.

.

Isnin, 11 Jun 2018

Poskad Dari New York : Thanks Jarod!

Ingat lagi tak kisah sahabat saya, guru Bahasa Inggeris yang super daebak di pedalaman Sarawak dulu? Cikgu Jarod Yong. Usaha gigih beliau di sekolah pedalaman, yang sentiasa tak lekang dengan masalah air, cukup membuatkan saya terfikir, kan bagus kalau semua cikgu-cikgu pun segigih ini.


Poskad Dari New York : Thanks Jarod!
Poskad Dari New York : Thanks Jarod!


Merakyatkan Bahasa Inggeris
Yang paling saya suka, sebab beliau berjaya merakyatkan Bahasa Inggeris kepada murid di sana. Bukan senang, apatah lagi murid-murid kat pedalaman nih bukannya selalu terdedah dengan Bahasa Inggeris. Sekaligus segala usaha beliau untuk memartabatkan Bahasa Inggeris di sana, memang saya salute.

 
Tahun 2014 yang dulu masa sama-sama masih di Sibu, Sarawak


Sesuai dengan usaha beliau, maka rezeki Tuhan untuk beliau pun sangat lah terbaik. Beliau ditaja Fullbright untuk sambung belajar di Amerika Syarikat. Hebat kan? Sebab tu lah menyepi sket blog beliau, https://www.jarodyong.com/ yang dulu juga turut menjadi rujukan kepada saya. 


Di sana pun, beliau masih aktif cuba membantu murid kat Malaysia. Satu special project beliau yang saya sangat suka iaitu, "From NYC with Love", yang mana beliau hantar poskad dari New York bertulis kata-kata semangat dan inspirasi kepada murid-murid dan sekolah terpilih di Malaysia. Of course lah dalam Bahasa Inggeris kan?


Poskad Dari New York : Thanks Jarod!

Saya difahamkan juga bahawa sebanyak 163 poskad telah dihantar ke seluruh Malaysia. Dan satu daripadanya dah sampai ke SMK Jerlun, sekolah saya di Kedah nih. Best kan? Walaupun nampak macam kecik saja, tapi impak dia sangat bagus kepada nak memotivasikan anak murid saya di sini, supaya belajar Bahasa Inggeris bagus-bagus, nanti boleh pegi belajar sampai oversea! 


Ok buat Cikgu Jarod Yong yang akan balik kembali bertugas di Malaysia bermula Ogos ini, saya ucapkan selamat maju jaya bro! We need more teachers like you. Kita sama-sama tranformkan pendidikan Malaysia ok. It's not about what we can get, but what we can give. Keep inspiring others!




2 ulasan:

  1. Terima kasih, Cikgu Hailmi! Saranghe!
    Tak sabar-sabar nak balik & bekerjasama lagi dengan cikgu! =)

    BalasPadam