About Me

Sejauh Mana Guru Menginspirasikan Saya?

Tak dapat nak dinafikan lagi bahawa guru sangat memainkan peranan penting dalam melahirkan murid yang berinspirasi. Banyak saja contoh-contoh daripada pemimpin hebat yang sebenarnya juga datang daripada gurunya yang hebat juga.

 
Siapa kah guru inspirasi anda?
Siapa kah guru inspirasi anda?


Dalam artikel sebelum ini saya pernah kongsikan  pengalaman saya dengan guru Bahasa Melayu saya semasa di sekolah rendah dahulu, iaitu Cikgu Zairi. Kisah saya menjadi "posmen karat" juga menjadi kenangan indah saya, yang saya akan ingat sampai bila-bila.


Untuk kali ini pula saya nak kongsikan kisah saya dengan beberapa orang guru yang banyak mempunyai cerita dan pengalaman yang banyak memberi kesan kepada saya. Antaranya Cikgu Siti Hatifah, Cikgu Yazid dan Ustad Mad.



Ustad Mad


Saya tak ingat pulak nama penuh Ustad Mad. Tapi beliau sangat dihormati sebagai seorang warden. Dia punya tahap garang, sampai dengar enjin motor dia pun semua pelajar asrama dah bergerak bingkas ke surau. Hahahahha.. especially masa kejut bangun Subuh. Legend sungguh!



Cikgu Yazid
Cikgu Yazid merupakan cikgu Kimia saya. Pada saya beliau, terlihat guru yang bijak, dan juga sangat aktif dengan benda-benda yang berkaitan dengan olahraga. Walaupun beliau seorang yang serius, tetapi lawak beliau cukup mengesankan dan penuh dengan jenaka.

"Saya ingatkan itik saja yang tidur berdiri, rupanya orang pun pandai tidur berdiri!"

Gurau beliau setiap kali kami tidur dalam kelas. Itu juga yang jadi bahan jenaka kami bila ada rakan yang tidur. 

Kerana subjek Kimia nih memang tak faham dan membosankan, (sebab tak boleh nak bayang), maka ada lah beberapa kali saya pernah ponteng kelas Kimia. Hahahaha.. nih benda jahat ok, adik-adik jangan tiru!

Tapi sepandai-pandai tupai melompat, jatuh juga ke tanah. Pengalaman ngeri gila bila kena cekup dengan Cikgu Yazid sebab ponteng kelas sebab beliau sendiri yang cekup saya. Huhuhu.. dia punya rasa menyesal dan bersalah tu memang sampai hari ini pun saya terasa.

Nak lagi best, mungkin sebab ponteng kelas Kimia dulu, rasa macam kena sumpahan pulak bila sekarang nih saya pulak kena jadi Cikgu Kimia. Hahahahahhaa... amekkau!



Cikgu Siti Hatifah
Cikgu Siti nih adalah cikgu Bahasa Melayu. Memang sangat hebat kalau dia ajar BM. Confirm dapat A. Seorang guru yang sangat rajin, penyayang dan juga tegas yang bertempat.


Selepas tamat sekolah, memang tak pernah bertemu beliau, sehingga lah kami terserempak  di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuching, masa nak balik ke kampung dari Sarawak lebih kurang tahun 2013 macam tu. Masa tu beliau dah jadi Nazir di Perlis.


Kenangan dengan Cikgu Siti Hatifah, guru Bahasa Melayu saya
Kenangan dengan Cikgu Siti Hatifah, guru Bahasa Melayu saya

Dan tak sangka, lagi sekali kami bertemu semasa menghadiri Bengkel Sindikasi Jawatankuasa Dasar Pendidikan Negara yang dikendalikan oleh Prof Datuk Dr Ibrahim Bajunid. Saya berada di meja guru anugerah antarabangsa dan Cikgu Siti di meja pegawai JPN. 

Rasa bangga sangat bila Cikgu Siti bersemangat nak memperkenalkan saya sebagai anak murid beliau dengan rakan-rakan beliau semasa mesyuarat tersebut. 


Demikianlah kisah ringkas bagaimana 3 orang guru telah menginspirasikan saya untuk menjadi seadanya saya pada hari ini. Bukan 3 orang ini sahaja, tetapi semua guru-guru saya telah berjaya mencorakkan saya dengan sebaiknya. Jasa dan pengorbanan guru-guru tak ternilai dengan wang ringgit dan harta. 



Special shoutout juga buat semua guru dan pendidik saya di:
SK Dato Ahmad Musa, Perlis
SMK Agama Arau, Perlis 
Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang
IPG Kampus Persekutuan Pulau Pinang




Yang hanya saya mampu ucapkan hanyalah, ucapan jutaan terima kasih buat guru-guru yang telah berjaya mendidik saya dengan sempurna. 


pengumuman Penganugerahan Guru Inspirasi akan diadakan pada 13 Mei 201
Pengumuman Penganugerahan Guru Inspirasi akan diadakan pada 13 Mei 201

Bagi yang menyertai Anugerah Guru Inspirasi McDonalds 2019, boleh lah mula mengikuti perkembangan guru-guru yang dinobatkan sebagai guru inspirasi pada tahun ini. Dijangkakan pengumuman Penganugerahan Guru Inspirasi akan diadakan pada 13 Mei 2019,  3 hari sebelum Hari Guru disambut. 


Semoga kita sama-sama terus menginspirasikan!



Catat Ulasan

0 Ulasan