About Me

Apa Itu Flipped Classroom?

Pembelajaran abad 21 yang sentiasa berkembang menggalakkan lebih banyak strategi pembelajaran. Antara yang popular adalah Flipped Classroom. Dikesan mula aktif dipraktiskan seawal tahun 2007 oleh guru Kimia di Woodland Park High School, flipped classroom semakin mendapat tempat dalam kalangan pendidik dengan wujudnya Khan Academy. Jom kita dalami lagi apa yang dimaksudkan dengan flipped classroom.


Model pembelajaran abad 21 Flipped Classroom
Apa itu Flipped Classroom?


Apa Itu Flipped Classroom?
Flipped Classroom merupakan model pendekatan pengajaran yang mengalihkan masa kuliah di dalam kelas kepada kuliah melalui video di luar kelas. Maka waktu kelas digunakan sepenuhnya untuk aktiviti kolaborasi dan pengukuhan kepada pelajar secara individu. 

Erti kata mudahnya, pelajar diberi video untuk ditonton sebelum masuk kelas. Di dalam kelas, hanya berlangsung sesi pembelajaran dengan aktiviti. Mudah kan?

Dalam kontek Malaysia pula, boleh lah kita katakan bahawa, 


"Flipped Classroom merupakan salah satu strategi pembelajaran abad ke-21 (PAK21) yang efektif bagi membantu guru2 membina kemahiran 4K1V murid untuk menghadapi cabaran masa hadapan. Ia juga memberi lebih masa  kepada guru untuk membimbing murid-murid dalam aktiviti inkuiri dan penyelesaian masalah (inquiry-based & project-based learning) yang dapat mengukuhkan kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) murid serta membolehkan guru melaksanakan Pentaksiran Bilik Darjah (PBD) dengan lebih efektif."



Apa Itu Flipped Classroom?
Model Flipped Classroom

Tidak ada struktur khas yang tertentu bagaimana Flipped Classroom ini dijalankan. Tetapi selagi pembelajaran menggunakan strategi kuliah yang sudah direkodkan dan aktiviti seterusnya berlangsung dalam bilik darjah, itu dikira sebagai Flipped Classroom. Sumber

Dalam sesetengah keadaan, ianya juga melibatkan perbincangan secara online dan menjalankan kajian di rumah. Itu pun masih dikira sebagai Flipped Classroom.


Kelebihan Flipped Classroom
Antara kelebihan menggunakan Flipped Classroom sebagai pendekatan pembelajaran adalah : 

1. Menggalakkan murid untuk berinteraksi dan berkolaborasi sesama rakan
2. Menggalakkan penglibatan murid yang lebih aktif
3. Pembelajaran lebih berpusat, tidak hanya mengajar
4. Menggalakkan 'independent learning'
5. Meningkatkan keupayaan murid untuk bekerja secara individu


Berikut adalah contoh perbezaan sesi pembelajaran yang melibatkan kelas tradisional dan juga kelas yang sudah diflipped. 


Perbezaan kelas tradisional dan Flipped Classroom

Anda boleh lihat dengan jelas, dengan menggunakan model Flipped Classroom, masa dalam kelas lebih banyak diperuntukkan untuk melakukan aktiviti, perbincangan dan pengukuhan. Tugas 'lecture' telah diambil alih oleh pelajar dengan menonton video guru sebelum kelas bermula. Pembelajaran jadi lebih bermakna.



Pengalaman Flipped Classroom
Secara praktikalnya, mungkin sebahagian daripada kita sudah lama mengamalkan konsep pembelajaran sebegini. Iaitu dengan menyuruh pelajar menonton video dan kemudiannya melakukan sesi perbincangan di dalam kelas. Itu lah Flipped Classroom!


Saya kongsikan sedikit pengalaman saya melakukan Flipped Classroom bersama pelajar saya di SMK Jerlun.

Sehari sebelum
Bagi tugasan membina model Sistem Pernafasan Manusia, saya telah memberikan pelajar sekeping kertas tertulis link kepada video dan juga link kepada website bagi rujukan pelajar. 




Semasa di Rumah
Di rumah, pelajar menonton video dan melakukan bacaan dan sedikit kajian mengenai tugasan. Mereka juga menyediakan semua bahan dan peralatan yang diperlukan bagi aktiviti pada hari esok nya. Semuanya dilakukan oleh pelajar, secara individu atau berkumpulan. Tetapi, yang paling penting adalah proses pembelajaran yang berlangsung di rumah. 





Semasa Waktu P&P
Keesokan harinya sewaktu kelas Sains, mereka hanya perlu memasang semua peralatan. Perbincangan dan kolaborasi antara pelajar berlangsung semasa penyediaan model. Guru hanya tidak lagi perlu menceritakan semuanya dari A ke Z. Sebaliknya hanya menjadi pemudahcara sepanjang kelas berlangsung.


