.

.

Selasa, 29 Ogos 2017

13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland

Rasanya semua orang tahu bahawa sistem pendidikan Finland merupakan antara sistem pendidikan yang terbaik di dunia. Mengikut laporan daripada OECD, kajian mendapati bahawa murid sekolah di Finland merupakan antara pelajar terbaik di dunia. Mereka luangkan masa di sekolah yang lebih pendek berbanding murid di negara lain, dan jumlah masa untuk kerja rumah mereka hanyalah kurang 30 minit setiap hari.
 
Jadi apa yang menyebabkan mereka benar berjaya? Jom kita tengok rahsia kejayaan sistem pendidikan Finland yang dikagumi ramai ini!
 
 
1. Segalanya Percuma
Pendidikan di Finland adalah percuma. Ini adalah termasuk makan, dan juga peralatan sekolah. Sekiranya murid tinggal lebih daripada 2km daripada sekolah, sebuah bas khas akan disediakan bagi mengangkut mereka ke sekolah. Kesemua kos ini ditanggung oleh kerajaan. Lebih daripada 12.2% daripada peruntukan negara Finland diperuntukkan untuk pendidikan.
 
 


13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland
Semuanya pun adalah percuma!
 
2. Pendekatan Individu Kepada Setiap Pelajar
Semua murid dapat menyiapkan tugas mengikut keupayaan mereka sendiri. Kanak-kanak dengan kebolehan fizikal dan mental yang berbeza juga akan belajar bersama. Jika murid tak dapat melaksanakan sesuatu tugasan, guru akan menyediakan satu sesi pembelajaran yang individu.

Murid juga boleh memilih aktiviti yang dirasakan sesuai dengan mereka. Oleh sebab itu, jika ada pembelajaran yang tidak menyeronokkan, mereka boleh lah pergi menjahit atau membaca buku mengikut kesukaan mereka.
 
 
3. Markah Untuk Pelajar
Sistem penggredan di Finland mempunyai 10 mata. Walaubagaimanapun, sistem gred dan markah ini hanya digunakan selepas 3rd Grade. Kemudian daripada 3rd Grade hingga 7th Grade, hanya markah verbal sahaja yang digunakan iaitu "it could be better" sehingga ke "perfect".

Hanya murid yang tahu markah mereka sendiri. Murid tidak dimarahi untuk markah yang mereka perolehi, sebaliknya dimotivasi bagi meningkatkan keupayaan pengetahuan dan merancang jadual belajar dengan lebih baik.
 
 

13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland

 
4. Tiada Uniform Sekolah
Berbeza dengan sekolah di Korea yang 'mengumpan' murid dengan pakaian uniform yang cantik dan berfesyen, di Finland tiada uniform sekolah bagi muridnya. Jadi mereka bebas untuk memakai apa sahaja untuk ke sekolah. Tiada peraturan khusus.
 
 
13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland
Bebas berpakaian untuk belajar di sekolah
  
5. Di Sofa atau di Lantai
Murid tidak perlu hanya berada di meja belajar. Semasa aktiviti pembelajaran, murid di Finland boleh mengikut keselesaan mereka, sama ada mahu berada di sofa atau berada di lantai.
 
 
13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland
 
 
6. Kerja Rumah Untuk 15 - 30 Minit
Di Finland, mereka beranggapan bahawa murid sepatutnya meluangkan lebih banyak masa di rumah dengan keluarga atau pun bermain dengan kawan di luar. Kerja rumah hanya lah mengambil sangat sedikit masa dan sangat menyeronokkan.

Sebagai contoh, bagi matapelajaran Sejarah, tugasan murid hanya perlu menemuramah bagaimana kehidupan nenek semasa tahun 50-an, dan apa perbezaan dulu dan sekarang.
 
 
7. Tiada Lagi Subjek
Antara satu hala tuju terbaharu bagi pendidikan Finland adalah, phenomenon based learning. Selain daripada pembelajaran, terdapat bahagian 6 minggu di mana murid perlu mengkaji sesuatu topic daripada pelbagai sudut.
 
Sebagai contoh, bagi topik pelarian (migrant) dikaji dari sudut geografi (dari mana mereka datang), sejarah (apa yang berlaku sebelumnya) dan kebudayaan (apa kebudayaan yang mereka ada). Murid membina soalan dan mencari jawapan sendiri.
 
 
8. Masa Rehat Yang Panjang
Walau macam mana menarik sekalipun sesuatu pembelajaran itu, masa rehat tetap merupakan masa yang lebih menarik untuk murid. Bagi setiap sesi 45 minit pembelajaran, murid akan mendapat 15 minit masa rehat selepas waktu belajar.
 
 
13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland
 
 
9. Menjadi Guru di Finland
Persaingan bagi menyertai Fakulti Pendidikan di University of Helsinki ada 20 orang bagi satu tempat. Gaji bulanan guru di Finland secara puratanya adalah bersamaan dengan €3,500. Seperti juga di Korea, kerjaya guru di Finland merupakan kerjaya yang sangat berprestij. Selain daripada guru, setiap subjek mempunyai seorang pembantu khas yang akan membantu pelajar melakukan tugasan mereka.
 
 
10. Hanya Belajar Kemahiran Hidup
Dalam pembelajaran renang, murid diajar mengenai tanda-tanda seseorang yang akan lemas. Dalam pembelajaran penjagaan rumah pula, murid diajar memasak, menyulam dan juga menjahit. Perkara utama yang diajar di sini adalah kebolehan untuk belajar dan menyerap dengan situasi dunia yang sentiasa berkembang.
 
 
13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland
 
 
11. Semua Sekolah Sama Bagus
Tidak ada keperluan untuk memilih sekolah di Finland. Ini kerana semua murid akan pergi ke sekolah yang berdekatan, dan tidak wujud 'sekolah elit'. Tidak kira di mana pun murid tersebut tinggal, mereka mempunyai akses yang sama rata kepada kumpulan guru yang berkualiti, bahan yang terbaik dan makanan yang sehat.
 
 
13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland
Tiada sistem kasta sekolah
 
 
12. Pilihan Untuk Makan
Murid boleh memilih apa makanan yang mereka ingin makan. Makanan yang disediakan juga adalah makanan seimbang, malah juga dengan pelbagai pilihan secara percuma. Menu akan dipaparkan di laman web sekolah sebulan lebih awal, dan pelajar bebas memilih makanan yang mereka suka. Pilihan vege juga disediakan.
 
 
13 Rahsia Kejayaan Sistem Pendidikan Finland
Murid bebas memilih makanan sehat yang mereka suka
  
13. Parti Larut Malam di Sekolah
Kadang-kadang, pelajar akan bermalam bersama guru di sekolah. Aktiviti seperti menonton wayang bersama, bermain dan juga tidur di dalam gymnasium sekolah dapat mengeratkan lagi hubungan murid dan guru serta murid dengan sekolah.
 
 
Demikianlah serba sedikit perkongsian rahsia kejayaan sistem pendidikan Finland yang terkenal di seluruh dunia. Jemput juga baca satu lagi  artikel berkaitan dengan sistem pendidikan antara yang terbaik di dunia, iaitu 5 Kunci Kejayaan Sistem Pendidikan Korea. Semoga kita sama-sama dapat manfaat!
 
 
Artikel ini diterjemahkan daripada Bright Side
 
  
 

3 ulasan:

  1. Alhamdulillah share YG baik tahniah

    BalasPadam
  2. No wonder Finland have the best education system. *sigh. Thank you Cikgu!

    BalasPadam
  3. best education.kenapa agaknya sistem pendidikan malaysia tidak mengambil rujukan dari finland. learning should be fun and interesting not streessfull.
    Kanak-kanak yang dalam lingkungan umur 7-10, kecenderungan mereka adalah bermain.

    BalasPadam