About Me

Kembara Ilmu STEM ke Bandung, Indonesia

Cuti sekolah 2016 saya berpeluang ke Bandung, Indonesia. Jika sebelum ini juga atas tujuan kursus STEM bersama QITEP in Science di sana, kali ini untuk edu trip, Kembara Ilmu STEM bersama ASCO Edutech. Suatu pengalaman yang menarik, sebab first time join kembara jalan-jalan sambil belajar nih.





Hari 01 (17 Dis 2016)
Rombongan 'che kiah' kami nih disertai oleh lebih kurang 15 orang, diketuai oleh boss ASCO Edutech iaitu Encik Azril. Yang selebihnya adalah guru-guru Sains dan juga pensyarah universiti. Orang sains ler semuanya. 

Penerbangan ke Bandung adalah pada jam 8 pagi. Maka seawal 6 pagi saya dan rakan yang lain sudah berada di KLIA bagi penerbangan menggunakan Malindo. Walaupun pada mulanya barisan panjang giler, tapi akhirnya semua sempat check in tepat pada masanya. 




Di ruang menunggu nih baru lah mula berkenalan dengan rakan guru lain. Semuanya datang dari sekolah yang berbeza dari seluruh Malaysia. Ada yang dari Kedah, dari Negeri Sembilan, Selangor, dan tak lupa juga Labuan.




Kami tiba di Bandara (Airport) Bandung lebih kurang jam 10 pagi. 2 jam saja penerbangan, macam pergi Sibu, Sarawak. hahahhaha.. Dari sana kami terus bergerak ke Pudac Scientific yang terletak lebih kurang 40 minit daripada airport. Sesak mata melihat ke'macet'an di sini. Maka langkah mudah, tidur! Hahahahaha

Sampai di Pudac Scientific, gembira oi bila disambut dengan banner sebesar alam kat depannya. Rasa benar-benar dihargai. 




Kami menjamu selera dengan makanan Sunda. Dan seterusnya di bawa melawat ke sekeliling kilang Pudac Scientific. Besar gila kot kawasan kilang nya! Ada partition yang pelbagai mengikut pengkhususan masing-masing. 

Mula-mula bahagian packing. Semuanya dari kotak hingga ke bekas plastik disediakan sendiri oleh Pudac Scientific. Yang menariknya, setiap kotak mempunyai tulisan yang berbeza. Ada tulisan Rusia, China dan yang tak kenal lagi. Baru lah kami tahu rupanya produk dari Pudac Scientific ini dikomersialkan sehingga ke hampir 50 buah luar negara.




Kemudiannya sambil tu melihat produk-produk Pudac Scientific yang berbentuk kit. Memang best gila tengok! Macam budak-budak dapat mainan. Hahahahaha.. serius best!

Semua tempat dalam kilang kami melawat. Daripada tempat packing tadi ke tempat awet spesimen biologi, tempat penghasilan kaca dan akhirnya ke tempat penghasilan barangan plastik. Cukup mengkagumkan!






Kembali ke tempat pelatihan, kami diberikan taklimat pengurusan makmal oleh seorang pensyarah Fizik daripada Universiti Pendidikan Indonesia, Bandung iaitu Pak Agus. Belajar lah mengenai kepentingan mengendali dan menguruskan makmal dengan baik. 




Akhirnya kami kembali ke hotel, iaitu Fave Braga Hotel yang terletak di Braga. Selesa, tapi tak sempat nak dok lama. Letak beg dan terus keluar makan di Rumah Makan Dago Panyawangan . Serius sedap gila masakan Sunda dia. Memang bertambah-tambah kami makan!



Hari 02 (18 Dis 2016)
Kami terus berada di tempat pelatihan di Pudac Scientific. Sesi dimulakan dengan penerangan mengenai beberapa kit STEM dan kit eksperimen yang dihasilkan oleh Pudac Scientific. Banyak rupanya kit yang mereka hasilkan, dan yang paling suka sebab setiap kita boleh disimpan dengan baik.






Sesi kemudiannya diteruskan dengan  sesi pelatihan bagi Kimia oleh Pak Gery. Banyak idea menarik yang dikongsikan oleh Pak Gery sepanjang sesi 2 jam tersebut.

Yang menarik bagi saya adalah bagaimana beliau menggunakan sains sebagai helah untuk mencipta kejutan kepada anak muridnya. Sebagai contohnya, beliau memasukkan sodium ke dalam sebuah kapal kertas yang kemudiannya tiba-tiba terbakar. 




Sesi kedua pula disambung oleh Pak Edy yang berkaitan dengan Fizik. Kali ini lebih banyak alatan canggih dan berguna untuk eksperimen fizik. Antara yang ditunjukkan kepada kami adalah penggunaan satu alatan yang berkaitan dengan bunyi.






Baru lah saya faham bahawa pembelajaran Sains di Indonesia lebih banyak menekankan kepada pemahaman murid terhadap konsep sains itu melalui kaedah inkuiri. Murid menemukan sendiri rumus melalui pemahaman mereka terhadap aktiviti yang dijalankan.

Sesi terakhir bersambung dengan sesi penggunaan komputer dalam pembelajaran sains. Kali ini oleh Pak Tohor, juga tenaga kerja pelatihan di Pudac Scientific. Pada mulanya saya ingatkan berkaitan penggunaan komputer semasa mengajar sains. Nampak cliche.




Rupa-rupanya ianya adalah berkaitan dengan penggunaan alatan seperti sensor, data logger dan beberapa lagi device untuk mengambil data pada eksperimen yang dijalankan. Maknanya pembelajaran murid bukan lah hanya pada pemerhatian dan hands on sahaja, tetapi juga melalui pembuktian pada data yang diperolehi. 

Sesi tamat pada jam 2 petang dan seterusnya kami bergerak ke Saung Angklung Udjo. Pusat kebudayaan angklung yang terkenal di Bandung. Memang menarik. Sama seperti yang saya ceritakan pada sebelum ini.








Sebelah malamnya, kami menjamu selera di Rumah Makan masakan Padang yang terkenal. Sini pun sedap. Terutamanya pucuk ubinya! 3 pinggan saya makan. Hahahha. Dalam pada tu sempat jugak majlis penyerahan sijil dijalankan. Semua peserta edu trip ini gembira kerana dapat tambah satu lagi koleksi sijil antarabangsa.








Sebelum kembali ke hotel, saya sempat bertemu dengan seorang sahabat saya di Indonesia ini, iaitu pensyarah di Universitas Pendidikan Indonesia, Bandung iaitu Pak Nanang. Seronok dapat berbual dengan beliau mengenai pendidikan Malaysia dan Indonesia. InshaAllah jika ada rezeki, pasti ada kolaborasi antara kami nanti!




Hari 03 (19 Disember 2016)
Hari terakhir di Bandung ini lebih kepada aktiviti jalan-jalan. Destinasi pertama yang kami pergi adalah ke kawah gunung berapi yang popular, iaitu Tangkuban Perahu. Yang bestnya, pegi tanpa sebarang persediaan. Naik ke atas tu, sejuk giler!! Nasib jer lah..




Nak panaskan badan, sempat jugak lah layan jagung bakar dan juga minum minuman herba di sana, iaitu Bandrek. Rasanya macam teh halia. OK juga lah layan time-time sejuk. 







Selepas menikmati suasana sejuk di sana, kami bergerak ke tempat shopping terhandal di Bandung, iaitu di Pasarbaru. Tempat shopping yang memang terkenal dan memang banyak gila pilihan ini merupakan syurga membeli belah bagi orang perempuan lah. Sehari suntuk dok sini pun tak terasa rasanya. Saya pusing sejam dah tak tau apa lagi nak tengok. Tunggu jer lah yang lain siap menyopping.


Jemput tonton video Kembara Ilmu STEM ke Bandung!


Dari sana kami terus ke airport untuk penerbangan balik jam 8 malam. Perjalanan lancar dan tidak memakan masa serta sampai tepat masanya. Penerbangan kembali ke Kuala Lumpur menggunakan Air Asia juga lancar tanpa sebarang masalah. Alhamdulillah selamat kembali ke Malaysia dengan selamat.




Kesimpulannya, edu trip ini memang best sangat. Walaupun pada mulanya gusar sebab hanya beberapa orang yang saya kenal, tetapi di akhir trip, semuanya jadi geng! Best sungguh jalan-jalan dengan depa nih. Boleh bergelak ketawa buat lawak sama-sama ramai-ramai.

Tak lupa juga ilmu STEM yang diperolehi daripada Pudac Scientific. Sangat berguna dalam mengaplikasi konsep sains kepada anak murid nanti. Pengurusan daripada encik Azril dari ASCO Edutech juga sangat lancar. Banyak perkara dapat diatasi dengan baik. Paling penting ada masa untuk free and easy sendiri-sendiri! 




Catat Ulasan

1 Ulasan