.

.

Ahad, 27 Ogos 2017

Portal eKelas Inisiatif Maxis Perkasakan Kelas Digital Percuma

Masih ingat lagi dengan kelas percuma daripada Maxis? eKelas, merupakan inisiatif pembelajaran digital selepas waktu sekolah bertujuan bagi mempertingkatkan pencapaian akademik murid, di kawasan luar Bandar terutamanya.

Dan Ahad lepas, satu karnival eKelas telah diadakan di Putrajaya dengan meriahnya, dengan dihadiri lebih daripada 700 orang yang terdiri daripada murid eKelas dan juga ibubapa mereka. Karnival ini juga bertujuan memperkasakan lagi inisiatif ini dengan satu lagi usaha menarik daripada Maxis, iaitu penghasilan Portal eKelas.


Team Maxis, bersama murid eKelas semasa pelancaran Portal eKelas ahad lalu

Portal eKelas ini memberikan murid ruang untuk mereka belajar secara kendiri, pada tahap kebolehan mereka dan juga belajar untuk berkolaborasi dengan kawan-kawan dari seluruh Malaysia!

Portal eKelas ini akan diusahakan secara berperingkat dengan dijangka lebih 10,000 murid boleh mengakses portal ini di 45 buah Pusat Internet 1Malaysia seluruh negara mulai tahun 2018. Best kan?

Bagi yang nak tahu lagi tentang eKelas oleh Maxis ini, inisiatif yang bertujuan meningkatkan pencapaian akademik untuk komuniti luar Bandar. Dengan memfokuskan matapelajaran Sains, Matematik dan Bahasa Inggeris untuk murid tingkatan 1, 2 dan 3.

eKelas ini menggabungkan pembelajaran melalui tutorial secara langsung, pembelajaran secara berkumpulan dan bahan kandungan digital interaktif yang selari dengan Kurikulum sekolah Malaysia. Usaha ini dijalankan melalui Pusat Internet 1Malaysia (PI1M), Pusat Jalur Lebar Komuniti yang menyediakan hab digital kepada komuniti di kawasan yang memerlukan.

Untuk team Maxis, tahniah untuk inisiatif mulia ini! Semoga lebih ramai anak Malaysia yang berkeperluan tinggi mendapat keistimewaan ini.


0 Kata-kata Bijak Pandai:

Catat Ulasan