.

.

Sabtu, 23 Jun 2018

HESA 2018 : Hari 4 (Roket dan Robotik)

Aktiviti hari keempat Honeywell Educators at Space Academy diteruskan dengan aktiviti merekacipta logo bagi mission kami. Ini kerana setiap mission mempunyai logo masing-masing, dengan makna yang tersendiri. Oleh kerana bab melukis tak ler nak berapa pandai sangat, maka saya serahkan pada teammates yang lain.

Michelle dari New York sangat bagus dalam aktiviti melukis. Sambil dibantu oleh beberapa ahli kumpulan yang lain, macam Craig dari Iowa, dan juga Cecelia. 

Team KIBO jadi superman kejap
 
Jadi budak-budak balik untuk aktiviti merekacipta logo misi kumpulan KIBO

Selain daripada itu, hari nih juga banyak diadakan aktiviti bergambar. Macam-macam. Mula-mula ikut negara bagi cikgu antarabangsa, dan ikut negeri bagi cikgu-cikgu Amerika. Ada juga kemudiannya bergambar mengikut region, Asia Pasifik, Eropah dan Amerika.
 
Bersama Carlos (Mexico) dan juga Valerie (Perancis)


Housemate saya untuk seminggu di HESA 2018

Cikgu-cikgu Brazil yang lawa-lawa, Jessica (Fizik) dan Amanda (Robotik)

Team Asia Pasifik dari Malaysia, Thailand, Filipina, Vietnam, Taiwan, Korea, Bahamas

Team cikgu-cikgu daripada Amerika Latin


Aktiviti bergambar nih memang kerap juga sebab merupakan sebahagian daripada media dan promosi kepada usaha-usaha yang dijalankan oleh Honeywell dalam membantu perkembangan pendidikan dalam bidang angkasa dan roket. Banyak kot duit diorang bawak keluar. Takkan nak biar jer tak promosi kaw-kaw. Redho jer lah.


Satu perkara menarik yang saya perasan sepanjang dah 4 hari berada di US Space and Rocket Center nih adalah budak-budak yang join Space Camp kat sini, sangat gembira berada di sini. Diorang punya tahap gembira tu, sampai dia enjoy pakai baju spacesuit biru tu ke mana-mana diorang pergi. 





Kat situ budak dah feeling-feeling jadi angkasawan, boleh tengok macam-macam dan boleh experience macam-macam yang berkaitan dengan angkasa dan roket. Dibantu pula oleh beberapa sukarelawan yang terdiri daripada anak-anak remaja dan beberapa orang senior yang perhatikan.

Saya cuba dekati pakcik-pakcik berumur yang lengkap berpakaian macam saintis, di sekitar kawasan pameran. Bila saya kenalkan diri sebagai cikgu dari Malaysia, mereka sangat excited nak tahu pasal Malaysia. Huhuhu. Nampak sangat tak tahu pasal Malaysia sebelum nih. 






Space Launch System, SLS yang merupakan kenderaan angkasa terkini


Tapi yang terkejutnya adalah bila diorang bagi kad kat saya. Tengok belakang, diorang punya latar belakang. Perghhhh!!! Rupanya bukan biasa-biasa depa nih. Semuanya adalah bekas-bekas pencen daripada pegawai NASA. Lepas pencen, diorang datang wat keje sukarelawan bagi membantu untuk menginspirasikan anak-anak muda di sini. Perghhhh.. power baq ang!


Aktiviti diteruskan dengan Misi Orion. Pergh... hari penentuan. Semalam punya training memang kelam kabut. Tak paham sangat apa nak buat. Mujur ada Carlos dan Olivia yang banyak membantu keadaan. 




Menjayakan misi Orion sebagai EECOM yang berwibawa

Apa pun, percubaan pada hari nih lebih baik berbanding hari semalam. Seronok juga bila dapat buat simulasi yang real camni. Berdebar weyh rasa, nak kejar timeline dan nak pastikan benda berjalan seperti yang dirancangkan. Setiap seorang memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan misi ini.

