.

.

Sabtu, 4 Ogos 2018

Jom Hebat bersama Cikgu Noorjahan Sultan dan Cikgu Hailmi!

Kesempatan perkongsian di Kuantan bersama pensyarah Kolej Komuniti Paya Besar, digunakan dengan sebaiknya. Dalam masa yang kebetulan, pelawaan menyertai Program Jom Hebat Bersama Cikgu Noorjahan Sultan diusahakan oleh pihak OUM Kuantan. Memang kebetulan sangat. Apatah lagi ini adalah kali pertama saya digandingkan dengan idola pendidikan Malaysia, Cikgu Noorjahan Sultan. Excited tau dak!


Jom Hebat bersama Cikgu Noorjahan Sultan dan Cikgu Hailmi!
Jom Hebat bersama Cikgu Noorjahan Sultan dan Cikgu Hailmi!

Konsepnya mudah saja. Sesi sembang-sembang santai, menceritakan pengalaman masing-masing, onak duri suka duka dalam bidang pendidikan sebagai guru berprestasi tinggi. OUM Kuantan merasakan ramai guru sebenarnya yang mungkin berhajat nak tahu perjalanan suka duka kami berdua sebagai pendidik, yang mewakili generasi masing-masing, sehingga ke pentas dunia. 

Saya lah yang paling excited. Selalu berhubung dengan Cikgu Noorjahan Sultan atau lebih mesra membahasakan dirinya sebagai Kak Anne, tapi tak pernah pun ada peluang nak duduk sekali dan berbual panjang. Kali pertama dan terakhir kami jumpa adalah semasa program bersama PPD Kuantan di Yayasan Pahang pada awal tahun 2017. Maka peluang untuk berada pada pentas yang sama ini memang lah tak akan dipersiakan. 


Jom Hebat bersama Cikgu Noorjahan Sultan dan Cikgu Hailmi!
Idola pendidikan Malaysia, Cikgu Noorjahan Sultan

Sesi pertama dimulakan oleh Cikgu Noorjahan. Tak sangka pulak, kelakar beliau ini sebenarnya. Penyampaian yang sangat santai, sepanjang 1 jam tersebut dengan dipenuhi input dan maklumat, serta perkongsian pengalaman yang sangat menginspirasikan. Yang paling penting, penuh dengan gelak ketawa. 

Hebat perjalanan hidup beliau sebagai seorang pendidik. Kesungguhan (determination), fokus yang jelas dan juga kreativiti telah membawa beliau pergi jauh dalam bidang pendidikan sehingga memenangi beberapa anugerah tinggi pada peringkat antarabangsa. Selain daripada merupakan Ikon Guru Malaysia tahun 2016, beliau juga merupakan salah seorang finalis Top 50 Global Teacher Prize 2016 dan juga Pemenang Anugerah Pearson bagi Zon Oceania & Asia Pasific. Dahsyat kan?


Jom Hebat bersama Cikgu Noorjahan Sultan dan Cikgu Hailmi!

Jom Hebat bersama Cikgu Noorjahan Sultan dan Cikgu Hailmi!

Jom Hebat bersama Cikgu Noorjahan Sultan dan Cikgu Hailmi!
Cikgu Samuel, guru BI hebat di sekolah asli

Jom Hebat bersama Cikgu Noorjahan Sultan dan Cikgu Hailmi!


Sesi kedua pula disambung oleh saya. Untuk kali ini, saya kongsikan bagaimana pengalaman 8 tahun di sekolah pedalaman Sarawak telah berjaya memberikan kenangan indah dan berguna untuk saya menjalankan tugas dan amanah sebagai guru. 

Kemudian saya kongsikan juga bagaimana pengalaman menyertai program-program guru antarabangsa di Korea, Indonesia berjaya membuka minda saya ke arah mentransformasikan pengajaran saya. Semua nya bermula dengan pelaksanaan dalam bilik darjah, sebelum impaknya dikongsikan dengan lebih ramai audiens di peringkat lebih tinggi. 


Jom Hebat bersama Cikgu Noorjahan Sultan dan Cikgu Hailmi!
Sesi abam pula berbicara

Banyak momen-momen suka duka yang tak diketahui serta tak pernah diceritakan kepada umum, tetapi kami kongsikan juga di sini. Bukan bermaksud untuk menyembunyikan, tetapi kami percaya ada lebih banyak lagi perkara positif yang boleh dikongsikan dengan para guru lain sebagai inspirasi. 


Jom Hebat bersama Cikgu Noorjahan Sultan dan Cikgu Hailmi!
Biasanya orang nampak bila dah berjaya. Saat belum berjaya tu lagi banyak ceritanya

Yang paling penting, adalah memberi input kepada para peserta yang hadir, dan juga guru-guru lain, bahawa tidak ada kejayaan yang datang bergolek, tanpa sebarang usaha dan pengorbanan. We are also not perfect and not the greatest!  Nak sampai ke tahap ini, banyak sepak terajang dan suka duka terpaksa dilalui. Yang itu kita kena hadam elok.


Jom Hebat bersama Cikgu Noorjahan Sultan dan Cikgu Hailmi!
Sempat lagi berbual bersama dengan orang-orang hebat semasa makan malam

Penting untuk dipelajari adalah bagaimana cabaran dan ujian yang datang, telah berjaya memberi idea/ peluang yang boleh dimanipulasi dengan baik untuk membawa kami berdua ke satu tahap yang berbeza berbanding dulu. 

Sebagai penutup, marilah sama-sama kita cari jawapan kepada, "Guru yang macammana aku nak jadi akhirnya?"








0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan