.

.

Ahad, 3 September 2017

15 Inisiatif Perkukuhan STEM 2017 di Malaysia

Inisiatif perkukuhan STEM pada tahun 2017 adalah bagi merancakkan lagi perkembangan bidang STEM di Malaysia. Dengan visi bagi melahirkan modal insan yang berkualiti bagi memenuhi keperluan negara dalam bidang STEM. 

Selain daripada itu, hasrat inisiatif adalah bagi melahirkan murid yang melalui pendekatan baharu untuk menghadapi cabaran dunia yang sedang berubah dengan pengaplikasian Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik. 


15 Inisiatif Perkukuhan STEM 2017 di Malaysia
15 Inisiatif Perkukuhan STEM 2017 di Malaysia

Keberhasilan pendidikan STEM adalah untuk melahirkan murid yang berkebolehan mereka cipta, berfikiran secara logik, menggunakan teknologi, menyelesaikan masalah dan mencipta idea atau sesuatu yang baharu melalui pembelajaran bersepadu yang merangkumi Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik yang mengaplikasikan konteks dunia sebenar.

Sebanyak 15 inisiatif perkukuhan STEM di Malaysia telah dirancangkan bagi tahun 2017. Ianya adalah merangkumi inisiatif terhadap murid, guru, pemimpin sekolah dan juga ibubapa. Antaranya adalah :

01. Jerayawara Inisiatif Perkukuhan STEM 2017
02. Kelab STEM+
03. School Lab 2017
04. Audit Peralatan Makmal Sains
05. Kajian Kesedaran STEM
06. Kajian PCG STEM
07. Bahan Exemplar STEM
08. Permainan Digital Berasaskan STEM
09. Program Rintis Amali Sains
10. Penilaian Kompetensi Guru STEM
11. Latihan Guru STEM
12. Latihan Pembantu Makmal
13. Program TV Realiti (Robotik)
14. Kolokium Pendidikan STEM
15. Persidangan Pendidikan STEM Peringkat Antarabangsa






0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan