hari ini menggesa pimpinan tertinggi negara buka mulut berikutan terdapat perbezaan ketara antara pencapaian pelajar Malaysia di peringkat tempatan dan antarabangsa.

      Jelas Kit Siang, pencapaian cemerlang pelajar Malaysia diperingkat PMR baru-baru ini tidak mencerminkan pencapaian sebenar pelajar Malaysia di peringkat antarabangsa.

      “Saya sertai Najib dan Muhyiddin mengucapkan tahniah kepada pelajar-pelajar cemerlang PMR tahun ini, tetapi bolehkah PM dan TPM jelaskan perbezaan besar antara keputusan PMR tahun ini dengan TIMSS 2011 dan Pisa 2012 yang menunjukkan tahap pencapaian pelajar Malaysia adalah amat rendah menurut ukuran antarabangsa?

      “... menyentuh hal ini, saya hairan mengapa perdana menteri dan timbalan perdana menteri masih membisu tentang keputusan ujian TIMSS 2011 dan PISA 2012 yang menunjukkan tahap pencapaian pelajar Malaysia adalah amat rendah menurut ukuran antarabangsa.

      “Oleh itu, mereka perlu menjelaskan mengapa terdapat perbezaan besar pada keputusan ujian PMR di peringkat tempatan berbanding keputusan ujian antarabangsa seperti TIMSS 2011 dan Pisa 2012,” katanya yang dipetik menerusi laman blog miliknya.

      Keputusan PMR tahun ini, menunjukkan 30,988 atau 7.33 peratus dari 462,940 pelajar yang telah menduduki ujian PMR di seluruh negara yang telah mencapai gred A dalam semua subjek – peningkatan sebanyak 0.41 peratus atau 514 pelajar dari tahun lepas.

      Sebanyak 7.33 peratus pelajar telah mendapat gred A dalam semua subjek PMR, bererti sistem pendidikan Malaysia telah menghasilkan lebih dari tujuh peratus pelajar cemerlang bertaraf antarabangsa yang setanding dengan rakan-rakan sebaya mereka di negara lain.

      Walau bagaimanapun, keadaan ini dapat dilihat pada keputusan TIMSS 2011 dan PISA 2012.

      “TIMSS 2011 menunjukkan hanya dua peratus daripada pelajar Malaysia yang ikut serta dalam ujian itu berjaya mencatatkan gred tinggi “Advanced International Benchmark” dalam ujian matematik berbanding 49 peratus pelajar Taiwan, 48 peratus pelajar Singapura, 47 peratus pelajar Korea Selatan, 34 peratus pelajar Hong Kong, 27 peratus pelajar Jepun dan 14 peratus pelajar Russia.

      “… lebih menggusarkan, keputusan ujian antarabangsa itu menunjukkan bahawa tahap pencapaian pelajar Malaysia terus-menerus merosot, terutamanya sejak satu setengah dekad yang lalu memandangkan jumlah pelajar yang mencapai “Advanced International Benchmark” TIMSS dalam ujian matematik telah merosot dengan banyak dari 10 peratus pada tahun 1999 ke 2 peratus pada tahun 2011, sedangkan peratusan pelajar-pelajar cemerlang dari negara di tangga atas TIMSS semakin meningkat, misalnya peratus pelajar cemerlang Taiwan meningkat dari 37 peratus pada tahun 1999 ke 49 peratus pada tahun 2011; Singapura dari 42 peratus ke 48 peratus; Korea Selatan dari 32 peratus ke 47 peratus dan Hong Kong dari 28 peratus ke 34 peratus.

      “... manakala dalam Pisa 2012, hanya 1.3 peratus pelajar Malaysia tergolong sebagai “pelajar cemerlang” dalam matematik (iaitu mencapai Tahap 5 atau 6) berbanding Shanghai-China (55.4 peratus), Singapura (40 peratus), Taiwan (37.2 peratus), Hong Kong (33.7 peratus) dan Korea Selatan (30.9 peratus). Sekitar 15 petarus hingga 25 peratus pelajar Belgium, Kanada, Finland, Jerman, Jepun, Liechtenstein, Macao, Netherlands, New Zealand, Poland, dan Switzerland adalah pelajar cemerlang.

      “Selain itu, pencapaian 5 peratus pelajar terbaik Malaysia hanya setaraf pelajar biasa dari Korea dan Jepun.

      “Lebih membimbangkan, lebih separuh pelajar Malaysia (51.8 peratus) tidak mencapai tahap keupayaan asas dalam Matematik (iaitu di bahawa Tahap 2),” jelas Kit Siang.


      -----------------------------------------------------------------------------

      Padam
  21. Sy pelajar ting 3 brase amat risau .. kami kene habiskan pelajaran secepat mungkin .. pastu ade kene buat keje khusus lah .. x pahm la dengan sistem yg sekarang nie .. sekarang nie sy rase mcm bahan uji kaji yg dibuat tnpa dikaji terlebih dahulu .. aish

    BalasPadam
  22. Sy plajar form 3 dan trus trang sy katakn yg sy x tntu arah nk study.subjek mana yg sy nk buat revision pastu cikgu kata ade lgi prtambhn subjek iaitu sub sej.apa lgi ni?sy btul2 risau ngn keadaan ni

    BalasPadam
  23. asalammualaikum . cikgu . sy dgr , PPMR kali ni , susah . takde soalan objektif . semua subjektif ? kenapa pbs ditunda ?

    BalasPadam
  24. saya rasa pbs ni sangat menyusahkan,kena habiskan semua bab dalam masa 5 bulan. macam mana ni? habis tu kalau tak paham hm,susah....... ujian plak takda

    BalasPadam