.

.

Selasa, 2 Oktober 2018

Pengalaman Kali Pertama Bentang Seminar Antarabangsa Secara Online

Selepas balik daripada Anugerah Ki Hajar Dewantara 2018 di Bali Indonesia, kenalan guru daripada Indonesia yang juga merupakan Pemenang Ketiga bagi tahun ini, Dini Anggraeni telah menghubungi saya bagi sesi perkongsian dalam seminar secara online. Sesi perkongsian peringkat antarabangsa ini dihoskan oleh SEAMOLEC, sebuah agensi di bawah SEAMEO. 


Pengalaman Kali Pertama Bentang Seminar Secara Online
Online Seminar Selasaan

Yang menariknya perkongsian ini adalah ianya melibatkan pembentangan secara online menerusi Webex.com dan akan melibatkan guru-guru daripada Asia Tenggara. Suatu pengalaman baharu buat saya. 

Selain daripada saya, Dini Anggareani dan juga wakil dari Thailand, Dr Somsak Techakosit bersama-sama akan membentangkan perkongsian masing-masing. Tajuk perkongsian juga bebas dan bergantung kepada kepakaran masing-masing. Maka tajuk yang saya pilih adalah bagaimana saya gunakan media sosial untuk berkongsi amalan terbaik saya dalam bilik darjah. 

Pengalaman Kali Pertama Bentang Seminar Secara Online
Diperkenalkan kepada peserta Seminar Secara Online

Pada masa yang ditetapkan, maka saya pun bersedialah depan laptop. Kelakar, tapi teruja sebab kali pertama nak bentang secara online macam nih. Apatah lagi nak kendalikan butang dan function pada browser khas tu pun kena main teka-teka. But alhamdulillah semuanya berlangsung dengan baik. 


Pengalaman Kali Pertama Bentang Seminar Secara Online
Antara peserta Seminar Secara Online

Hampir 30 orang guru yang menyertai seminar online ini. Majoritinya adalah guru daripada Indonesia. Memang sangat menarik dan memudahkan. Cuma sesekali diganggu dengan talian internet yang tidak bagus menyebabkan kualiti video dan suara yang dihantar juga terganggu. Dengan teknologi yang sebegini, membantu memudahkan perkongsian dalam kalangan guru, terutamanya yang berada berjauhan.

Seminar online dua jam tersebut tamat jam 10 malam. Sekalipun agak lama, tetapi saya berasa gembira dengan pengalaman baharu yang saya perolehi ini. InshaAllah akan membantu saya untuk pembentangan kali kedua yang akan diusahakan oleh Kementerian Pendidikan Indonesia pula selepas ini.








1 ulasan: