About Me

Perkongsian Amalan PAK21 bersama guru SMK Padang Tembak

Pada 28 Julai yang lalu, saya berkesempatan membuat perkongsian amalan terbaik Pembelajaran Abad ke-21 bersama guru SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur. Ceritanya, berkebetulan saya ada majlis kenduri keluarga di Kuala Lumpur, maka perkongsian ini dirancang dengan tanpa sengaja.


Perkongsian Amalan PAK21 bersama guru SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur
Perkongsian Amalan PAK21 bersama guru SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur

Ini juga sebenarnya kali kedua perkongsian di Kuala Lumpur. Sebelum ini di SMK Convent Jalan Peel yang juga merupakan sekolah transformasi. 

Seperti biasa, saya mulakan dengan perkongsian amalan Pembelajaran Abad ke-21 di Bilik Mesyuarat. Saya kongsikan bagaimana pengalaman di Korea yang sangat membantu mencorakkan pengajaran saya kini, selain daripada apa yang saya dah buat dalam bilik darjah dan impaknya kepada anak murid saya di SMK Jerlun. 

Pada pandangan saya, ramainya guru Malaysia yang taknak buat PAK21 bukanlah kerana mereka menolak amalan baik PAK21 ini. Ramai yang sebenarnya yakin bahawa PAK21 boleh memberikan input atau kemahiran tambahan kepada murid, terutamanya Kemahiran 4K1N.

 
Amalan Pembelajaran Abad ke-21 memupuk kemahiran komunikasi murid
Amalan Pembelajaran Abad ke-21 memupuk kemahiran komunikasi murid


Amalan Pembelajaran Abad ke-21 memupuk kemahiran berkolaboratif murid
Amalan Pembelajaran Abad ke-21 memupuk kemahiran berkolaboratif murid


Akan tetapi antara yang menjadi halangan mereka adalah:
1. Maklumat PAK21 yang disampaikan dengan salah / kurang tepat menyebabkan amalan PAK21 tidak dapat diamalkan dengan baik oleh guru. Salahfaham maklumat ini menyebabkan guru rasa terbeban dengan apa yang 'dihajatkan' dalam PAK21 (versi salah faham).


Selesai perkongsian di bilik mesyuarat, kami bergerak ke  dewan terbuka bagi sesi bengkel. Dengan ruang yang lebih luas, maka lebih mudah untuk guru berkerjasama dalam kumpulan untuk merancang PdPc. Bagi sesi ini, guru dikehendaki merancang Pdpc yang berpusatkan murid, dengan memasukkan amalan 4K1N dengan dibantu tools PAK21 yang sesuai. 

Pastinya juga elemen Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) juga perlu ada dalam setiap PdPc yang dirancang. Maka sudah tentulah penggunaan Model Pembelajaran 5E adalah sangat disyorkan kepada rakan guru-guru, walaupun bagi subjek bukan Sains. 


Perkongsian Amalan PAK21 bersama guru SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur
Perkongsian Amalan PAK21 bersama guru SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur

Sesi berakhir dengan sangat baik pada pandangan saya. Saya gembira perkongsian dengan guru-guru SMK Padang Tembak, Kuala Lumpur ini memberikan maklumbalas yang sangat baik kepada kedua belah pihak. Semoga perkongsian ini memberi inspirasi kepada rakan guru untuk mengamalkan PAK21 dalam kelas.




Catat Ulasan

0 Ulasan