.

.

Selasa, 6 Mac 2018

Pembelajaran Berasaskan Projek : Kajian Obesiti di Sekolah

Pembelajaran berasaskan projek ataupun PBL merupakan satu pendekatan pembelajaran yang sangat menyeronokkan. Sekalipun mempunyai beberapa kekangan dan masalah untuk dilaksanakan dengan kerap, tetapi jika dapat dilaksanakan, memang akan memberi lebih impak kepada murid.

Pembelajaran Berasaskan Projek : Kajian Obesiti di Sekolah
Pembelajaran Berasaskan Projek : Kajian Obesiti di Sekolah

Saya kongsikan langkah demi langkah bagaimana saya jalankan PBL Kajian Obesiti di Sekolah dengan pelajar Tingkatan 2 saya, sebagai satu keperluan dalam mengikuti matapelajaran Sains bagi kurikulum KSSM.


1. Bahagi kepada kumpulan
Murid dibahagikan kepada kumpulan yang terdiri daripada 5/6 orang pelajar. Lebih kecil kumpulan, sebenarnya jauh lebih bagus.


Murid bekerjasama dalam kumpulan untuk mencari maklumat
 
2. Maklumat sekolah
Murid diminta untuk mencari maklumat sekolah sebagai pendahuluan. Murid dapatkan bilangan murid dan guru, serta sedikit maklumat ringkas sekolah.


3. Maklumat murid
Murid mendapatkan maklumat mengenai ketinggian dan juga berat rakan mereka. Saya tak maklumkan mengenai pelajar obes atau tidak, sebaliknya meminta mereka mencari maklumat daripada pelbagai rakan mereka. Sampel yang dicadangkan adalah seramai 20 orang murid. Borang survey disediakan bagi membantu memudahkan urusan mereka mencatat.


Borang survey disediakan kepada pelajar
Borang survey disediakan kepada pelajar


4. Cari nilai BMI
Setelah murid mendapatkan ketinggian dan berat rakan mereka, saya bimbing mereka untuk mencari nilai BMI dengan menggunakan formula. Bagi murid aras depan, saya biarkan mereka cari nilai BMI menggunakan kalkulator. Manakala bagi pelajar kelas belakang, saya biarkan mereka menggunakan aplikasi mengira nilai kalori di telefon.


5. Kenalpasti murid obes
Selepas mendapat nilai BMI setiap murid, mereka diminta untuk mengenalpasti murid yang obes, iaitu yang melebihi nilai BMI 30 dan ke atas. Murid diminta untuk highlight bagi dapat melihat dengan lebih jelas pelajar yang terlibat.


6. Temuramah murid obes
Tugasan seterusnya murid diminta untuk menemuramah murid obes. Antara perkara yang ditanyakan adalah tabiat pemakanan, kekerapan makan sehari, jenis makanan, makanan snek / rapu, dan juga gaya hidup mereka.


Temuramah bagi mendapatkan tabiat pemakanan dan juga gaya hidup



7. Cadangkan cara mencegah obesiti
Murid dalam kumpulan membincangkan sebanyak mungkin cara bagi mencegah obesiti dalam kalangan murid di sekolah. Mereka boleh nyatakan dalam bentuk poin, atau pun dalam bentuk peta i think yang sesuai.


8. Dokumentasikan
Segala bahan didokumentasikan dengan lebih teratur dan sistematik dalam bentuk buku skrap. Segala maklumat yang berkaitan dengan topik juga disertakan sebagai bahan sokongan.  


Hasil dapatan dipersembahkan dalam bentuk buku skrap
Hasil dapatan dipersembahkan dalam bentuk buku skrap


9. Pembentangan
Akhir sekali, murid perlu membentangkan hasil dapatan mereka dan menghubungkaitkan tabiat pemakanan murid dengan tahap kesihatan mereka. 




Bagi yang masih kurang jelas bagaimana pelaksanaan PBL ini, anda juga boleh tonton di Youtube 





Semoga perkongsian ini membantu guru dan murid menjalankan pembelajaran berasaskan projek di sekolah. Selamat berPBL!

7 ulasan:

  1. Saya suka tengok budak sekolah rendah dah di terapkan pasal obesiti ni. Bahaya zaman sekarang ni, makanan dah tak sihat dan kurang bersenam...termasuk saya :'(

    BalasPadam
  2. Bagus ni , cegah sebelom terlambat , masa sekolah ni laa bagi kesedaran kat budak2 nanti dah besar susah , ada yang tak kisah , dah terlambat baru nak menyesal.

    BalasPadam
  3. Projek macam ni boleh tingkatkan daya pemikiran pelajar & dapat bagi manfaat jangka masa panjang. Saya harap akan lebih banyak Project Based Learning untuk cungkil bakat & pemikiran kritis pelajar zaman sekarang.

    BalasPadam
  4. saya guna cara cikgu ye untuk buat projek pelajar saya.

    BalasPadam
  5. Berapa minit projek ini dapat disiapkan? adakah dalam 1 masa pdpc?

    BalasPadam
  6. Bagus sangat buat aktiviti pembelajaran macam ni. Murid2 blh dpt banyak input atas usaha mereka sendiri

    BalasPadam