.

.

Sabtu, 8 Disember 2018

Apa Perbezaan Bulu dan Rambut?

Soalan yang selalu ditanya, apakah beza antara bulu dan rambut? Walaupun kelihatan hampir sama, tetapi ada juga perbezaan antara bulu dan rambut. Untuk menyelesaikan isu ini, saya membuat rujukan pada halaman web Pusat Rujukan Persuratan Melayu, yang diuruskan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka. 


Apa Perbezaan Bulu dan Rambut?
Apa Perbezaan Bulu dan Rambut?



Definisi Bulu 

1. rambut halus pada tubuh manusia dan binatang
2. rambut yang berkarang-karang (melekat-lekat ) pada burung dan lain-lain
3. miang pada tumbuhan-tumbuhan (daun dan lain-lain)


Definisi Rambut

1. Bulu yang tumbuh di kepala
2. Sesuatu yang seperti rambut



Untuk istilah Bahasa Inggeris pula lebih jelas bagi beza antara bulu dan rambut.
Hair - rambut dan bulu badan (manusia)
Fur - bulu binatang
Feather - bulu pelepah (ayam, itik etc)



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan