About Me

Eksperimen Wajib Sains KSSM Tingkatan 4

Bagi Kurikulum Standard Sekolah Menengah KSSM, menyenaraikan dalam Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran bahawa terdapat  7 eksperimen wajib untuk dijalankan oleh pelajar Sains Tingkatan 4. 


Eksperimen Wajib Sains KSSM Tingkatan 4
Eksperimen Wajib Sains KSSM Tingkatan 4


Semua penyiasatan saintifik / eksperimen yang dinyatakan juga WAJIB dilaksanakan menggunakan pendekatan inkuiri. Senarai penyiasatan saintifik / eksperimen bagi setiap tema ditunjukkan dalam jadual di bawah.


Eksperimen 3.2.2 
Menjalankan eksperimen bagi menentukan kadar denyutan nadi manusia



Eksperimen 6.1.6 
Menjalankan eksperimen untuk membandingkan kekuatan tulang yang padat dan tulang yang berongga



Eksperimen 6.34 
Menjalankan eksperimen untuk mendapatkan pola pertumbuhan tumbuhan



Eksperimen 9.1.2 
Menjalankan eksperimen untuk membanding ciri-ciri aloi dan logam tulennya



Eksperimen 11.3.1
Menjalankan eksperimen untuk menentukan nilai pecutan graviti bumi, g



Eksperimen 11.3.3 
Menjalankan eksperimen untuk mengkaji keadaan jatuh bebas dan bukan jatuh bebas



Eksperimen 11.4.3 
Menjalankan eksperimen untuk mengkaji hubungan antara jisim dan inersia




Catat Ulasan

0 Ulasan