Pelajar melakukan aktiviti di dalam kelas berpandukan video yang ditonton semalam

Masa saya kini tidak dibazirkan lagi dengan sesi lecture yang menggunakan banyak masa. Pelajar sendiri telah mengambil alih sesi tersebut dengan menonton video pada hari sebelumnya. Masa dalam kelas hanya tertumpu kepada proses pembelajaran sebenar.



Pelajar membentangkan hasil kerja dengan dibantu oleh pembacaan artikel sehari sebelumnya

Akhir kelas, pelajar membentang hasil kerja mereka masing-masing. Projek yang mereka buat dalam kelas, tetapi dengan menggunakan bahan dan kajian yang mereka buat di rumah melalui tontonan video dan bacaan di Internet. Mudah kan? 


Kesimpulannya, pada saya dengan menggunakan pendekatan Flipped Classroom ini, tugas-tugas mengajar menjadi lebih mudah dan lebih bermakna. Part yang saya suka adalah melalui ini juga akan menggalakkan pelajar untuk menjadi lebih bertanggungjawab terhadap pembelajaran mereka. Tidak mengharap usaha guru semata-mata. Maka waktu p&p dalam kelas akan dapat dilangsungkan dengan lebih berkesan dan lebih bermakna.



Saya akui pasti akan ada beberapa kekangan untuk model ini. Liputan internet yang terhad, latar belakang murid, sikap murid dan beberapa faktor lain lagi. Tetapi, saya menyeru kita warga pendidik mencuba sebaik mungkin apa  yang terdaya jika berpeluang, memberi peluang kepada pelajar kita untuk merasa pengalaman pembelajaran yang berbeza. Belum cuba, belum tahu kan.. :)


Demikian lah perkongsian saya mengenai model pembelajaran Flipped Classroom. Artikel ini saya tulis berdasarkan pembacaan dan juga perkongsian pengalaman saya sendiri menjalankan Flipped Classroom kepada pelajar-pelajar saya. Anda ada kisah menarik untuk dikongsikan? Jom tulis komen di bawah untuk kita dapat manfaat bersama-sama.






Catat Ulasan

42 Ulasan

  1. Tahniah Tuan..

    BalasPadam
  2. Assalamualaikum. Tahniah perkongsian yang baik. Saya ada juga menyediakan video PdP Matematik dan pelajar boleh belajar berulang kali konsep tersebut. Semasa di dalam kelas pelajar ada peluang untuk bertanya konsep dan soalan yang mereka tidak faham. Saya juga menggunakan video PdP saya sekiranya saya bertugas di luar sekolah. Dengan ini sukatan pelajaran saya dapat diselesaikan seperti yang dirancang.

    BalasPadam
    Balasan
    1. wahhhh... bagusnya usaha cikgu. tq atas perkongsian

      Padam
    2. idea yg bagus utk pdp math stkt ni saya belum cuba video dlm pdp math..tahniah cikgu

      Padam
  3. Amalan terbaik dlm pdp sains yg serba kekangan waktu

    BalasPadam
    Balasan
    1. ya betul tu cg. Ada byk apps dlm apps store yg boleh create video yg menarik dan sgt mudah utk pelajar2

      Padam
  4. Terbaik.. tahniah.. boleh dicubani.. selalunya sediakan soalan n nota je dalam frog vle untuk diberikan kepada murid..

    BalasPadam
  5. Terima kasih cikgu. Sangat membantu. Moga Allah membalas jasa cikgu dengan setimpalnya. Inysa Allah =)

    BalasPadam
  6. Terima Kasih.. sangat bermakna

    BalasPadam
  7. Terima kasih cikgu.....sangat membantu.

    BalasPadam
  8. Sesuai utk sek rendah tahap satu x?

    BalasPadam
  9. Tq atas perkongsian.. ada cadangan utk dilaksanakan di peringkat prasekolah?

    BalasPadam
  10. Trmksh, sgt ptaktikal Dan efesien, baik untuk diamalkan oleh smua cikgu

    BalasPadam
  11. bagus cg hailmi.Di sekolah saya,kami menjalankan idea flipped classroom dgn iTunes U yg terdapat di dalam iPad. Cikgu create iTunes U course. Pelajar sekolah kami diberikan iPad dan pelajar dpt berkolaborasi tanpa batasan masa dan tempat. Perancangan sgt penting

    BalasPadam
  12. Tahniah dan terima kasih atas info yang sangat bermakna ke arah mempelbagaikan teknik PdP berkesan. Guru yang hebat ialah guru yang sentiasa menambah baik teknik PdP untuk menarik minat pelajar belajar dengan berkesan.

    BalasPadam
  13. Tq atas perkongsian.. ada cadangan utk dilaksanakan di peringkat prasekolah?

    BalasPadam
  14. Sibuk benar cg hailmi ni....skalo gak dia balas....

    BalasPadam
  15. Assalamualaikum buat semua pembaca & cikgu2. Ade tak guru yang berkesudian membantu dan berkongsi nota atau soalan atau video pembelajaran efektif pelajaran SPM terutama untuk subjek Matematik, Sains, Sejarah, Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu, Pendidikan Islam dan Pendidikan moral bagi membantu pelajar yang menjalani pemulihan di Klinik Cure & Care Karangan? Sekiranya ada boleh hubungi saya melalui email erwaniza_aadk@yahoo.com .Pelajar yang terlibat dengan penyalahgunaan dadah juga perlu mendapat pendidikan demi masa depan. Terima Kasih pada yang membantu..

    BalasPadam
  16. Memang konsep yang bagus utk flip classroom ini. Pelajar x akan rasa tertarik dengan konsep baru ini tanpa bosan seperti pengajaran tradisi.

    BalasPadam
  17. Sangat sesuai untuk dijadikan rujukan... Terima Kasih...

    BalasPadam
  18. Saya suka model ni. Tapi nak diaplikasikan kepada student dewasa agak sukar. Saya mengajar orang2 yang sedang bekerja, so tiada masa mereka nak bukak video dan cari bahan sebelum kelas. Mungkin akan dipraktikkan dengan sedikit pengubahsuaian nanti.

    BalasPadam
  19. Thank you so much admin, while giving us the opportunity to take their link on this forum

    BalasPadam
  20. Syabas cgu hailmi...1 perkongsian & penerangan yg jelas terang lg brsuluh tntg flipped clssrm ....cgu2 pasti bijak mggunakan idea ni ������

    BalasPadam
  21. Perkongsian yang baik, ringkas dan bermakna; diperkukuhkan dengan contoh. Terima kasih

    BalasPadam
  22. adakah bahan untuk flipped classroom cuma berfokuskan kepada video dan segala bahan online? bagaimana dengan bahan yang diberikan secara hardcopy/printed papers yang diberikan lebih awal kepada murid untuk ulangkaji di rumah sebelum sesi pembelajaran pada PdPc akan datang, adakah ini tidak termasuk dalam flipped classroom? kerana sistem pembelajaran sediri di rumah telah lama diterapkan di dalam sekolah2 MRSM.

    BalasPadam
    Balasan
    1. Penggunaan video lebih up to date. Merangkumi perkara pemantapan ict dlm pdpc

      Padam
  23. TERIMA KASIH CIKGU...TAHNIAH...AKAN SAYA GUNAKANNYA DGN CARA PRASEKOLAH. IN SHAA ALLAH.

    BalasPadam
  24. Saya akan cuba buat pertama kali minggu ini.

    BalasPadam
  25. Jika ada yang sudah mengaplikasikan cara ini utk pelajar tahap 1, tahun 1 dan tahun 2 terutamanya sudilah kiranya berkongsi pengalaman/ tip..terima kasih..

    BalasPadam
  26. sgt membantu utk FYP sya terima kasih cikgu

    BalasPadam

  27. I'm extremely impressed with your writing skills as well as with the layout on your blog.
    Is this a paid theme or did you customize it yourself?
    Anyway keep up the nice quality writing, it is rare to see a great blog like this one these days ..

    my web page; 오피사이트
    (jk)

    BalasPadam
  28. Thanks to my father who shared with me concerning this website, this web site is truly amazing.

    Here is my web site - 부산오피

    BalasPadam
  29. Terima kasih cikgu Hailmi atas perkongsian. Saya akan cuba kerana sekarang memang kekangan waktu mengajar . Terutama subjek RBT yang ada teori dan amali.

    BalasPadam
  30. Ideal and Lowest priced Jabodetabek Private Coaching, our workers as well as teachers arrive to your home, fixed your own analysis agenda and can select almost any industry with review ... go to https://privat-jabodetabek.netlify.app/les-privat-setiabudi.html for more information

    BalasPadam
  31. Executive-Education.id is an academic institution that gives tutoring services where tutors come to your property, to ensure students can study ... visit https://kursus-jerman.vercel.app/kursus-bahasa-jerman-gambir.html for more details

    BalasPadam
  32. Currently private lessons for PAUD, TK, SD, SMP, SMA, and Alumni. With an incorporated and accelerated method, it really is hoped that this should be able to foster a generation of those that have good morals... for detail https://ipa-exed.blogspot.com/2022/07/les-privat-ipa-di-cakung-terdekat-murah.html

    BalasPadam
  33. Are you ready to start on a transformative language learning experience? Have a gander at Executive-Education.id's language course. From cultural immersion to expert guidance, our program offers an alternative procedure for language acquisition. Explore the best thing about a fresh language, broaden your horizons, and achieve a competitive edge in today's interconnected world. Click https://kursus-arab.github.io/kursus-bahasa-arab-jakarta-barat.html for more.

    BalasPadam
  34. A flipped classroom is an instructional approach where traditional teaching methods are inverted. Students engage with instructional content, such as video lectures, at home, and class time is dedicated to interactive activities, discussions, and problem-solving facilitated by the teacher. This model aims to enhance student engagement and personalized learning experiences.
    tax and estate lawyer
    henrico traffic lawyer
    virginia uncontested divorce

    BalasPadam