About Me

Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota!

Pada 30 Julai yang lalu, saya dan beberapa orang pelajar berkesempatan untuk ke Pulau Pinang bagi menghadiri satu majlis penyampaian hadiah pertandingan mencipta video. Disebabkan majlis yang dijangka bermula pada awal pagi, dan juga bagi mengelakkan jammed sesak yang sentiasa berlaku di sekitar Georgetown, maka saya putuskan kami ke sana lebih awal sehari. Maka, kesempatan yang ada, sempat juga kami jalan-jalan ke kawasan sekitar, terutamanya ke Penang Street Art 2015 : Transformers yang sedang berlangsung di Padang Kota Lama.

Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Sebelum nih dah viral kat media sosial mengenai ketibaan 2 Transformers kegilaan ramai nih. Optimus Prime dan juga Bumblebee. Serius memang sangat teruja dapat tengok Transformers 2 ekor nih dengan saiz yang besar gedabak camtu. Macam tengok yang betul-betul dalam movie plak walaupun yang dipamerkan hanyalah model yang dihasilkan oleh orang-orang seni Malaysia. Cer tengok gambar-gambar kat bawah nih. Besar kan?


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Selain daripada model Transformers Optimus Prime dan Bumblebee bersaiz gergasi nih, ada juga pameran street art lain di kawasan berdekatan. Pulau Pinang yang memang dah sedia terkenal dengan seni street art nih. Untuk Transformers nih, hasil seni dilukis pada kontena. Dan lebih menariknya, bertemakan gaya hidup Pulau Pinang. Cute pulak rasanya bila tengok Transformers tu dilukis dengan cara camtu.


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Penang Street Art 2015 : Transformers Serang Padang Kota, Pulau Pinang


Yang belum berkesempatan nak tengok Transformers nih, boleh lah berkunjung ke Padang kota Lama, Pulau Pinang untuk tengok dengan lebih dekat. Pameran ini akan diadakan sehingga 17 September 2015. Sempat nak datang. Tak rugi kot, sebab saya rasa pasti anda akan dapat pengalaman berbeza bila tengok street art popular cam nih depan-depan mata sendiri. Jom pi Penang!




Catat Ulasan

0 Ulasan