.

.

Selasa, 15 Mei 2018

Sesi Teknologi Untuk NICTSED 2018 Kedah

Alhamdulillah berpeluang untuk berkongsi ilmu dengan adik-adik peserta akhir NICTSED 2018 peringkat negeri Kedah. NICTSED nih adalah singkatan kepada National ICT Security Discourse, iaitu pertandingan tahunan yang berkaitan dengan keselamatan ICT. 


Sesi Teknologi Untuk NICTSED 2018 Kedah


Kenapa saya yang dipilih untuk slot teknologi bersama adik-adik nih? Oh, sebab saya merupakan Ikon Guru Teknologi Pendidikan Negeri Kedah 2017 bersempena dengan Hari Anugerah Pembestarian Kedah. Jadi slot ini merupakan aktivti usahasama BTPN Kedah dengan memoptimumkan sumber yang mereka ada.

Bagi slot saya, saya nak berikan satu pengalaman menarik untuk adik-adik nih. Sekalipun diorang datang untuk bertanding, berdebat dan bercakap, tapi saya lebih gembira jika ada amalan yang datang sekali dengan kefahaman mereka. Benda praktik. Tak guna cakap berdegar-degar pasal keselamatan ICT, tapi langsung tidak diamalkan.


Sesi Teknologi Untuk NICTSED 2018 Kedah


Maka saya pilih sesi ala treasure hunt, dengan setiap kumpulan perlu bergerak ke stesyen. Ada tugasan menanti pada setiap stesyen, dengan bertemakan tema pada tahun ini, iaitu CREATE, ENGAGE dan SHARE. Saya juga dibantu oleh 4 orang murid saya; Hakim, Hazrul Naim, Khairul Naim, dan Fathurahman. 


Sesi Teknologi Untuk NICTSED 2018 Kedah



Stesyen 1 : CREATE
Peserta dikehendaki mencipta satu video pendek memperkenalkan ahli kumpulan masing-masing. Mereka bebas untuk menggunakan apa-apa aplikasi dalam teleofn pintar mereka. Seterusnya muatnaik ke Youtube untuk klu ke stesyen seterusnya.


Sesi Teknologi Untuk NICTSED 2018 Kedah



Stesyen 2 : ENGAGE
Untuk tugasan kedua, murid dikehendaki untuk menghasilkan satu artikel blog (menyumbang kepada blog cikguhailmi.com) yang memperkenalkan NICTSED dan juga ahli kumpulan mereka. Mereka juga perlu memasukkan video tadi dan gambar kumpulan bagi menghasilkan kandungan yang menarik.



Sesi Teknologi Untuk NICTSED 2018 Kedah


Berikut adalah hasil peserta :
1. http://www.cikguhailmi.com/2018/05/blog-post.html
2. http://www.cikguhailmi.com/2018/05/kawan-baru-pengalaman-baru.html
3. http://www.cikguhailmi.com/2018/05/nictsed-2018.html
4. http://www.cikguhailmi.com/2018/05/nictsed-2018-assalamualaikum-and-very.html
5. http://www.cikguhailmi.com/2018/05/nictsed-2018_14.html
6. http://www.cikguhailmi.com/2018/05/ukhwah-yang-dibina-semakin-erat.html



Stesyen 3 : SHARE
Tugasan terakhir adalah peserta perlu berkongsikan artikel yang dihasilkan dalam media sosial mereka. Artikel yang mendapat view paling banyak dikira sebagai pemenang. 

Video keseluruhan aktivti boleh ditonton di Youtube di bawah





Walaupun masa yang diambil sangat panjang, lebih 2 jam yang diperuntukkan, saya berharap peserta NICTSED 2018 Kedah dapat mempelajari sesuatu yang baharu pada hari ini. Seperti yang saya katakan di atas, yang lebih penting adalah bagaimana ilmu itu diamalkan. 

Terima kasih juga buat BTPN Kedah yang memberi saya peluang untuk perkongsian sedikit ilmu dan pengalaman dengan adik-adik nih. Semoga diorang beroleh sesuatu pada petang ini. 

So, jom kita CREATE, ENGAGE dan SHARE dengan bijak!



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan