About Me

Perkongsian Amalan PAK21 Bersama PPD Lipis

Pada 30 Oktober yang lalu, saya mendapat satu peluang berharga apabila dijemput untuk berkongsi dengan kumpulan pendidik yang datang dari Lipis, Pahang. Kedatangan mereka ke Kedah adalah bagi tujuan lawatan penandaarasan Pembelajaran Abad ke-21, termasuk lah sesi perkongsian bersama saya.


Perkongsian Amalan PAK21 Bersama PPD Lipis
Perkongsian Amalan PAK21 Bersama PPD Lipis

Yang seronoknya sebab kumpulan warga pendidik tersebut terdiri daripada pelbagai lapisan pendidikan. Bermula daripada Tuan PPD Lipis sendiri, Timbalan PPD, Pegawai PPD, Pegawai SIPartner, Pegawai SISC+, Pengetua, Guru Besar dan juga guru sekolah rendah dan sekolah menengah. Complete set!


Oleh sebab perkongsian berlaku pada waktu malam, maka keadaan pun agak lah santai. Masing-masing bertanya dan berkongsi cerita dalam keadaan yang sangat selesa. Beberapa soalan diajukan terutamanya bila saya berdepan dengan cabaran melaksanakan PAK21 di sekolah, dan paling penting adalah bagaimana saya mengatasinya.








Perkongsian Amalan PAK21 Bersama PPD Lipis


Buat kumpulan PPD Lipis ini, saya ucapkan jutaan tahniah dan terima kasih atas peluang yang diberikan. Semoga ada rezeki kita bertemu lagi. Saya ucapkan Selamat Maju Jaya buat PPD Lipis!




Catat Ulasan

1 Ulasan