About Me

Perkongsian PAK21 di SMK Convent Jalan Peel

Kali ini saya berkesempatan untuk membuat perkongsian dengan sebuah sekolah di Kuala Lumpur, iaitu SMK Convent Jalan Peel. Menerima jemputan perkongsian amalan pembelajaran abad ke-21 daripada Puan Faridah, Pengetua SMK Convent Jalan Peel membuatkan saya rasa tak mampu nak menolak jemputan tersebut. Lagi pula, sekolah ini merupakan antara sekolah pertama daripada Kuala Lumpur yang membuat jemputan. 




Kehadiran saya ke Kuala Lumpur juga sangat lah dialukan dengan sangat baik oleh pihak sekolah. Cikgu Alvin dan Cikgu Safwan datang menjemput saya di KL Sentral, kerana saya ke KL menggunakan ETS. Siap  bergambar lagi tengah-tengah kesibukan orang mengejar tren dan pengangkutan awam lain. Hahahaha.. Bukti untuk dihantar kepada pihak sekolah.




Kemudian saya terus dibawa ke Hotel Sunway Velocity untuk menginap. Memang sangat selesa. Terima kasih banyak SMK Convent Jalan Peel. Bersebelahan dengannya adalah kompleks membeli belah Velocity, maka taklah rasa boring sangat.

Esok pagi saya sudah dijemput oleh Cikgu Alvin untuk ke sekolah, yang terletak hanya 200m sahaja daripada hotel saya menginap. Kami adalah antara guru yang sampai awal. Maka saya dibawa ke pejabat bagi bertemu pihak pengurusan. Saya juga difahamkan bahawa seramai 4 orang pegawai akademik daripada JPWPKL juga berminat untuk mengikuti perkongsian saya hari ini.




Dari sana, kami sempat bersarapan pagi di belakang sekolah, sebelum memulakan perkongsian pada jam 8.30 pagi. Bagusnya, sebab SMK Convent Jalan Peel ini merupakan sekolah transformasi batch pertama. Maka kefahaman guru-guru di sini berkenaan pelaksanaan Pembelajaran Abad ke-21 adalah sangat tinggi.

Malah semasa sesi bengkel hands on juga guru-guru menunjukkan tahap kefahaman yang sangat tinggi. Lesson plan yang dirancang penuh dan padat dengan pelbagai Strategi PAK21 serta thinking tools. Mungkin hasil daripada perkongsian bersama pelbagai pihak semasa sesi latihan sekolah transformasi.







Alhamdulillah segalanya berjalan dengan baik. Daripada pemerhatian saya sepanjang aktiviti maka saya kongsikan beberapa nasihat dan tips bagi menggalakkan lagi amalan pembudayaan di sekolah yang kefahaman PAK21 nya sudah cukup bagus.

Antaranya adalah :
1. Bagi menggalakkan lebih ramai guru membudayakan perkara PAK21, maka kurangkan aktviti / strategi / tools yang terlalu banyak sehingga mungkin boleh membebankan guru untuk membuat persediaan.

2. Penggunaan Model Pembelajaran 5E boleh membantu menstrukturkan pembelajaran dengan lebih baik. Bermula dengan set induksi, pencarian maklumat, pembentangan, mengaitkan dengan KBAT dan akhir sekali membuat kesimpulan.




3. Saya dapati terdapat sedikit missing link pada pengembangan KBAT bagi aktiviti yang dirancangkan guru. Sebagai contoh, pelajar mencari maklumat, dan tahu mengenai pengetahuan tersebut, tetapi tidak dapat menghubungkan semua maklumat tersebut kepada satu pengaplikasian ilmu yang baharu (KBAT). Justeru itu saya mencadangkan penggunaan Model Pembelajaran 5E bagi mengatasi masalah ini. 

Akhir sekali, saya ucapkan jutaan terima kasih kepada pihak sekolah SMK Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur atas jemputan ke sesi perkongsian. Terima kasih juga yang tak terhingga buat pihak sekolah atas layanan yang sangat baik.

Perjalanan saya pulang ke Kedah kemudiannya bersambung lagi di KL Sentral. Pertemuan dengan guru muda yang sangat bersemangat tinggi, Cikgu Hafiz Mungin telah memberi saya semangat baru untuk juga sentiasa terus berusaha dengan sebaik mungkin.




Perbualan saya dan Cikgu Hafiz banyak berkisar kepada dunia pendidikan dan perancangan di masa akan datang. Melihat kepada kesungguhan Cikgu Hafiz dalam dunia pendidikan, maka saya syorkan beliau memohon Guru Cemerlang. Banyak juga tips yang saya kongsikan kepada beliau sepanjang 5 jam perbualan tersebut.


Tak sedar rupanya tren ETS saya ke Arau juga sudah tiba. Seterusnya mengucapkan selamat tinggal sebelum naik tren untuk balik ke kampung halaman. Pengalaman yang indah, dengan orang-orang yang baik. Semoga Allah permudahkan segala urusan. Amin!





Catat Ulasan

1 Ulasan

  1. Thanks for spending some time with me, cikgu. Truly inspired by all your works and your charisma. Had such a great time chatting with you. May Allah reward abundantly for all the knowledge and input that you had given. Till we meet again. InsyaAllah =)

    BalasPadam