About Me

Pengalaman Sertai Bengkel STEM Robotik di RECSAM

Pada 6 hingga 8 Februari yang lalu, saya berpeluang untuk mengikuti satu bengkel STEM robotik di RECSAM, Pulau Pinang. Dengan tajuk, "Workshop on Fostering Imagination and Critical Thinking in Engineering Design Process : A Challenge in STEM Education", bengkel dikendalikan oleh Dr Tairo Nomura, Pengarah Pusat STEM di Saitama University, Jepun.


Peserta Bengkel STEM Robotik di RECSAM
Peserta Bengkel STEM Robotik di RECSAM
  Ada banyak perkara menyebabkan saya tergerak hati untuk mengikuti bengkel kali ini. Antaranya adalah disebabkan oleh mahu melihat bagaimana elemen Engineering dimasukkan dalam aktiviti STEM. Supaya lebih jelas part mana yang Engineeringnya tu.

Satu lagi yang menarik perhatian adalah disebabkan dalam satu tentatifnya adalah diselitkan perkongsian bagaimana pembelajaran STEM di sekolah tinggi Jepun. Satu peluang baik untuk saya mengambil inspirasi dalam mencari kesesuaian pendekatan dan aktiviti STEM dengan anak murid saya.


Tentatif bagi Bengkel STEM Robotik di RECSAM
Tentatif bagi Bengkel STEM Robotik di RECSAM

Konsep pendidikan STEM di Jepun
Konsep pendidikan STEM di Jepun

Bengkel 3 hari ini disertai oleh hampir 30 orang peserta. Antaranya adalah guru-guru Sains sekitar Kedah dan Pulau Pinang, serta pegawai kementerian pendidikan dari Cambodia. Dalam satu kumpulan dengan saya pula, pengurus sebuah sekolah swasta daripada Indonesia, Bapak Saiful, guru Sains SMK Kuala Kota Muda, Cikgu Hassuana dan pensyarah USM, Dr Nurjahan. 


Pengendali bengkel adalah Dr Tairo Nomura, pensyarah daripada Saitama University, Jepun. Beliau juga merupakan Pengarah kepada Pusat STEM di universiti tersebut. Kepakaran beliau dalam bidang robotik cukuplah mengkagumkan. Terlibat aktif sejak dari zaman belajar di peringkat universiti, Dr Tairo memanglah pakar robotik yang hebat.


Dr Tairo Nomura, pensyarah daripada Saitama University, Jepun
Dr Tairo Nomura, pensyarah daripada Saitama University, Jepun

Bagi sesi bengkel kami diberikan satu set kit robotik STEM yang diberi nama, STEM Du - Pla-Dan Robot Set. Dalamnya terkandung 2 motor, wayar, bekas batteri, 4 biji bateri AA dan juga satu microcontroller board.


STEM Du - Pla-Dan Robot Set
STEM Du - Pla-Dan Robot Set

AKtiviti pertama kami adalah menghasilkan wind fan dengan barangan yang ada dalam kit tersebut. Dengan menggunakan sebiji motor, serta dibantu oleh strawboard sebagai bahan untuk menghasilkan propeller, maka kami berjaya menghasilkan wind fan mengikut kreativiti masing-masing.


Hasilkan wind fan

Aktiviti kemudian dilanjutkan dengan membina kereta pula daripada idea yang diperolehi semasa aktiviti pertama. Kini dengan menggunakan dua biji motor, kami dikehendaki untuk merekacipta pula kereta yang boleh digerakkan dengan menggunakan bateri. 


Tugasan kedua hasilkan kereta

Selesai merekacipta kereta yang boleh bergerak, barulah Dr Tairo memberikan tugasan untuk memasukkan microcontroller board Arduino kat kereta tu. So maka fahamilah kami apa tujuan penggunaan microcontroller board tersebut kepada kereta yang dicipta. 

Dah lengkapkan dengan microcontroller

Baru lah nampak robotik sket kan?

Nampak tak macam mana beliau buat ansur maju memperkenalkan robotik kepada peserta? Dimulakan dengan membina binaan ringkas, kemudiannya ditambah dengan sedikit teknologi dan engineering dan akhirnya kepada robotik yang menggabungkan semua bidang pengetahuan tadi. 


Hari kedua pula kami mula didedahkan dengan coding ringkas menggunakan Arduino 1.6.10. Cabaran asalnya hanyalah untuk menggerakkan kereta ke depan dan ke belakang sahaja. Ini bagi membiasakan peserta dengan coding.


Belajar coding guna Arduino 1.6.10

Contoh arahan-arahan coding


Mujurlah saya ada sedikit basic coding kerana pernah terlibat menganjurkan Hour of Code di sekolah pada tahun lepas, maka boleh lah faham sikit-sikit. 
 

Tugasan kedua pula adalah  menggerakkan kereta tersebut dalam bentuk segi empat mengelilingi botol air. Bagi memperkenalkan sensor yang ada pada microcontroller board tersebut, maka tugasan seterusnya adalah menggunakan coding bagi membolehkan kereta robotik tadi berhenti pada garisan hitam. 


Degil tak nak berhenti kat garisan hitam di belakang tu


Coding yang lebih complicated sket


Tugasan diteruskan dengan coding bagi membolehkan kereta mengikut garisan hitam pada ruang kerja. Part nih saya dah mula fail dah. Hahahaha. 

Antara kereta robotik yang berjaya


Tugasan akhir yang paling mencabar adalah menggerakkan kereta robotik litar sukar yang menggunakan  sensor hitam. Saya hanya mampu tengok sahaja pada peringkat ini sebab kereta robotik saya langsung tak boleh nak bergerak ikut arahan. Hahahahha


Hasil rekacipta peserta Bengkel STEM Robotik RECSAM

Pada akhir bengkel, Dr Tairo meminta supaya setiap kumpulan membentangkan hasil kerja robotik masing-masing. Yang menariknya, Dr Tairo juga meminta hasil yang gagal untuk membentangkan hasil kerja mereka. Ini kerana, kata beliau, hal semasa proses berlangsung adalah jauh lebih penting daripada hasil akhir tersebut. Banyak juga perkara yang kita boleh belajar daripada kesilapan tersebut.


Team saya bergambar kenangan dengan Dr Tairo Nomura



Saya secara jujurnya, merasakan bengkel robotik yang saya ikuti ini sangatlah terbaik pengisiannya. Buat orang yang buta benda-benda robotik nih, bengkel seumpama ini banyak membuka mata saya mengenai peluang penggunaan robotik sebagai bahan pengajaran selepas ini.




Banyak input yang saya perolehi daripada pemerhatian saya terhadap pengajaran Dr Tairo Nomura yang mementingkan kepada pembelajaran berpusatkan pelajar, selain daripada modul beliau yang dibangunkan dengan sangat cantik menampakkan lagi bagaimana robotik boleh diperkenalkan dengan mudah kepada murid.


InshaAllah, saya berharap selepas ini lebih ramai lagi guru yang didedahkan dengan bidang robotik, sebagai satu langkah meningkatkan minat murid kepada bidang STEM. Akhir kalam, majulah robotik untuk negara!



Catat Ulasan

1 Ulasan