About Me

Menghayati Seni Streetart di Laman Seni 7

Kesempatan daripada kedatangan saya ke Shah Alam bagi tujuan perkongsian di SMA Hira, membawa saya ke satu lagi destinasi istimewa di Shah Alam, iaitu Laman Seni 7. Saya sendiri pun mula tahu mengenai kawasan tarikan seni ini melalui akaun Instagram dengan caption yang cukup cantik. Jadi, memang saya jadikan Laman Seni 7 ini sebagai destinasi wajib untuk saya kunjungi jika saya ke Shah Alam.




Laman Seni 7 ini merupakan satu kawasan galeri terbuka yang mengandungi banyak hasil seni streetart daripada ramai pelukis. Tidak seperti Penang Transformers Streetart yang saya kunjungi sebelum ini, Laman Seni 7 ini menggunakan ruang kekal di bahagian belakang bangunan. Secara tak langsung, lorong belakang yang dulunya sering dipandang jijik dan kotor oleh kita telah berubah menjadi sebuah galeri seni yang cukup indah.


Jom kita tengok gambar-gambar menarik yang sempat saya rakamkan semasa mengunjungi Laman Seni 7 bersama pelajar saya. 














































































































































Menarik kan? Jadi jika anda masa dan peluang untuk ke Shah Alam, terutamanya berada di kawasan yang berdekatan dengan Seksyen 7, maka ambil lah kesempatan untuk mengunjungi galeri streetart Laman Seni 7 nih. Berbaloi rasanya meluangkan masa di sini sambil menghayati keindahan dan maksud tersirat setiap hasil seni yang cuba disampaikan. So, jemput datang yer!! ;)



Catat Ulasan

2 Ulasan