Selesai misi dijalankan kami bergerak ke satu lagi kawasan bagi aktiviti air. Yang bagusnya sebab diorang adakan situasi cemas yang kita mungkin hadapi. Jadi dinamakan aktiviti "Helicopter Crash". 

Semua peserta berada dalam tong besar, seumpama helikopter siap dengan seat. Kemudian direndam ke dalam tasik, dan kami perlu berenang keluar bagi menyelamatkan diri. Setiap peserta dilabelkan mengikut nombor dan akan keluar mengiku nombor juga. Best, masa tengah panas musim summer nih, dapat berendam.


Simulasi Helicopter Crash yang best sangat

Dah sejuk sket, saya bergerak untuk ke aktiviti flying fox. Bagi saya yang ini biasa saja, sebab dah banyak kali cuba. Sambil membantu rakan lain, terutamanya Chien dari Taiwan yang rupanya takut tinggi, iaitu gayat. Bagus juga sebab akhirnya beliau dapat atasi rasa takut tersebut.

Carlos, kawan baik saya dari Mexico pula taknak terlibat langsung dengan aktiviti air. Puas saya dan Anthony dari USA pujuk, tak jalan jugak. So, biarkan je lah dia melayan handset dia kat bawah tempat berkumpul.

Kami terus ke bilik robotik. Kali ini diperkenalkan dengan Raspberry Pi yang akan digunakan sebagai microcontroller board dalam roket yang kami akan lancarkan sekejap saja lagi. 

Daniel Elliot, koordinator bagi program robotik di sini



Ini kali pertama saya berdepan dengan Raspberry Pi. Sebelum nih pernah ikut kursus robotik dengan Dr Tairo Nomura, pensyarah robotik hebat dari Jepun yang menggunakan Arduino.

Saya ajukan soalan kepada Daniel, Koordinator Program robotik di US SPace and Rocket Center, kenapa gunakan Raspberry Pi, berbanding Arduino. Maka jawapan beliau adalah, kerana saiz nya yang lebih sesuai digunakan dalam roket yang kami akan gunakan. Dari segi performance, masing-masing ada kelebihan tersendiri.


Penggunaan Raspberry Pi

Kerja programming juga tak ler susah mana. Cukup senang. Tak sampai 10 minit, kami dah dapat aturkan apa yang kami nak daripada Raspberry Pi tersebut. Iaitu mengambil bacaan pecutan dan juga masa yang berkaitan semasa dilancarkan nanti.

Dari sana, kami bergerak ke lapangan sasar bagi pelancaran roket kami. Kagum juga saya sebab fasiliti dibina dengan sangat baik. Memang diorang tak main-main dalam menyediakn benda yang berkaitan dengan pendidikan ini. Serius dan dekat dengan situasi sebenar yang akan murid gunakan pengetahuan tersebut.


HESA 2018 : Hari 4 (Roket dan Robotik)

Pelancaran roket kumpulan saya yang terdiri daripada Carlos, Anthony dan Craig berjalan dengan baik. Hanya payung terjun sahaja yang tidak berjaya kembang semasa roket turun ke bawah. Bila kami tengok dari dekat, nampak ada kesan terbakar pada payung terjun tersebut. 

Yang saya suka sebenarnya dengan cara diorang nih, kegagalan tidak dianggap sebagai satu penamat dalam hidup. Mereka menghargai kegagalan tersebut dengan memberikan apa perkara yang boleh dipelajari melalui kegagalan tersebut. 


HESA 2018 : Hari 4 (Roket dan Robotik)

HESA 2018 : Hari 4 (Roket dan Robotik)

Sesi refleksi mereka juga berjalan dengan baik. Banyak soalan dikemukakan bagi membuka minda. Antaranya soalan, apa perkara yang perlu kekal, apa perkara yang perlu diubah. Semua pandangan dihargai. Dan seperti biasa, pada akhir slaid, rujukan tambahan disediakan bagi membantu murid (peserta) membuat bacaan lanjut.



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan