.

.

Jumaat, 5 Oktober 2018

Perkongsian Online Amalan Terbaik STEM dengan MOE Indonesia

Selesai perkongsian untuk seminar online pertama dengan SEAMEO - SEAMOLEC yang berpusat di Indonesia, saya dilamar lagi untuk perkongsian online kedua bersama MOE Indonesia bersama guru-guru SMK mereka. SMK di Indonesia bermaksud Sekolah Menengah Kejuruan, iaitu bersamaan dengan Sekolah Vokasional dan Teknikal kalau di Malaysia. 

 

Perkongsian Online Amalan Terbaik STEM dengan MOE Indonesia
Perkongsian Online Amalan Terbaik STEM dengan MOE Indonesia


Sekali lagi calon-calon bagi Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018 yang mewakili negara Malaysia, Indonesia dan Thailand diberi peluang untuk perkongsian online ini. Saya kira ini  juga adalah satu pengiktirafan kepada usaha-usaha memartabatkan STEM yang kita jalankan bersama dalam pendidikan di negara kita. 

Menariknya kali ini, perkongsian disertai lebih daripada 100 peserta dengan kebanyakannya adalah wakil daripada SMK-SMK di seluruh Indonesia. Perkongsian online sebegini dimanfaatkan dengan sangat baik oleh pihak guru di sana. 


Guru-guru Indonesia yang menyertai perkongsian online
Guru-guru Indonesia yang menyertai perkongsian online

Yalah, bayangkan nak adakan kursus dan latihan di negara yang luas dan besar sebegitu, tentu saja kos yang perlu dikeluarkan adalah sangat tinggi. Maka penggunaan seminar online sebegini memang sangat membantu bagi guru yang menginginkan pembangunan profesional yang berterusan. 

Mungkin tiba masanya kita juga perlu bergerak ke arah yang sama. 


Pembentang Pertama
Mr Reza Setiawan
QITEP in Science Bandung, Indonesia


Bagi perkongsian pertama, Mr Redza memperkenalkan SEAMEO dan agensi-agensi di bawahnya bagi memberi pengetahuan kepada guru-guru SMK Indonesia. Kemudian diperkenalkan juga Anugerah Ki Hajar Dewantara supaya dapat menarik lebih ramai perhatian guru-guru Indonesia untuk menyertainya pada tahun akan datang. 

 
Mr Reza Setiawan, QITEP in Science Bandung, Indonesia
Mr Reza Setiawan, QITEP in Science Bandung, Indonesia


Perkongsian seterusnya adalah mengenai STEM dan juga pendekatan yang digunakan. Alhamdulillah, dapat juga banyak pengetahuan baharu yang boleh digunakan untuk menambahbaik pembudayaan STEM dalam bilik darjah saya. 

Tapi secara jujur dan telusnya, perkembangan dan pembudayaan STEM di Malaysia saya kira sudah jauh melebihi pembudayaan di sana. Akan tetapi, yang saya lihat adalah bagaimana kesungguhan dan keghairahan guru-guru Indonesia dalam menghasilkan bahan secara bercetak dan online berbanding guru-guru di Malaysia. 

Perkara yang patut kita beri perhatian serius. Jangan sampai di blog dan youtube, kandungan berbahasa Melayu hanya dipenuhi dengan bahan daripada Indonesia sahaja.



Pembentang Kedua
Mr Norhailmi Abdul Mutalib
SMK Jerlun, Kedah Malaysia

Perkongsian saya adalah lebih bertumpukan kepada bagaimana pendekatan STEM di Malaysia diaplikasikan dalam bilik darjah saya. Maka, saya tunjukkan contoh-contoh pelaksanaan pendekatan Inkuiri, Problem solving dan Pembelajaran Berasaskan Projek yang saya jalankan dalam kelas bersama anak murid saya.

 
Cikgu Hailmi, SMK Jerlun, Kedah Malaysia
Cikgu Hailmi, SMK Jerlun, Kedah Malaysia


Tak dapat saya nak tunjukkan kesemuanya kerana masa diberi hanya 20 minit pada setiap pembentang, maka saya pilih beberapa aktiviti yang dirasakan menarik dan memberi impak tinggi kepada murid. Boleh tengok beberapa preview slaid slaid saya seperti di bawah.


Perkongsian Online Amalan Terbaik STEM Cikgu Hailmi  dengan MOE Indonesia

Perkongsian Online Amalan Terbaik STEM Cikgu Hailmi  dengan MOE Indonesia

Perkongsian Online Amalan Terbaik STEM Cikgu Hailmi  dengan MOE Indonesia

Perkongsian Online Amalan Terbaik STEM Cikgu Hailmi  dengan MOE Indonesia

Perkongsian Online Amalan Terbaik STEM Cikgu Hailmi  dengan MOE Indonesia
Kerana tujuan pelaksanaan seminar online ini oleh Kementerian Pendidikan Indonesia adalah bagi tujuan memberi pendedahan pembudayaan STEM kepada guru-guru SMK Indonesia (sekolah vokasional) maka penganjur memohon saya menyampaikan perkongsian dalam Bahasa Melayu supaya lebih sampai maklumatnya kepada guru-guru Indonesia.

Pening juga kepala sebab nak pilih perkataan yang sesuai dan boleh difahami oleh guru-guru Indonesia. Semoga takdek keluar perkataan yang pelik-pelik. Hahahahhaa.. 


Perkongsian Online Amalan Terbaik STEM Cikgu Hailmi  dengan MOE Indonesia
Nah gambar behind the scene. Hahahahha..

Saya kongsikan juga impak yang saya dapat daripada pelaksanaan ini kepada anak murid saya bagi mengukuhkan bahawa pendekatan STEM yang digunakan adalah memang signifikan dan memberi nilai tambah kepada mereka.



Pembentang Ketiga
Dr Somsak Techakosit
School of Laboratory, Bangkok, Thailand

Bagi pembentangan ini, Dr Somsak berkongsi bagaimana beliau menggunakan media sosial dan juga Augmented Reality (AR) bersama pelajar beliau di dalam kelas. Ini juga adalah bahan yang sama dibentang beliau semasa Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018 di Bali, Indonesia. 


Dr Somsak Techakosit, Thailand
Dr Somsak Techakosit, Thailand

Dr Somsak juga berkongsikan beberapa cabaran dan halangan yang beliau terpaksa hadapi dalam melaksanakan amalan terbaik ini. Tapi yang pentingnya, bukan masalah yang kita fikirkan, tetapi adalah penyelesaian kepada apa yang boleh ditambahbaik.


Kerana kesuntukan masa juga disebabkan hari Jumaat, dan masa solat Jumaat di Indonesia lebih awal daripada tempat yang lain, maka seminar online ini ditamatkan tepat jam 12.30 tengah hari. 

Maka tiada sesi soal jawab daripada guru-guru Indonesia, padahal saya dah pun ready dengan apa yang mungkin ditanya mereka. Tapi takpa lah. Dah dapat share ilmu pun dah rasa sangat gembira dan bertuah. 


Slaid penutup daripada perkongsian STEM Cikgu Hailmi
Slaid penutup daripada perkongsian STEM saya

Kesimpulannya daripada pengalaman saya ini, rasanya negara kita juga sudah perlu bergerak ke arah yang sama, iaitu menggunakan teknologi bagi memudahkan urusan melatih dan mempertingkatkan profesionalisme guru-guru. Ternyata ianya jauh lebih mudah, murah dan sangat fleksibel. 

InshaAllah jika diberi kekuatan dan peluang, saya akan cuba jalankan seminar online sebegini bagi memberi peluang kepada rakan guru yang di kejauhan untuk menimba ilmu dengan saya. 

Hajat saya, perkongsian seperti amalan terbaik STEM dalam bilik darjah, serta bagaimana saya memanfaatkan Model Pembelajaran 5E dalam menjalankan pendekatan inkuiri dengan menggabungkan PAK21, KBAT dan STEM dalam satu proses pembelajaran, inshaAllah boleh dikongsikan dengan lebih ramai rakan guru STEM di seluruh Malaysia.




0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan