About Me

Sekolah International Baccalaureatte di Malaysia

International Baccalaureatte (IB) ialah program yang mula dibangunkan di Geneva, Switzerland pada tahun 1968. Sehingga kini terdapat lebih daripada 3, 678 sekolah IB di hampir 146 buah negara seluruh dunia. Terdapat 4 jenis program yang ditawarkan, iaitu The Primary Years Programme (3-12 tahun), The Middle Years Programme (11-16 tahun), The Diploma Programme (16-19 tahun) dan The Career-related Certificate (IBCC) (16-19 tahun). 


Sekolah International Baccalaureatte di Malaysia
Sekolah International Baccalaureatte di Malaysia

Program IB dikendalikan oleh International Baccalaureatte Organisation (IBO) yang merupakan badan bukan kerajaan yang beribupejabat di Geneva, Switzerland. Pejabat yang menguruskan semua hal berkaitan dengan peperiksaan dan kurikulum IB ialah di Cardiff, United Kingdom. Manakala ibu pejabat IB bagi Asia Pasifik adalah bertempat di Singapura. 


Mission Statement of IB:The International Baccalaureatte aims to develop inquiring, knowledgeable and caring young people who help to create a better and more peaceful world through intercultural understanding and respect. To this end the organization works with schools, governments and international organizations to develop challenging programmes of international education and rigorous assessment. These programmes encourage students across the world to become active, compassionate and lifelong learners who understand that other people, with their differences, can also be right.


Misi IBO adalah untuk merangsang sikap ingin tahu, mengembangkan pengetahuan, memupuk sifat bertimbang rasa dalam membantu melahirkan dunia yang lebih aman dan bermakna melalui persefahaman antara budaya dan sifat saling hormat menghormati. Program ini menyediakan pembelajaran sepanjang hayat. 

Program IB juga menyediakan pelajar supaya dapat menghadapi cabaran abad ke 21 di mana pada abad ini pendidikan adalah amat mencabar dan mesti berupaya melahirkan pelajar yang kreatif dan inovatif, mampu menyelesaikan masalah, berfikiran kritikal, terbuka dan global.


Bagi melahirkan pelajar yang sebegini, dalam Transformasi Pendidikan, Malaysia telah menjalankan satu projek rintis terhadap 10 buah sekolah terpilih seluruh negara untuk dijadikan calon sekolah IB demi melahirkan pelajar yang mampu bersaing di peringkat antarabangsa. Antara sekolah yang terpilih adalah SMK Sultanah Bahiyah (Kedah), Kolej Tunku Kurshiah (Negeri Sembilan), Kolej Melayu Kuala Kangsar (Perak), SMK Muhamad Faris Petra (Kelantan), SMK Dato Sheikh Ahmad (Perlis), SMKA Shaikh Abdul Malik (Terengganu), SMK Putrajaya Persint 9 (WP Putrajaya), SMK Seri Tualang (Pahang), SMK Sungai Tapang (Sarawak) dan SMK Pantai (WP Labuan).

Sekolah IB bukanlah merupakan sekolah antarabangsa yang terdiri daripada pelajar-pelajar antarabangsa, tetapi adalah sekolah yang akan menggunakan kaedah dan pendekatan IB yang bertaraf dunia dengan menerapkan kurikulum kebangsaan. Kesemua 10 buah sekolah calon IB adalah calon bagi Middle Years Programme, iaitu program bagi pelajar berumur 11-16 tahun (13-17 tahun di Malaysia). Malaysia memilih untuk menggunakan kaedah IB tetapi masih menggunakan kurikulum Malaysia dan peperiksaan awam Malaysia.


Bagi mendapat pengiktirafan sekolah IB bukanlah satu perkara yang mudah. Bermula Mac 2013, guru-guru sekolah ini wajib menghadirkan diri ke kursus-kursus IB yang berakhir pada Januari tahun 2014. Terdapat 2 jenis kursus iaitu kursus Face to Face dan secara online. Guru-guru perlu mempelajari kaedah IB yang akan diaplikasi di dalam pengajaran dan pembelajaran. Pada penghujung tahun 2013 kaedah dan teknik IB mula disuntik dalam pdp guru-guru. Pada tahun 2014 kaedah dan teknik IB akan digunakan sepenuhnya di dalam pdp. Kursus Face to Face adalah di bawah bimbing 2 orang konsultan IB, Darren (Switzerland) dan Christine (New Zealand). Kursus secara talian pula dipantau oleh IBO.


Terdapat 10 IB Learner Profile yang akan diterapkan dalam Program IB iaitu Inquirers, Knowledgeable, Thinkers, Communicators, Principled, Open Minded, Caring, Risk Takers, Balanced and Reflective. Menguasai program IB sebenarnya pelajar menguasai HOTs (KBAT).

Pada masa kini, proses persediaan sedang giat dijalankan di sekolah-sekolah yang terpilih. Penilaian IB akan dibuat pada Oktober 2015 dan keputusan samaada sekolah-sekolah tersebut menepati kriteria seperti yang ditetapkan oleh IB akan diumumkan pada Januari 2016.


Kesimpulannya, program IB adalah satu program yang dikenali dan diiktiraf seluruh dunia. Kaedah dan teknik pembelajaran dan pengajaran IB memberi fokus kepada perspektif antarabangsa yang memberi peluang kepada pelajar meneroka pembelajaran mereka sendiri. IB program menyediakan pelajar untuk menghadapi cabaran abad ke 21 dan pembelajaran seumur hidup. Peluang pelajar IB juga untuk melanjutkan pelajaran adalah lebih besar. 




Catat Ulasan

2 Ulasan

  1. pada pendapat cikgu, adakah belajar di sekolah ib membolehkan seseorang mendapat sijil ib dan mudah mendapat pekerjaan?

    BalasPadam
  2. Terima kasih atas info tentang IB dari mana sumber maklumat ini diperoleh cikgu?

    BalasPadam