About Me

Bila Nama Cikgu Hailmi, Kena Petik dalam Parlimen..

Kejutan hari nih bila tiba-tiba dapat mesej dari rakan, nama saya dan sabahat baik, Ustaz Mohd Asrulnizam di petik dalam Dewan Rakyat [28 November 2019], sesi petang oleh YB Jerai, Ustaz Mohd Sabri.

Lebih manis juga nama sekolah SMK Jerlun disebut, sambil YB mengutarakan soalan berkaitan usaha KPM dalam melahirkan lebih ramai guru Kreatif dan berinovatif dengan pendekatan #PAK21.





Tiadalah apa hasrat saya, melainkan ingin melihat kerja buat dan kecemerlangan guru-guru kita diangkat ke tahap yang sepatut dan selayaknya. Biar masyarakat, tak kisah orang politik atau tidak, melihat kesungguhan kita para guru dalam mendidik dan memastikan generasi akan datang kita jadi penuh beradab, lagi berilmu.

Sekadar catatan, YB Ustaz Mohd Sabri juga pernah mengikuti Bengkel #PAK21 saya anjuran Unit Pendidikan Islam JPN Kedah bersama Jurulatih Utama Pendidikan Islam, di SMK Agama Kedah semasa beliau masih bergelar guru pada tahun 2017.

Semoga Allah merahmati usaha beliau sebagai Munshi Jawi dalam memartabatkan tulisan jawi dan juga pendidikan secara amnya.

Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. Wah, kalau nama dah kena mention di parlimen, tak lama orangnya sendiri yang masuk parlimen , Hhaha, tahniah bang. Teruskan menginspirasikan kami, guru-guru novis ni dan semoga abang sentiasa sihat dan bahagia di samping keluarga tercinta, aamiin.

    BalasPadam
  2. Drift Boss is a simple drifting game with simple principles. To earn a good score, steer your automobile around hard curves and corners and go as far as possible.

    BalasPadam