.

.

Ahad, 1 April 2018

Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Mendepani Abad ke-21 di Setiu, Terengganu

Pada 31 Mac lalu saya telah berkesempatan untuk mengikuti Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Mendepani Cabaran Abad ke-21 anjuran PPD Setiu dengan kerjasama SM Sains Setiu. Program bertempat di Institut Latihan Islam Malaysia di Besut, melibatkan sehingga 120 orang warga pendidik sekitar terlibat.


Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Mendepani Abad ke-21 di Setiu, Terengganu
Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Mendepani Abad ke-21 di Setiu, Terengganu

Ketika dihubungi Pegawai SISC+, Puan Azimah bagi menyatakan hasrat menganjurkan program seumpamanya, seperti biasa yang saya suarakan adalah soal masa perjalanan untuk saya bergerak pergi dan pulang dari Setiu. Alhamdulillah semuanya diuruskan dengan baik oleh pihak penganjur. 

Sebelah pagi sempat juga pasukan kerja SM Sains Setiu dan PPD Setiu membawa saya menjamu selera di kedai nasi kerabu. Famous katanya. Memang sedap nasi kerabunya. Tapi sayang, tak ingat pulak nama kedai. 

Dari sana kami terus ke Institut Latihan Islam Malaysia yang terletak berdekatan dengan IPG Kampus Sultan Mizan. Disebabkan lokasinya yang strategik, maka penyertaan peserta seminar juga terdiri daripada kumpulan guru dari Setiu, Besut, bakal guru IPG Kampus Sultan Mizan dan juga guru daripada Kelantan. 


Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Mendepani Abad ke-21 di Setiu, Terengganu


Program juga sangat mendapat sokongan daripada pihak PPD Setiu dan juga PPD Besut. Malah ucaptama juga disampaikan oleh Timbalan PPD sendiri, bagi menunjukkan betapa komitednya mereka dalam menyokong usaha pemerkasaan kualiti pdpc guru. Tahniah tuan!

Sesi diteruskan dengan perkongsian amalan terbaik daripada saya. Macam biasa, saya kongsikan apa yang sedang berlaku dalam dunia pendidikan di negara luar, dan kenapa kita juga perlu melakukan transformasi yang sama. 

Seterusnya ditunjukkan apa yang saya dah buat dalam bilik darjah, dan bagaimana sedikit transformasi tersebut memberi impak kepada anak murid saya. 

Sesi berjalan dengan baik. Dengan jumlah peserta yang tidak terlalu ramai, maka lebih mudah untuk saya 'membaca' mood peserta. Yang penting, peserta faham kenapa kita perlu transformasi, dan untuk mencapai tujuan tersebut, apakah komponen penting yang sepatutnya kita sama-sama beri fokus.




Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Mendepani Abad ke-21 di Setiu, Terengganu



Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Mendepani Abad ke-21 di Setiu, Terengganu


Sesi kedua iaitu bengkel hands on berlaku setengah jam kemudian. Kali ini semua peserta diberikan peluang untuk menjadi kreatif menerusi perancangan aktiviti PAK21 dalam bilik darjah bagi matapelajaran masing-masing. 

Aspek perancangan merupakan aspek penting dalam pdpc guru. Maka di sinilah baru guru dapat melihat kepentingan untuk mereka benar-benar paham apa yang perlu dan patut ada dalam pdpc mereka. 

 Bagi guru yang katanya kurang kreatif untuk mendapatkan idea aktiviti, saranan saya adalah mulakan dengan meniru aktivti guru lain, dan juga mendapatkan pelbagai idea daripada perkongsian dengan guru lain. Kreativiti tu akan datang kemudian inshaAllah.


Seminar Perkongsian Amalan Terbaik Mendepani Abad ke-21 di Setiu, Terengganu

Bersama keluarga Puan Azimah dan Cikgu Naiman yang merupakan tenaga kerja penting seminar ini

Seminar berakhir pada jam 1 petang. Saya secara peribadi, sangat gembira dengan sambutan dan komitmen daripada para pendidik yang terlibat dalam seminar ini. Cukup bersemangat dan penuh keazaman. 

Ucapan terima kasih juga tak terhingga buat pihak penganjur, PPD Setiu dan juga SM Sains Setiu yang berusaha keras dalam menganjurkan seminar seumpama ini. InshaAllah dengan usaha sebegini, guru-guru juga akan terdorong untuk melakukan yang lebih baik dalam bilik darjah nanti.


 



0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan