.

.

KARTiKEL

Ahad, 2 Mac 2014

Guru Hebat Dari Pedalaman Sarawak

Bermula awal pembabitan saya dalam dunia blogging, saya telah diperkenalkan oleh rakan-rakan dengan sebuah blog oleh seorang cikgu Bahasa Inggeris. Guru tersebut, iaitu Cikgu Jikkam Yong merupakan guru yang sangat berdedikasi dan sangat rajin. Lebih menarik lagi adalah beliau mengajar di sebuah sekolah di pedalaman Sarawak, iaitu SMK Katibas, Song.

Cikgu Jikkam Yong, sekolah pedalaman Sarawak

Bagi yang mengetahui di mana terletaknya Pekan Kecil Song, anda mesti dah terbayangkan perjalanan merentasi Sungai Rejang dengan menggunakan bot ekspres. Namun, SMK Katibas ini terletak lebih jauh lagi ke pedalaman. Maka untuk ke sana, khidmat perahu panjang diperlukan. Bukan semua orang boleh bertahan dengan keadaan yang sebegitu.

Cikgu Jikkam Yong selalu mengkongsikan cerita-cerita dan pengalaman beliau mengajar di sana di dalam blognya. Memang menarik. Banyak tips dikongsikan. Banyak juga perkongsian aktiviti yang beliau adakan di sana. Kisah beliau yang sanggup memberi ganjaran "Percutian" kepada anak-anak muridnya yang cemerlang, adalah sangat mengujakan!

Cikgu Jikkam Yong bersama anak muridnya

Setelah berjaya berkenalan melalui internet sejak sekian lama, akhirnya ada juga peluang untuk saya bertemu dengan beliau pada hujung minggu ini. Beliau berada di Sibu bagi "percutian" bersama anak-anak muridnya yang telah mendapat A untuk subjek Bahasa Inggeris dalam PMR 2013. Maka saya ambil kesempatan untuk bertemu dengan beliau sementara saya pun ada kelapangan.

Cikgu Hailmi dan Cikgu Jikkam Yong

Perlu saya jelaskan, hanya guru yang mengajar di pedalaman sahaja memahami betapa berharga nya nilai bagi satu gred A. Sekalipun hanya seorang pelajar sahaja yang mendapat A untuk subjek yang kita ajar, kadang-kadang itu sudah sangat berbaloi. Banyak kekangan dan permasalahan yang tidak seperti di sekolah lain. Jadi dalam situasi Cikgu Jikkam Yong, saya amat memahami memandangkan saya juga mengajar di sekolah yang lebih kurang sama.

Pertemuan cikgu pedalaman dan cikgu luar bandar Sarawak

Pertemuan kami berlangsung di sebuah kedai makan di Sibu. Jemputan makan pagi bersama 4 lagi anak murid beliau. Dalam pertemuan tersebut, selain daripada bertukar pendapat tentang beberapa perkara pendidikan, Cikgu Jikkam Yong meminta saya untuk mengkongsikan beberapa tips belajar Kimia serta sedikit kata nasihat kepada anak murid beliau. Tapi, malangnya, tak sedikit yang saya bagi.. Banyak! he3...

Selesai makan roti canai, maka kami meluangkan sedikit masa ke kedai buku bersebelahan. Satu pengalaman yang menarik buat saya bila bersama mereka. Bukan selalu bagi mereka ke bandar Sibu yang terletak jauh dari Song. Jadi, saya layankan saja masa mereka berada mencari-cari buku rujukan dan latihan yang sesuai.


Pelajar SMK Katibas, Song di kedai buku di Sibu

Dalam pada itu, sempat juga saya dan Cikgu Jikkam Yong memikirkan beberapa projek akademik usahasama antara sekolah kami nanti. Projek Baek Punya! So, yang berminat nak tahu, tunggukan episod seterusnya. "Kerjasama Cikgu Sekolah Luar Bandar"


Apa yang beliau lakukan di sana adalah sesuatu yang patut dipuji dan dicontohi oleh cikgu lain di luar sana. Sedangkan dalam kekangan jauh dari segala kemudahan, beliau dapat melakukan pelbagai perkara sedemikian, apatah lagi guru yang berada di tempat / sekolah yang lengkap dengan serba serbi kemudahan.

Cikgu Hailmi (SMK Luar Bandar No.1 Sibu) dan Cikgu Jikkam Yong (SMK Katibas, Song)

InshaAllah ini adalah titik permulaan kepada usaha yang lebih besar dari kami berdua yang kerdil ini dalam memajukan lagi pendidikan di Sarawak, khususnya di kawasan luar bandar dan pedalaman. Semoga ada lebih ramai lagi guru-guru yang berminat untuk menyertai kami bersama-sama. 


p/s: Bagi yang nak mengikuti perkembangan terkini Cikgu Jikkam Yong, boleh lah ke blog beliau di http://ahkamkoko.blogspot.com/ dan juga Like page facebook beliau di https://www.facebook.com/mryongjk

39 ulasan:

  1. kakak sy pun pernah mengajar di sekolah pedalaman kat Sabah..rumah guru mereka memang daif. Sekolah serba kekurangan..nak pergi sana kena naik bot. Sampai darat, jalan grabble dan kena charter kereta pula..bukan murah, sekitar rm350 sekali jalan...memang mencabar kalau jadi guru pedalaman..lagi mencabar kalau SPPBS dilaksanakan..macam mana guru pedalaman nak akses internet kalau tak der line internet??

    BalasPadam
  2. betul tu EB.. orang yang x pernah tahu kesusahan tu sendiri, memang tak dapat nak bayangkan perkara sebenar.. bila kita sendiri yang melalui kesusahan tu, baru lah kita tahu hebat atau tak cabaran tu.. terima kasih untuk jasa mereka!

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu hailmi dari mana...abg ipar sy dr johor ..muhd nuhairi baru dpt post di smk katibas...

      Padam
  3. Ulasan ini telah dialihkan keluar oleh pengarang.

    BalasPadam
  4. Nak!!!.. Nanti kami buat road trip pendidikan pusing Borneo, memang wajib singgah SK Kuala Salong, Nabawan jumpa Cikgu Beblyna kita nih.. ;)

    BalasPadam
  5. Projek bersama sekolah pedalaman sabah xmo ka pokmi.. hehe..

    BalasPadam
  6. Hahaaaa...terpaksa saya pg edit profile takut pokmi xkenal.. kakakaa..meh la sini.. plan g jalan2 sabah bilenya... saya setia menanti ni

    BalasPadam
  7. hak3.. kenal lah.. oke3.. nanti saya bawak rombongan ramai2 g Nabawan.. ;)

    BalasPadam
  8. Awesome.. tp xdpt pg sekolah saya.. grabble jalan sekolah saya..kna 4 wheel tu..jalan2 makan angin d pekan jela klo guna keta tomel tomel

    BalasPadam
  9. bagus la bukan semua nak bertugas kat pendalaman

    BalasPadam
    Balasan
    1. betul tu.. tak seramai yang setabah itu

      Padam
  10. Teringat zaman sekolah rendah di sabah ..awsome

    www.nadiasecreto.com

    BalasPadam
    Balasan
    1. kesusahan tu lah yang menyeronokkkan... ye dak Cik Nad?.. ;)

      Padam
  11. pehh..dah balik sarawak dahh. hoho..

    BalasPadam
    Balasan
    1. opkoz ler kena balik Titan weh.. ada kelas nak kena mengajar nih.. ;)

      Padam
  12. I am sooo touched bcos ada insan yg berhempas pulas mendidik ank bangsa di sini. Thank you so much! <3

    BalasPadam
    Balasan
    1. dahsyat kan Vee?.. takper.. nanti suatu hari kita pegi jenguk diorang ramai2.. ;)

      Padam
  13. Wow!
    Terima kasih, Cikgu Hailmi, atas keistimewaan ini. Saya tak sangka akan muncul di blog anda. Bukan semua orang boleh dapat tu!
    Terima kasih juga kerana sudi bawa kereta jauh-jauh untuk berjumpa dgn saya & murid-murid saya.

    Looking forward to our collaboration this year!

    BalasPadam
  14. Hak3... Tak perlu terima kasih, usaha you memang layak untuk dikongsikan dengan orang lain.. Biar orang kat luar sana, hargai sket usaha kita sebagai pendidik dan juga tahu masih ada cikgu kat luar sana yang memang betul-betul berjiwa cikgu..

    Yer! Memang saya tak sabar nak tunggu projek kerjasama kita.. Make it big, man!

    BalasPadam
  15. cg jik kam tu ore sana juga ko?...antara guru yg hebat..

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cikgu Jikkam Yong asal dari Kuching.. ;)

      Padam
  16. Inilah yg patut dijadikan contoh kpg guru yg baru nak posting

    isu terbaru...menteri cakap guru la ni tak cergas...selalu sakit bila nak posting....sebanya bila nak kena posting...mulalah ambil surat akuan doktor la...surat YB lar...tak nak pegi jauh

    impaknya ...ambilan pelatih mulai Julai ni ...kena ujian kecergasan 30%

    nasib baik Jabatan PJ telah buat ujian sebab nak tentukan norma utk individu mengikut opsyen yg diambil
    bayanglah kalu Ustazah kena blip test..level mana depa nak lulus...
    matematik...muzik..seni...memang tak sama tahap kecergasan

    compare dgn set PJ...memang set PJ kena level tinggi

    so kita tunggulah pengambilan baru bakal2 guru nannti...memang kena ujian kecergasan

    BalasPadam
  17. terbaiklah, bagus dapat cikgu macam ni.

    BalasPadam
  18. saya pon nak join collaboration tu! :p

    BalasPadam
    Balasan
    1. Cik qoqo.. sila join ok..
      Dah boleh prepare beli jaring nyamuk.. ;)

      Padam
  19. jemput singgah ke SK Lusong Laku.. P3.. 8 jam dari bandar bintulu.. PPD Belaga.. antara sekolah yang paling jauh dan paling dalam di sarawak.. murid2 adalah 100% asli penan.. Mengajar murid ABC hingga akhir tahun pon belum tentu dapat.. hanya tuhan yang tahu...

    BalasPadam
  20. Wah.. mudah2an cikgu dapat kongsikan cerita dan kisah cikgu di sana dengan kami yang lain ini suatu hari nanti.. ;)

    BalasPadam
  21. DEMO MEMANG CIKGU YANG BERKUALITI ..IKLAS DARI AMBO

    BalasPadam
    Balasan
    1. hu3.. sekadar menjalankan tugas sebagai seorang cikgu..

      Padam
  22. Sebenarnya orang yg lemah fizikal tetapi kental mentalnya mampu mengatasi org yg kuat fizikal tetapi lemah mentalnya...buktinya dlm fear factor 2014 lalu...saya lihat kump guru pelatih bermasalah sblm ini yg berpraktikum di sekolah ialah dr opsyen pj..yg terbaik opsyen BI...harap lepas ini semua opsyen ok

    BalasPadam
  23. Abg ipar sy baru posting di smk katibas...anak dan istri terpaksa kesana...sedih rasa tgk die...dahla pedalamn...nak kena naik perahu

    BalasPadam
    Balasan
    1. INshaAllah ada pengalaman berharga dia akan pelajari nanti.. Bersangka baiklah dengan takdir Allah.. Semoga berjaya!

      Padam
    2. Smk katibas tak lah teruk sangat..naik perahu setengah jam jer. Naik express dari sibu 2 jam.. your brother in law wil sure enjoy his living there....

      Padam
  24. Bersyukur jua kerana mengajar di SMK Katibas...facilities ada baik sikiiiit dari sekolah P1, P2 apalagi P3. Namun setinggi-tinggi terima kasih kepada semua guru-guru di pendalaman... Saya pernah membuat lawatan ke sebuah sekolah P3 di Song! Jika saya Presiden Persatuan Guru-Guru saya pasti akan perjuangan nasib anda sekelian supaya elaun khas pendalaman RM3000, RM4500 dan RM6000 bagi P1, P2 dan P3 dan RM1000 bagi pendalaman biasa....sebab elaun anda sekarang buat belanja tambang feri dan perahu pun ada yang tak cukup...
    DIHARAP MENTERI DAN KETUA PENGARAH KEMENTERIAN BERKENAAN SEGERA MEMIKIRKANNYA. Walaupun undi mereka terlalu kecil untuk satu DUN tapi pengorbanan dan nyawa mereka sentiasa dihujung tanduk.....

    BalasPadam
    Balasan
    1. Setuju.. orang yang pernah ke sekolah sedemikian saja yang tau apa masalah dan kesusahan yang dihadapi cikgu2 kat sana..

      Padam
  25. sy juga antara yg pernah mengajar dipendalaman...

    BalasPadam
  26. My school....yes mr yong jik kam is very dedicated teacher...he help a lot of us from smk katibas ..

    BalasPadam
  27. Syabas kepada guru2 yg di pedalaman. Hebat sungguh pengalaman anda itu.Pekerjaan yg mulia di mata Tuhan. Hanya Tuhan yg akan membalas jasa baikmu itu. Saya adalah murid dari sekolah pedalaman. Saya akui sekolah pedalaman memang jauh ketinggalan dari segi kemudahan mencari maklumat. Pelajar 100% bergantung kepada guru utk mendapatkan maklumat2, nota2 pelajaran.

    BalasPadam