.

.

Jumaat, 12 Oktober 2018

Perkongsian PAK21 bersama Guru Dibimbing SiSC+ Kulai

Perjalanan ke Johor ini juga datang pakej dengan perkongsian di beberapa tempat. Salah satunya adalah perkongsian amalan Pembelajaran Abad ke21 bersama guru dibimbing SISC+ Kulai, Johor.


Perkongsian PAK21 bersama Guru Dibimbing SiSC+ Kulai
Perkongsian PAK21 bersama Guru Dibimbing SiSC+ Kulai

Ceritanya masa nak ke PLGDP Tenggara, saya bertanyakan dulu dengan seorang sahabat di Johor, Encik Heryan Syah yang merupakan pegawai SISC+ Kulai. Beliau juga merupakan admin kepada jenama mudahmengajar.com yang juga banyak berkongsi kan ilmu pendidikan.

Dalam mencari masa yang sesuai, diberi kan saya peluang untuk bertemu dengan guru dibimbing mereka, seramai kurang lebih 40 orang.


Perkongsian PAK21 bersama Guru Dibimbing SiSC+ Kulai

Perkongsian PAK21 bersama Guru Dibimbing SiSC+ Kulai

Perkongsian PAK21 bersama Guru Dibimbing SiSC+ Kulai


Untungnya di Johor ini, menurut pemerhatian saya, sangat ramai guru-guru muda yang masih punya banyak tenaga, masa dan idea segar. Perkara ini jika dimanipulasikan dengan baik, InhsaAllah dapat memberikan hasil yang optimum pada pendidikan.

Walaupun ada kekangan masa dek nak mengejar flight balik, tapi alhamdulillah kesempatan digunakan dengan baik sekali. Semoga juga perkongsian dapat dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh para peserta.



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan